Tuesday, November 27, 2007

trip to felda rentam, triang, pahang

kali ini trip aku ke felda rentam, untuk menghadiri majlis pernikahan nak pak ngah shaari. selamat pengantin baru sham & ziana.
24/11/07 sabtu
9:00 ambil cik kat rumahnya, kami menaiki kembara lima orang termasuk qais dan kak yang. untuk trip yang relax dan santai, kami singgah sebentar kat lipur lintang. sambil sarapan kat warung di sana, nikmat sungguh dengar deruan air sungai. teringat masa-masa dulu singgah dengan adik beradik yang lain.


11.30 pagi, singgah kg sempadan, lanchang pahang. melihat kehidupan sana; kerana kawan aku yang pernah ikut arqam dulu selalu berpesan, kalau lalu ikut situ, singgah dan ambillah foto. lepas aku tunjukkan foto ni, dia geleng kepala, "sedih juga hati aku tengok keadaan yang jauh berbeza dengan dulu," katanya. hutan bermaharaja lela. bangunan ada yang menjadi kandang lembu.


1:00 pm sampai, singgah butik anggun berseri, kepunyaan mak ndak tun. berkembang maju bisnes dia. bila sembang-sembang dengannya, baru aku dapat tahu, dia sekarang ni dah berjinak-jinak dengan perniagaan catering. selamat maju jaya mak ndak tun.


sampai sahaja rumah pakngah, kami dijamu makan tengahari bersama sanak saudara yang sampai sejak pagi tadi. seekor lembu tumbang hari ini.


3:00 ptg, gotong royong siang lembu, untuk kenduri tahlil malam ini. di belakang rumah, ramai penduduk kampung datang bergotong royong masak. uniknya, mereka masak nasi kawah dan kari di atas tanah. tanah yang dikorek, mulut kawah separas dengan tanah. cara ini katanya cepat masak. sebab api terkurung kat dalam tanah.
4:30 petang, aku, isteri dan anak ke felda bukit mendi, ziarah pakcik id. makan malam dan balik ke rentam semula, tidur ramai-ramai kata rumah pak long ishak. seronok, sembang-sembang cerita kisah silam.




25/11/07 ahad.
9:55 pagi. family chop sampai. aku ternampak mereka kat stesyen petronas. mereka singgah situ untuk tukar lampin baby.


11:00 pagi penduduk tengah sibuk masak untuk kenduri. hari ini dua ekor lembu tumbang.


1:20 tgh, rombongan pengantin tiba,


2:00 acara penutup, cabutan nombor bertuah, unik juga acara ini. setiap pekerja dapat sehelai tuala kecil bernombor.


4:00 aku bersiap sedia nak balik ke kl. sayang sekali tak dapat menyertai mereka bakar ikan malam tu. terpaksa balik kerana esoknya kerja.... huh huh huu.

8:00 malam sampai rumah. makan nasik kenduri yang dibekalkan, juga rambutan.

Friday, November 23, 2007

lata rek, kelantan

kesempatan aku ke kelantan, pada 24/2/2007. best! masih terasa kesegaran air sungai lata rek, laloh.

Monday, November 19, 2007

selamat menunaikan haji

jumaat, 16hb. nov 2007 petang;

aku, isteri dan anakku qais ke kompleks tabung haji kelana jaya. di sana telah sampai rombongan dari tg malim kerana menghantar kakak iparku, suaminya serta ibu mertua ke makkah menunaikan fardhu haji.
berhampiran kompleks tabung haji, didirikan khemah besar, mengandungi gerai makan, gerai alatan ibadah, dan lain-lain. bermacam ragam manusia di sini. selesai solat maghrib, kami bersurai. didoakan mereka mendapat haji mabrur. amin.

Tuesday, November 13, 2007

rehlah sungai tg malim • ahad 11/11/07

10:25 pagi aku dan isteri sampai tempat mereka berkumpul. parking kembara dalam hutan di tepi jalan. mereka menaiki lori ini. bebudak tengah makan. ada yang tengah bermandi-manda.

bebudak masih riang berkubang. santapan kami tengah hari ini ikan keli bakar.

persiapan membuat rakit. mereka ini akan mudik ke hilir lebih kurang 5 km.

lebih kurang 30 minit berlalu, rakit siap dan mereka mula bertolak. aku pulak bergegas bawa budak-budak selebihnya menaiki lori. team kami bertolak ikut jalan darat naik lori. mereka ini tidak dibenarkan naik rakit atas faktor keselamatan.

kami tunggu team naik rakit kat pangkalan yang dijanjikan. 2:10 ptg lebih kurang 40 minit berlalu team rakit sampai.

kini team lori pulak nak rasa naik rakit. aku menunggu mereka di satu lagi pangkalan lebih kurang 500 meter.
3:00 ptg, selamat sampai kat rumah. budak-budak yang ramai ini terpaksa dibawa naik lori sebab mereka semua basah kuyup. Alhamdulillah semuanya selamat.


here some video

Friday, November 9, 2007

oh perodua kembara (daihatsu terios)



terkadang-kadang bila aku lihat jiran aku, seorang tua bersama tiga orang anaknya; kesemuanya mereka memakai proton iswara aeroback, terasa lucu jugak. bayangkan setiap hari tersidai kereta tersebut di perkarangan rumah. bila cuti pada hari sabtu dan ahad, datang pula anaknya dengan kereta yang sama jenis. bila berhimpun hari raya, kalau tak silap aku ada 6 biji kereta yang sama. hmmmm....
rupa-rupanya fenomena ini terjadi jugak kat aku. aku pakai kembara, kakak ipar aku pun kembara, abang ipar aku pun kembara, dan baru-baru ini anak saudara aku beli kereta pun ..... sesekali balik kampung hari raya, tersidai empat biji kembara kami. K E M B A R A! hmmmm....

apa pun syukur Alhamudulillah.... dengan rezeki ini....

Tuesday, November 6, 2007

repair kereta



persediaan nak ke Pahang; kenduri kahwin pada 25hb. Nov. 2007
• tukar drive shaft depan kiri & kanan
setelah bunyi "krup-krap" tiga bulan lebih.
• tukar absober belakang