Monday, December 24, 2007

Aidiladha 2007

19/12/07 Hari Raya Korban datang lagi. Kali ini aku beraya lagi di Tg Malim. Biasalah petang hari raya persiapan membuat lemang telah menjadi tugas rutin abang ipar aku. Serah pada yang pakar; sebab pernah dulu aku cuba ‘melemang’, tau apa jadi…. Hampir 4 jam bakar akhirnya ada yang hangus dan macam-macam lagi.

20/12/07 lebih kurang 2:45 pagi, Kak Yang, tiba-tiba terbangun dan menangis kerana jari kelingkingnya sakit dan mula membengkak. Aku ingatkan dia mamai (mengigau) dan aku suruh dia sambung tidur. Oleh kerana tak tertahan sakitnya, aku syak dia disengat binatang berbisa, bergegas aku switch on lampu, cari binatang tersebut, tapi tak jumpa. Aku ambil keputusan untuk bawanya ke Hospital Slim River. Doktor sahkan dia disengat lipan. Setelah itu dia dapat rawatan dan diberi ubat. Terima kasih tak terhingga buat doktor yang bertugas pada malam tu.

10.00 pagi, upacara sembelihan korban. abang ipar aku buat korban seekor lembu. Biasalah penontonnya ramai kanak-kanak. Dan seperti kelaziman, tulang-tulang yang kami dapat dibuat sup. Wow sedapnya….

21/12/07 2:45 petang, seperti kelaziman bercuti kami semua bertolak ke sungai. Lebih kurang 22 orang semuanya menaiki lori. Kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.


Suasana di atas lori. Pengalaman yang yang sukar dilupakan.

Inilah tempat kami bermandi-manda. Berhampiran TeratakRiverView Resort.
5:20 petang, rakit siap dibina dan sampai di tempat kami mandi. Apalagi, riuh rendah, lompat girang budak-budak kerana hendak menaiki rakit.

6:50 petang aku jemput mereka di hilir sungai. Mereka belum sampai lagi (dah hampir 2 jam). Malangnya lori yang aku bawa terlekat dalam lumpur.... Kasihan, bila mereka sampai dengan penuh keletihan terpaksa menolak lori tersebut....

Monday, December 10, 2007

bukit melawati, k. selangor

8/12/07 aku melawat bukit melawati, sejarahnya lebih kurang begini, akhir abad ke-18, Sultan Selangor yang kedua membina sebuah kubu di puncak Bukit Melawati untuk melindungi negeri daripada penceroboh. Di puncaknya terdapat banyak meriam Belanda.

Terdapat banyak kawanan monyet jenis Silver-Leafed dan juga Long-Tailed Macaques berkeliaran dan bergayutan di atas pokok. Anehnya, bulu anak monyet Silver-Leafed berwarna keemasan jika dibandingkan dengan ibunya yang berwarna kelabu gelap.

On the way back, kami pergi pulak ke Pantai Remis, Jeram (about 11km dari simpang Kg Assam menghala ke Klang). Kalau nak cari siput, kenalah pergi waktu air surut. Kalau tak nak susah-susah cari siput, beli aja kat gerai berhampiran.





Tuesday, November 27, 2007

trip to felda rentam, triang, pahang

kali ini trip aku ke felda rentam, untuk menghadiri majlis pernikahan nak pak ngah shaari. selamat pengantin baru sham & ziana.
24/11/07 sabtu
9:00 ambil cik kat rumahnya, kami menaiki kembara lima orang termasuk qais dan kak yang. untuk trip yang relax dan santai, kami singgah sebentar kat lipur lintang. sambil sarapan kat warung di sana, nikmat sungguh dengar deruan air sungai. teringat masa-masa dulu singgah dengan adik beradik yang lain.


11.30 pagi, singgah kg sempadan, lanchang pahang. melihat kehidupan sana; kerana kawan aku yang pernah ikut arqam dulu selalu berpesan, kalau lalu ikut situ, singgah dan ambillah foto. lepas aku tunjukkan foto ni, dia geleng kepala, "sedih juga hati aku tengok keadaan yang jauh berbeza dengan dulu," katanya. hutan bermaharaja lela. bangunan ada yang menjadi kandang lembu.


1:00 pm sampai, singgah butik anggun berseri, kepunyaan mak ndak tun. berkembang maju bisnes dia. bila sembang-sembang dengannya, baru aku dapat tahu, dia sekarang ni dah berjinak-jinak dengan perniagaan catering. selamat maju jaya mak ndak tun.


sampai sahaja rumah pakngah, kami dijamu makan tengahari bersama sanak saudara yang sampai sejak pagi tadi. seekor lembu tumbang hari ini.


3:00 ptg, gotong royong siang lembu, untuk kenduri tahlil malam ini. di belakang rumah, ramai penduduk kampung datang bergotong royong masak. uniknya, mereka masak nasi kawah dan kari di atas tanah. tanah yang dikorek, mulut kawah separas dengan tanah. cara ini katanya cepat masak. sebab api terkurung kat dalam tanah.
4:30 petang, aku, isteri dan anak ke felda bukit mendi, ziarah pakcik id. makan malam dan balik ke rentam semula, tidur ramai-ramai kata rumah pak long ishak. seronok, sembang-sembang cerita kisah silam.




25/11/07 ahad.
9:55 pagi. family chop sampai. aku ternampak mereka kat stesyen petronas. mereka singgah situ untuk tukar lampin baby.


11:00 pagi penduduk tengah sibuk masak untuk kenduri. hari ini dua ekor lembu tumbang.


1:20 tgh, rombongan pengantin tiba,


2:00 acara penutup, cabutan nombor bertuah, unik juga acara ini. setiap pekerja dapat sehelai tuala kecil bernombor.


4:00 aku bersiap sedia nak balik ke kl. sayang sekali tak dapat menyertai mereka bakar ikan malam tu. terpaksa balik kerana esoknya kerja.... huh huh huu.

8:00 malam sampai rumah. makan nasik kenduri yang dibekalkan, juga rambutan.

Friday, November 23, 2007

lata rek, kelantan

kesempatan aku ke kelantan, pada 24/2/2007. best! masih terasa kesegaran air sungai lata rek, laloh.

Monday, November 19, 2007

selamat menunaikan haji

jumaat, 16hb. nov 2007 petang;

aku, isteri dan anakku qais ke kompleks tabung haji kelana jaya. di sana telah sampai rombongan dari tg malim kerana menghantar kakak iparku, suaminya serta ibu mertua ke makkah menunaikan fardhu haji.
berhampiran kompleks tabung haji, didirikan khemah besar, mengandungi gerai makan, gerai alatan ibadah, dan lain-lain. bermacam ragam manusia di sini. selesai solat maghrib, kami bersurai. didoakan mereka mendapat haji mabrur. amin.

Tuesday, November 13, 2007

rehlah sungai tg malim • ahad 11/11/07

10:25 pagi aku dan isteri sampai tempat mereka berkumpul. parking kembara dalam hutan di tepi jalan. mereka menaiki lori ini. bebudak tengah makan. ada yang tengah bermandi-manda.

bebudak masih riang berkubang. santapan kami tengah hari ini ikan keli bakar.

persiapan membuat rakit. mereka ini akan mudik ke hilir lebih kurang 5 km.

lebih kurang 30 minit berlalu, rakit siap dan mereka mula bertolak. aku pulak bergegas bawa budak-budak selebihnya menaiki lori. team kami bertolak ikut jalan darat naik lori. mereka ini tidak dibenarkan naik rakit atas faktor keselamatan.

kami tunggu team naik rakit kat pangkalan yang dijanjikan. 2:10 ptg lebih kurang 40 minit berlalu team rakit sampai.

kini team lori pulak nak rasa naik rakit. aku menunggu mereka di satu lagi pangkalan lebih kurang 500 meter.
3:00 ptg, selamat sampai kat rumah. budak-budak yang ramai ini terpaksa dibawa naik lori sebab mereka semua basah kuyup. Alhamdulillah semuanya selamat.


here some video

Friday, November 9, 2007

oh perodua kembara (daihatsu terios)



terkadang-kadang bila aku lihat jiran aku, seorang tua bersama tiga orang anaknya; kesemuanya mereka memakai proton iswara aeroback, terasa lucu jugak. bayangkan setiap hari tersidai kereta tersebut di perkarangan rumah. bila cuti pada hari sabtu dan ahad, datang pula anaknya dengan kereta yang sama jenis. bila berhimpun hari raya, kalau tak silap aku ada 6 biji kereta yang sama. hmmmm....
rupa-rupanya fenomena ini terjadi jugak kat aku. aku pakai kembara, kakak ipar aku pun kembara, abang ipar aku pun kembara, dan baru-baru ini anak saudara aku beli kereta pun ..... sesekali balik kampung hari raya, tersidai empat biji kembara kami. K E M B A R A! hmmmm....

apa pun syukur Alhamudulillah.... dengan rezeki ini....

Tuesday, November 6, 2007

repair kereta



persediaan nak ke Pahang; kenduri kahwin pada 25hb. Nov. 2007
• tukar drive shaft depan kiri & kanan
setelah bunyi "krup-krap" tiga bulan lebih.
• tukar absober belakang

Monday, October 29, 2007

aidilfitri 2007

mus rancang nak sewa bungalow kat rumah kami. biar kita kumpul ramai-ramai beraya kat situ bermula malam raya.

keterangan gambar:
(1) tapi sebelum tu, terpaksa lap lantai kerana tempias hujan petang itu. (2) ini tempat bakal kami sekeluarga berkumpul sambut hari raya (3) lepas penat gotong royong tu, berendam sampai naik putih badan... (4) yang ni plak berendam lama sampai naik kelabu badan... (5) persiapan berbuka puasa (6) persiapan berbuka puasa (7) ini pulak krew dapur – banyak jasa depa nih.... (8) tgh berbincang nak buat apa dengan benda ini... (9) dah decide nak letupkan malam raya dan pagi raya. orang dewasa sahaja yang main benda ni... budak-budak hanya jadi penonton. (10) osama dan tonet. (11) berbincang sebelum buka puasa (12) berbuka puasa



1) berbuka puasa syukur dapat habiskan sebulan puasa (2) solat maghrib dan bertakbir (3) solat maghrib dan bertakbir (4) 12 tgh malam; pekena sup tulang (5) pagi raya, sarapan dulu sebelum solat idilfitri (6) solat idilfitri terpaksa buat kat bungalow sbb pergi ke dua buah masjid, sudah habis solat idilfitri. (7,8) santai raya (9) salam bermaafan zahir dan batin duit raya (10,11 )ziarah kubur mak kat kepong, kl (12) mlm, ziarah rumah ummi aisyah tauke kek.

Wednesday, October 10, 2007

trip to Singapura


(a) 5 october 2007 naik ktm. trip kali ini terkena upper berth plak sebab lambat booking. lebih tujuh jam terkurung dalam ni.
(b) 6 oktober 8:40 pagi sampai Singapura. Inilah barang berharga yang aku kena seludup ke sana; dadah mampat? (dodol)
(c) 9:30 am sampai stesen ktm tanjung pagar, singapura.
dijemput oleh zul dan famili.
(d) 12:12 tgh: pergi ke masjid sultan dengan dehya'.
(f) jumpa kotak rokok terbuang... hmmm seeloknya cara begini boleh mengingatkan remaja supaya jangan merokok.
(g) 6:55 ptg - berbuka puasa kat masjid ghufran.
(h) hmmm ingatkan kat taman tun dr. ismail saja ada masjid al-ghufran ni. solat maghrib, isyak dan tarawikh....
(i) Carta sumbangan berbuka puasa dan moreh.


(j) 10:25 mlm. pergi rumah emak saudara kat bedok. ini pulak warning pada orang yang menconteng dinding. bagus cara ini (tulis pada kertas dan ditampal kat grafiti tu, bukan ditambah conteng lagi dinding tersebut dengan berbagai amaran.)
(k) kat rumah mereka; kitty aku nampak makin berisi. biasalah kerja makan tidur lepas tu tangkap lipas. dia ni kiranya macam pekerja pest control.
(l) pandangan ke luar tingkap.
(m, n, o) 7 oktober 3:20 ptg. on the way ke kompleks tanjong katong; tinjau orang sana shoping kuih, juadah berbuka, dll. ramai sungguh orang kat sana; mcm semut.
(p) 6:45 petang. sebahagian juadah berbuka. hmmm sedap. lepas ni nak balik ke k.l 8:30 mlm zul dan family hantar aku kat Woodland Check Point.
(q) Masuk ke JB naik keretapi ke KL Sentral.
8 Oktober 7:25 pagi sampai KL Sentral. Lepas naik komuter terus balik ke rumah. bersiap-siap ke pejabat; hari ini aku kerja.....

Friday, August 17, 2007

alahai 016

TAHUN 1998

"Along! Kenapa adik beli handphone baru ni tak ada line?" Adikku mengajukan pertanyaan yang membingungkannya.
"Mana handphone tu? Bak sini Along nak tengok." Pinta aku ingin tahu kenapa perkara ini boleh berlaku.
"Handphone ni NOKIA jugak, tapi kenapa tak ada line. NOKIA dulu ada line." Keluh adikku.
Puas aku membelek-belek handphone NOKIA tu, tapi tak ada apa-apa masalah pun. Last sekali aku tanya dia, "01?"
Dia jawab, "016". Aku tergelak besar. Dia terpinga-pinga lagi....
Dulu pakai 01 apa?"
"013".
"Kat umah ni tak coverage 016 la!"
Ha ha ha. Kesian adik aku tu... dia masih tak faham kenapa NOKIA dia tak ada coverage!

Friday, August 3, 2007

singapore

27-39 july 2007 pergi singapura ziarah emak saudara kat hospital changi. Alhamdulillah emak saudara saya tu dah beransur pulih. sepanjang kat sana berpeluang juga jelajah singapura dengan menaiki LRT dan MRT nya... best...

adikku accident

petang semalam (2/08/07) aku pi ziarah adikku terlantar kat hospital PPUM. teruk mukanya.

ceritanya; dia tumpang member, seorang pemandu yang tidak ada lesen. kereta pulak tu kereta pinjam; siap dengan modified enjin cc besar tak padan dengan kereta. adik saya ini (ada lesen memandu) menasihatkan kawan dia supaya jangan bawa laju sangat; si mat tak ada lesen ini pun mulalah nak tunjuk lagak; nak test power kereta, memecut macam orang gila sawan. bayangkan dalam kawasan taman perumahan pun laju nak gila; akhirnya hantam proton perdana. mangsanya adik saya ni teruk cedera kat muka. yang si budak tak ada lesen ni, cuma pesakit luar ajer....
tapi walau bagaimana pun sekarang ni dah beransur pulih; sebab muka sahaja yang cedera.

Wednesday, August 1, 2007

masa kecik




masa kecik-kecik dulu teringat aku; aku ni sungguh pemalu... sampai tak nak keluar rumah. nak pakai baju baru hari raya pun aku malu nak keluar rumah. sampai aku ambil keputusan nak pakai t-shirt saja nak pergi solat raya. mak aku punyalah marah... dipaksanya aku keluar solat raya. mahu tak mahu aku pun pergi juga... bila tengok semua orang pakai baju baru lagi cantik-cantik plak tu.... dalam hati aku berkata, 'nasib baik aku tak pakai t-shirt!'