Friday, November 9, 2007

oh perodua kembara (daihatsu terios)



terkadang-kadang bila aku lihat jiran aku, seorang tua bersama tiga orang anaknya; kesemuanya mereka memakai proton iswara aeroback, terasa lucu jugak. bayangkan setiap hari tersidai kereta tersebut di perkarangan rumah. bila cuti pada hari sabtu dan ahad, datang pula anaknya dengan kereta yang sama jenis. bila berhimpun hari raya, kalau tak silap aku ada 6 biji kereta yang sama. hmmmm....
rupa-rupanya fenomena ini terjadi jugak kat aku. aku pakai kembara, kakak ipar aku pun kembara, abang ipar aku pun kembara, dan baru-baru ini anak saudara aku beli kereta pun ..... sesekali balik kampung hari raya, tersidai empat biji kembara kami. K E M B A R A! hmmmm....

apa pun syukur Alhamudulillah.... dengan rezeki ini....

5 comments:

kakak said...

nanti semua ahli keluarga pak abu pakai kembara...sebab kembara cute

Anonymous said...

dah masuk www.km.my ke belom? ke sudah masuk?

abunyer said...

Terima kasih atas info web Kembara. Sejak ada Myvi, Kembara khusus untuk mem sahaja. Dan baru-baru ini tukar gearbox mencecah RM2600.00! Walau bagaimana pun kami (adik beradik) masih pakai Kembara sebab sekali sekali masuk hutan; dusun durian...

Anonymous said...

salam.pak abu..nak tanya lepas tukar gear box...sampai sekarang ok ke gear box dia..

abunyer said...

gear box sekarang ini masih ok. cuma tidak boleh lasak, bodi pun dah bergegar, faham-fahamlah kereta tua...