Sunday, September 4, 2016

Sea of Galilee

Ketika aku merayau-rayau melihat foto dalam komputer yang berjumlah ratusan ribu keping, terjumpa foto ni...
Menu tengahari. Ikan yang digoreng rangup adalah hasil tangkapan nelayan di Tasik Galilee. Dengan bantuan En. Google, rupanya kita dapat detect kedudukan masa gambar ni diambil. Just click pada info, GPS! Wah! Senangnya hati sebab tak payah bersusah payah mengingati tempat-tempat yang menjadi sejarah seumur hidup kita.
Rata-rata pengguna kamera telefon bimbit punya kemudahan ni...
Dengar cerita kamera digital biasa pun dah ada mempunyai kemudahan GPS ni... Baguslah.
Klik pada Locate ... inilah maklumat berbentuk GoogleMap yang aku dapat! Senangkan?

Sedikit fakta mengenai Tasik Galilee:
The Sea of Galilee, also Kinneret, Lake of Gennesaret, or Lake Tiberias, is a large freshwater lake in Israel. It is approximately 53 km in circumference, about 21 km long, and 13 km wide. Wikipedia
Area: 64.09 mi²
Surface elevation: -695.8′
Length: 13.05 mi

Wirid dan Zikir

Sekadar share, Hikmat Basmalah 20.
Ni pulak kalau rasa sakit-sakit, cuba ikhtiarkan wirid zikir di bawah ini.
Kalau susah sangat nak lena tika malam dah larut....
Zikir Nabi Khidir / Nabi Ilyas...

Monday, August 29, 2016

Hari Raya Korban

Hari Raya Aidil Adha tahun ini aku menguruskan pembelian kerbau untuk korban. Harga seekor RM5700.00 + RM100.00 upah jaga kerbau ini sampai hari penyembelihan.
Membeli saat terakhir; harganya mahal. Ini dikira bernasib baik kerana dapat kerbau yang agak besar, berbanding kerbau yang agak kecil yang dipelihara di dalam kandang.
Kerbau seperti ini (kerbau kampung) sukar untuk diperolehi. Kecuali bernasib baik, tuan punya kerbau ubah fikiran untuk menjualnya buat korban di saat akhir.

Tuesday, March 15, 2016

Masjid Hassan Bek

Alhamdulillah, aku berkesempatan menziarahi Masjid Hassan Bek, yang terletak Ha-Yarkon St. Tel Aviv. Terasa ralat juga kerana pintu ditutup. Jadi kami tidak dapat mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid di masjid penuh sejarah ini.
Al-Fatihah buat Haji Mustafa, tiga dari kiri, meninggal Mei 2016. 

Menurut tourist guide kami Bro. Hisyam, masjid ini terpaksa ditutup untuk menghindari puak-puak pelampau Yahudi yang ingin merobohkan tempat suci ini. Masjid ini menjadi tempat solat para pelancong Muslim yang berkunjung. Dibuka pada waktu solat lima waktu sahaja.


Intifada Travel & Tours Sdn Bhd
No 25-1, Tingkat 1, Jln 3/76D, Desa Pandan, 55100 Ampang, Kuala Lumpur
03-92830252 / 03-92830250


Monday, December 15, 2014

Sepertiga Malam


Barang siapa yang bersandar pada harta, maka suatu saat pasti akan miskin.
Barang siapa bersandar pada harga diri, maka suatu saat akan hina.
Barang siapa yang bersandar pada akalnya, maka suatu saat akan tersesat.
Tetapi barang siapa yang bersandar pada اللَّهُ maka sesungguhnya dia tidak akan miskin, hina dan tersesat.
سبحَانَ اللّهِ
Semoga اللَّهُ selalu melindungi dan membimbing kita dalam kehidupan di dunia ini, agar kelak kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sholeh.
آمِينَ ياَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
MONGGO TAHAJUD

Friday, May 23, 2014

Padang Mahsyar

Bayangkan manusia sejak zaman Nabi Adam masih menghuni bumi ini… nescaya tiada lagi pokok dan bangunan kerana padatnya manusia… Padang Mahsyar nanti bagaimana ya?
- intipati Kuliah Subuh pagi tadi…

Saturday, January 12, 2013

Terkena dan Mengena…

Kisah adik-adik aku (dua orang), pernah berhadapan karenah Wan (bukan nama sebenar) berusia 6 tahun di salah sebuah rumah keluarga angkat mereka.
Keletah Wan yang suka menguasai keadaan membuatkan adik-adik aku yang berusia 16 tahun ke atas pening kepala. Semuanya dikuasai Wan, hatta keluar kerja awal pun di komplen nya. Balik awal pun tidak miss daripada komplen Wan.
Adik-adik aku puas jugaklah menakut-nakut Wan. Mengacah Wan. Pelbagai cerita hantu, jembalang… sikit pun Wan tak kisah. Malah Wan akan tertawakan mereka pula….
Satu hari… jeng jeng jeng (muzik background) adik-adik aku termasuk abang dan kakak Wan berpakat menjayakan satu misi. Wah macam misi mustahil bunyinya…
Pakatan mereka menjadi. Bila sudah ramai-ramai berkumpul, sambil sembang-sembang… Datang Wan mengomel itu dan ini. Tetapi tidak dihiraukan, seolah-olah mereka tidak nampak Wan.
Hik hik hik… nak tahu apa jadi lepas tu…
Wan menangis-nangis. “Ni Wan… ni.. Wan…”Namun mereka masih pura-pura tidak nampak Wan.
Akhirnya setelah sekian lama mereka ‘kerjakan’ Wan, pecahlah gelak ketawa riuh rendah dalam rumah. Kelakar dan kesian tengok Wan merayu-rayu, agar semua orang dalam rumah itu nampak beliau.
Ambek ngkau!

Tuesday, January 1, 2013

1hb. 1 2013

Hari ini genap setahun aku tidak update entry dalam blog ni. Tercipta jugak rekod setahun tidak update. Sebenarnya banyak cerita yang ingin aku entry kan kat sini, tapi ... penyakit tapi memang menyusahkan.
Rubber stamp... masih belum kena lagi ink pad pada 2013!


Teringat masa sekolah dulu, bila hendak tulis tarikh di sudut atas kanan pada buku nota, asyik tersilap tulis tahun lepas. Aku pernah dapat cek tertera tahun sebelumnya... terpaksa pergi balik kepada pengeluar cek, suruh dia keluarkan yang baru. Dan terkini, aku hampir terlupa nak tukar tahun 2012 kepada 2013 pada rubber stamp nih!
Sekian.

Sunday, January 1, 2012

1hb. 1. 2012

Tahun baru kebiasaan aku bercuti seperti kawan-kawan lain. Tapi tahun ini, aku terpaksa pendamkan keinginan bercuti kerana aku berada di pulau percutian. Kalut dengan kehidupan baru, belajar perkara yang lambat faham; mungkin sudah tua agaknya. Liat bebenor nak faham. Walau bagaimana pun, belakang parang diasah lagikan tajam. Inilah kata-kata azimat yang sering aku dengar daripada guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Aku kini terpaksa belajar memecah tembok halangan untuk lebih ke hadapan. Halangan-halangan yang dulunya aku ketepikan sebab tiada berkaitan dengan bidang kerjayaku. Setiap hari kena hadapi dengan semangat baru.

Pesanku dalam hati, "Toksah kaluuttt! Tenang dan jangan gelabah... Pergunakan setiap detik masa dengan perkara berfaedah."

Wednesday, November 30, 2011

Panggilan Hangit

Hari ini, aku dapat missed call dari nombor 03-2037 1••••.


Selalunya nombor missed call adalah daripada anak-anak aku tapi hari ini, apa kejadahnya nombor ini yang buat call?
Lalu aku pun cuba-cubalah cari info nombor telefon ini, akhirnya dapat. Inilah sidang forum pada mereka yang telah terkena panggilan ini.

http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0320371666/15

Lebih baik periksa panggilan tersebut dalam web ni...

http://whocallsme.com/


Wah risau jugaklah kalau adanya jenis call telemarketer ni. Siap minta nombor kad pengenalan dan nombor debit kad lagi.
Setiap perbualan, akan diselangi dengan ayat, “perbualan ini dirakam”, untuk meyakinkan kita untuk membeli produk tsrsebut. Mudah sahaja, duit anda akan diautodebitkan selepas anda memberi segala data-data yang diminta.
Ingatan saya, kalau anda tidak pasti produk tersebut, usah layan. Sebab kita ada hak untuk menolak segala panggilan yang meragukan.

Di sebalik tabir

Kisah sebuah telemovie Mee Pon Dan (2007). Penggambaran di sekitar Felda Guar Napai, Kodiang, Kedah. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada penduduk Felda tersebut.

Friday, October 21, 2011

Lawatan Pelajar

Seramai 80 orang pelajar daripada sekolah…… mengadakan lawatan ke Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Kedatangan mereka di pagi Jumaat ini amat menceriakan suasana pejabat kami. Kepada adik-adik (sebenarnya anak-anak - kerana mereka ini peringkat umur cucu aku) selamat bermusafir, kerana selepas ini rombongan mereka akan terus ke Kuala Lumpur. Hasil risikan sembang-sembang aku dengan bebudak ni, mereka akan ke Planetarium Negara.
Pesanku, "Jauh berjalan, luas pandangan. Belajarlah dengan tekun agar menjadi umat yang berguna. Semoga Allah berkati perjalanan anda semua. Amin."


Info:
MADRASAH DAR ATTAQWA
Pekan Batu 6,21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-6660159 @ 013-9357742 @ email: huffazmuda@gmail.com
huffazmuda.blogspot.com
BHG.PEMBANGUNAN:
No Akaun BIMB: ATAS NAMA MADRASAH DARUL TAQWA (13017010082862 )

BHG PENGURUSAN: No Akaun BIMB: 13017010054692).

Tuesday, October 18, 2011

Kisah Perodua Kembara



 Aku pernah masukkan entry kisah Perodua Kembara:


 
Kisah dalam suku sakat kami punyai empat biji Kembara, jip yang comel, tahan lasak.
Baru-baru ini ada musibah terjadi pada salah sebuah Kembara tersebut. Kembara anak menakan aku telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jawi, Seberang Perai.
Jika dillihat keadaan kenderaan ini memang teruk, kiranya totally lost. Tetapi Alhamdulillah, semua penumpangnya selamat tanpa ada sebarang kecederaan serius.

Petikan ucap terima kasih yang aku cuplik daripada FB adik aku:
Asslammualaikum…selamat pagi..slm terima kaseh yg tak terhingga kepada petugas PLUS…MERCY…yg datang secepatnya membantu semasa xcident…jugak buat family semua atas sokongan moral..anakanda Ruzaimi Azizan..Nur Aziah..Nazeri Yusof..terima kaseh…jugak buat teman2 pegawai Amran Ahmad..Said Jan….semua teman2 atas sokongan moral…..♥ ♥ ♥ u all….

Monday, October 17, 2011

Bermacam-macam Watak

Watak-watak di dalam laman sosial: (dipetik dari laman sosial aku, aku pun tidak terlepas daripada watak-watak ni...)

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)
10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :DD
HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ? trololol :PP

by : Khazinatul asrar

Monday, September 26, 2011

Kedai Mesra

Dalam usaha mendidik pelanggan, sepatutnya di setiap stesen minyak ada papan kenyataan seperti ini:
"Sila Letak Kereta Di Tempat Yang Disediakan Semasa Membeli Barangan Kedai Mesra dan Menggunakan ATM. Terima Kasih!

Aku pernah menunggu di belakang sebijik kereta; pemandunya parkir dekat pam minyak, masuk, ambil duit kat ATM, lepas tu belek-belek barang, dah ambil dua tiga barang, pergi ke juruwang, bayar harga barang termasuk minyak yang akan diisi.

Bila dah keluar, ops! lupa pulak nak beli rokok, lalu berpatah balik kat juruwang minta rokok! Wah! macam bapak dia punya stesen minyak!

Lepas tu terhegeh-hegeh keluar, pura-pura jalan laju untuk mengambil hati aku yang tengah hot menunggu. Inilah manusia; kalau kita ditempatnya, pasti dia panas membara, mengatakan kita ini keldai, tak reti bahasa!

Thursday, September 22, 2011

Mutiara Ilmu Islam

Aku petik daripada skrin tv….

Mutiara Ilmu Islam
"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara; percakapan, diam, pandangan dan gerak.
  1. Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.
  2. Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka.
  3. Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.
  4. Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.
- Sayidina Ali

Wednesday, September 7, 2011

Deritanya si Tommy

 
Aku terima Tommy tanpa mengetahui dia sudah kurus 
dan berendam dalam air kencing sendiri....

3hb. September 2011 – Aku terima Tommy dalam keadaan busuk dan kurus pagi itu, selepas sepanjang malam sukar tidur sebab menunggu dua orang ‘manusia’ yang tidak menunaikan janji untuk menghantar Tommy petang semalam. Sukar tidur memikirkan Tommy yang pasti akan dibawa mengellilingi kota dan kampung (macam naik bas mini) ikut kucing-kucing lain di dalam sangkar kecil semuat badannya sahaja. Puas aku merayu untuk ambil sendiri kat hotel (pusat jagaan kucing) yang telah ‘glamour’ sejak kebelakangan ini. Namun manusia ini memberi alasan mereka telahpun keluar untuk menghantar kucing-kucing kepada empunya di rumah masing-masing secara FOC. Padahal jarak hotel tersebut dengan rumahku lebih kurang 15 km sahaja! Biasanya kalau sejauh itu, aku terpaksa transit di pertengahan jalan untuk merehatkannya, buang sisa kencing Tommy (kalau-kalau terkencing).
Sehingga hari ini, badan Tommy masih berbau, setelah mandi dua tiga kali. Bulu putih di kaki dan perutnya sudah bertukar warna kuning, akibat terendam dalam air kencing sendiri. Kesian Tommy terpaksa mengharungi kehidupan seksa akibat kerakusan dan kejahilan manusia yang tidak pernah terfikir akan penderitaan haiwan lembut ini.

Slip pembayaran hotel tersebut.

26 Ramadan, seusai solat Jumaat, aku hantar Tommy ke hotel ‘glamour’ ini. Betapa girang dan gembiranya aku dapat menempah single room buat Tommy pada 16hb. Ogos 2011. Harga mahal aku tidak kisah sangat, asalkan sepanjang aku bercuti selama 8 hari, Tommy gembira ditinggalkan.
Sehari sebelumnya aku sudah pun berlegar-legar mencari hotel ini di Damansara Damai. Bukan apa, cuma hendak singkatkan masa perjalanan bila bawa Tommy nanti. Tidaklah tercari-cari hingga Tommy terseksa dalam sangkar kecil mudah bawa.

Di lobi, aku disambut dua orang ‘manusia’ ramah, sementara diuruskan segala dokumen, termasuk turunkan tandatangan pada helaian surat akuan, sempat anakku bermanja-manja dengan dua ekor kucing (kiranya penghuni tetap kat sini). Seekor namanya Apong dan seekor lagi bernama Encem. Seronok aku tengok anak aku bermain dengan kedua-dua kucing tersebut. Berbaloi rasanya. Tepat pilihan aku untuk menempatkan Tommy di sini.
Semasa beraya di kampung, aku asyik ceritakan kisah Tommy yang tinggal di hotel tersebut. Pakcik dan makcik aku terlopong mulut, kehairanan. “Hmmm ada pulak hotel sebegitu di KL?” Sampuk pakcik aku sambil menggelengkan kepala.

Berita di Harian Metro.

5hb. September, aku dihujani panggilan telefon daripada saudara mara, bertanyakan kisah Tommy, mereka kata ada berita tersiar di akhbar dan tv, 16 kucing mati – Haiwan ditinggal di pusat jagaan sempena Aidilfitri tidak diberi makan. Aku amat terkejut dengan berita ini.
Terpaksalah aku menjelaskan, betapa bernasib baiknya Tommy sepanjang ditinggalkan di sana. Sekali sekala aku memandang tepat ke mata Tommy, aku rasa hiba dan bersalah. Hanya Tommy sahaja yang tahu segala kejadian semasa di sana. Tommy menjadi saksi bisu, menahan seksa pedih luka lara.
Tommy, maafkan aku, moga Allah membalas perbuatan mereka pada engkau dan rakan-rakanmu. Aku cuma berikhtiar yang terbaik dalam melayani saki baki usia kita di muka bumi ini. Sekian.

Tommy sebelum aku cuti beraya sakan di kampung.

Tuesday, August 16, 2011

Solat Tarawih

Suasana di luar masjid, penuh tepu di serambi.

Malam pertama untuk solat tarawih, aku terpaksa pusing keliling kawasan masjid, cari tempat letak kereta. Akhirnya aku akur, terpaksa balik, datang semula dengan motosikal.

Malam kelima, agak lengang. Lebih-lebih lagi selepas lapan rakaat, tanpa solat witir, jemaah berlari-lari anak meninggalkan masjid. Tak sempat doa pun. Sangka baik, mungkin dikerjakan solat witir sebelum solat subuh esoknya.
Suasana di dalam masjid, susut.
Inilah yang dinamakan insan, sering terkejar-kejar membuat sesuatu, akhirnya leka lepak tanpa arah tujuan. Masa terus berjalan. Penghujung Ramadan penuh ganjaran berlalu dengan kosongnya masjid dan surau. Cubalah perhatikan, selesai imam beri salam, dah bangun meluru keluar, hatta di saf paling hadapan.

Sunday, July 31, 2011

Saman Tiada Cermin Sisi

Zaman serba canggih, segala data terkini dapat diakses di Internet. Masukkan nombor kad pengenalan anda, akan tertera terperinci saman pada kesalahan yang anda lakukan. Mana mau lari? Jika anda berlengah untuk membayar saman, susahnya akan dirasai ketika hendak memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan anda kelak. Jadi, usah lengah, jangan tunggu bila poket dah kering (tinggai seghedak) baru hendak terhegeh-hegeh hendak bayar - macam aku.

Aku hendak mengisahkan anak remajaku dan kenderaan (terkena pada batang hidungku sendiri)....

Apabila tiada motosikal, mengeluh - susah hendak ke tempat kerja. Dengan duit simpanan berdikit-dikit ni... keluarlah sebiji motosikal baru. Harga mencecah RM11,000.00. Tak kisahlah, boleh bayar ansur-ansur.

Bulan pertama, dah mula terkial-kial cari duit nak besarkan disc brake hadapan. Yang sedia ada, kecik. Hmmm terikut-ikut dengan motosikal mat-mat rempit. Biarlah dulu, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, kerana disc brake berkenaan masih baru, original pulak tu.

Rasa semacam kemestian pulak, tanggal side mirror. Banyak kali sudah aku berpesan agar pasang semula side mirror ni. Salah di sisi undang-undang kenderaan tiada side mirror. Namun apa boleh buat, cakapku umpama air dicurah ke daun keladi. Tidak terkesan sikit pun.

Bila sudah kena saman RM50.00, baru terkial-kial cari side mirror yang dah berhabuk di dalam stor. Terkilan jugak kerana terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapat pengajaran. Dua tiga hari kemudian aku terpandang motosikalnya, hmmm cuma dipasang sebelah sahaja side mirror tu. La... apa kejadahnya ni? Sampai liat sangat nak pasang side mirror?

Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

27hb. Julai, 2011. Program padat sempena sambutan Ramadan tahun ini di pejabat GISB. Bermula pagi, sesi fotografi kakitangan dengan pakaian raya masing-masing. Letih berposing maut ngkau... Lepas tu, makan tengahari ala sunnah; satu dulang empat orang.
Lepas solat Zuhur, diadakan tahlil arwah, disusuli kuliah Persediaan Menyambut Ramadan, oleh Ustaz Khairul Anam. Selesai program dapat seorang satu uncang (beg) yang berisi kurma, kitab kecil al-mathurat dan cup-cake. Minuman petang disediakan dengan juadah seperti karipap, buah melaka, kuih sagu, roti jala, puding jagung dan lain-lain. Semoga Ramadan kali ini Allah berkati dengan bertambah amalan lebih daripada Ramadan yang lepas. Amin.

Sudah berapa lama aku tak makan dalam dulang sebegini. Rindu.

Masing-masing mendapat ole-ole. Macam pergi makan kenduri kahwin la pulak....

Juadah minum petang, kuih tradisi.

Friday, July 22, 2011

Tilam Terpakai Percuma


Maafkan aku kerana tidak menjadi bahu dalam masalah ini.


Masih ada lagi segelintir manusia yang tahap siviknya amat rendah. Mungkin si pelakunya senang hati, terubat jiwa yang kacau. Mungkin si pelakunya lalu-lalang kawasan ini dengan 'kembang hidung' bangga kerana berjaya mencacatkan pemandangan. Itu belum lagi dilihat pada comotnya tampalan sticker along; sakit mata memandangnya.
Inilah yang dikatakan tangan durjana 1% berjaya mengalahkan 99% mata memandang. Aku sendiri pun tidak sanggup menjadi bahu dalam masalah ini. Oh... maafkan aku.

Monday, July 18, 2011

Kuliah Ramadhan

• Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sepanjang Ramadhan GISB mengadakan kuliah sebelum zuhur setiap hari (kecuali hari Jumaat), seperti kelaziman lima enam tahun lepas. Walaupun fizikal tidak makan, santapan rohani amat perlu untuk mengukuhkan lagi kekuatan rohani setiap kakitangan. Mengantuk? Memanglah mengantuk, tapi kenalah bermujahadah dengan memberi tumpuan pada penceramah.

Monday, July 11, 2011

Cucu



Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah sudah bercucu aku ni. Anak sulung aku, Siti Sarah dan Shafezan dikurniakan anak lelaki pada 9hb. Julai 2011.
Dengan mendapat gelaran 'tok wan' (kebiasaan oghang utagha), manakala bini aku pula dapat gelaran 'tok'.
Kami saling berpandangan, akur dengan masa yang begitu pantas. Semoga gelaran ini akan lebih mematangkan kami berdua. Hidup ini usah dipersia-siakan. Tanggungjawab makin berat untuk dipikul. Semoga Allah berkati dan membantu hamba-Nya ini. Amin.

Saturday, June 25, 2011

Dewan Perdana, RRIM

Hari ini aku menghadiri kenduri kahwin abang kepada Amirah (rakan tempat kerja).

Perkahwinan
Muhammad Iqbal Abu Zaharin
dengan
Nazihah Sidi Ahmad
Dewan Perdana, Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Akademi Hevea Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sungai Buloh, Selangor

Terpandang sahaja kad jemputan yang ditampal di papan kenyataan tempat kerja aku, terasa ingin benar nak pi kenduri ini. Sebabnya tahun lepas, aku mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung aku di sini. Terimbau memori saat fisrt time buat kenduri perkahwinan anak.





Wednesday, June 22, 2011

Baju kita serupa....

Ambil nombor dulu, baru tunggu. Kalau tak ambil nombor, sampai bila pun kita tidak akan dipanggil...

Pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke hospital. Appointment hari ini, biar awal, jangan jadi seperti minggu lepas, dapat nombor ke-19! Berbaloi juga sebab sekurang-kurangnya hari ini aku dapat nombor ke-9! Lagi cepat jumpa doktor lagi baik. Penantian itu satu penyeksaan. Terseksa melihat gelagat manusia; lelaki berpakaian sopan berbanding perempuan.

Semasa menanti giliran, aku terpandang kat depan aku seorang uncle yang pakai baju, sejibik ops! silap.... sebijik macam baju aku.
Hih hih hih ... nak tahu apa perasaan aku?
Pertama: Aku doakan supaya uncle tu cepat dipanggil doktor, dan terus beredar.
Kedua: Moga-moga tiada orang yang perasan, terutama bini uncle tersebut. Orang perempuan mudah terperasan.
Ketiga: Harap-harap janganlah uncle tu berpaling ke belakang; bimbang nanti dia tanya aku pulak, "Cantik baju, mana beli?"

Kisah 1:
Petang itu Ros (bukan nama sebenar) balik kerja ditemani adik beliau menaiki bas. Lapan belas minit kemudian baru dia terperasan ada seorang penumpang memakai kebaya saling tak tumpah seperti kebayanya. Hik hik hik... Nasib baik ada adik dia tolong cover, "Rileks ... cek cover Kak Ros..." kata adiknya sambil membesarkan badan.

Kisah 2:
Marzha (bukan nama sebenar) tengah bagi penerangan kepada adik-adik junior sebuah IPTA yang datang melawat pejabatnya. Tengah leka berucap, tiba-tiba terperasan seorang budak junior ni seperti tersipu-sipu, terkulat-kulat. Hairan, kenapa yer?
La... baru Marzha perasan, kebaya hitam bersulam benang emas sama seperti dipakai oleh budak junior ni.... Oleh kerana perkara ini adalah lumrah alam, Marzha tidak kisah... tak terjejas pun kariernya.

Tamat kisah di atas, secara logiknya, biarlah sepuluh orang sekali pun kebetulan pakai baju yang sama, apa kisah. Bukankah manusia pun ada yang wajahnya sama dengan manusia lain. Kata orang tua-tua, kat dunia ni, ada tujuh orang muka yang mirip dengan muka kita. Jadi... rileks la...

Tuesday, June 21, 2011

Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman, Terengganu.




Masjid Sultan Ahmad ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku as-Sultan Ismail Nasiruddin Shah, D.K, D.K (Malaysia), D.M.N, S.PM.T, D.K (Selangor)., Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Pada hari Jumaat 21 haribulan Syaaban 1395
bersamaan dengan 29 haribulan Ogos 1975
Batu asas masjid ini diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia
pada hari Ahad 6 haribulan Ogos 1972
bersamaan 26 Jamadil Akhir 1392

Al-Fatihah kepada penghuni alam barzakh di perkuburan lama masjid ini.

Wednesday, June 15, 2011

Sepagi di hospital.

Aku terlewat ke Hospital Sg. Buloh. Nah... aku dapat giliran yang ke-20! Sejam setengah jugak aku tercongok di bawah kipas angin yang terpasang maksimum. Ambil sampel darah untuk diuji tidaklah lama, cuma minggu depan bila berjumpa doktor, akan memakan masa kerana setiap pesakit tidak tentu masanya; lebih setengah jam seorang. Hmmm minggu depan kena datang awal sikit.
Wah... lapar jugaklah pagi ini kerana sejak semalam tidak makan termasuk pagi ini. Kalau nak sarapan, mesti selepas darah diambil.
Pokok asam yang telah menyaksikan pelbagai manusia berpenyakit di sini.

Siapa lambat, akan ketinggalan.


Cik Kelisa yang tidak tahan panas. Menumpang tempat parkir motor.

Bila dah berusia, terpaksalah rajin-rajin ke hospital, check darah. Itulah semasa muda; membujur lalu melintang patah. Tolak besi dan kayu sahaja yang ditolak, selain daripada itu, ditolak masuk ke kerongkong! Hik... hik... hik... Teringat dulu, selalu bawa anak kecil ke hospital dengan pelbagai penyakit termasuk luka akibat nakalnya mereka. Agak-agaknya bila dah tidak bermaya, mungkin kita akan disorong dengan kerusi roda oleh anak kat hospital. Hidup ibarat pusingan roda.
Kafeteria yang tersorok.

Selesai sahaja darahku diambil, aku pun bergegas ke tempat kerja, kononnya hendak bersarapan di sana. La... kenapa aku tak perasan, di sebelah parkir terdapat sebuah kafeteria! Walaupun kenderaan aku dah bergerak beberapa meter, aku berpatah balik, parkir kenderaan dan terus sarapan kat situ.