Monday, December 24, 2007

Aidiladha 2007

19/12/07 Hari Raya Korban datang lagi. Kali ini aku beraya lagi di Tg Malim. Biasalah petang hari raya persiapan membuat lemang telah menjadi tugas rutin abang ipar aku. Serah pada yang pakar; sebab pernah dulu aku cuba ‘melemang’, tau apa jadi…. Hampir 4 jam bakar akhirnya ada yang hangus dan macam-macam lagi.

20/12/07 lebih kurang 2:45 pagi, Kak Yang, tiba-tiba terbangun dan menangis kerana jari kelingkingnya sakit dan mula membengkak. Aku ingatkan dia mamai (mengigau) dan aku suruh dia sambung tidur. Oleh kerana tak tertahan sakitnya, aku syak dia disengat binatang berbisa, bergegas aku switch on lampu, cari binatang tersebut, tapi tak jumpa. Aku ambil keputusan untuk bawanya ke Hospital Slim River. Doktor sahkan dia disengat lipan. Setelah itu dia dapat rawatan dan diberi ubat. Terima kasih tak terhingga buat doktor yang bertugas pada malam tu.

10.00 pagi, upacara sembelihan korban. abang ipar aku buat korban seekor lembu. Biasalah penontonnya ramai kanak-kanak. Dan seperti kelaziman, tulang-tulang yang kami dapat dibuat sup. Wow sedapnya….

21/12/07 2:45 petang, seperti kelaziman bercuti kami semua bertolak ke sungai. Lebih kurang 22 orang semuanya menaiki lori. Kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.


Suasana di atas lori. Pengalaman yang yang sukar dilupakan.

Inilah tempat kami bermandi-manda. Berhampiran TeratakRiverView Resort.
5:20 petang, rakit siap dibina dan sampai di tempat kami mandi. Apalagi, riuh rendah, lompat girang budak-budak kerana hendak menaiki rakit.

6:50 petang aku jemput mereka di hilir sungai. Mereka belum sampai lagi (dah hampir 2 jam). Malangnya lori yang aku bawa terlekat dalam lumpur.... Kasihan, bila mereka sampai dengan penuh keletihan terpaksa menolak lori tersebut....

Monday, December 10, 2007

bukit melawati, k. selangor

8/12/07 aku melawat bukit melawati, sejarahnya lebih kurang begini, akhir abad ke-18, Sultan Selangor yang kedua membina sebuah kubu di puncak Bukit Melawati untuk melindungi negeri daripada penceroboh. Di puncaknya terdapat banyak meriam Belanda.

Terdapat banyak kawanan monyet jenis Silver-Leafed dan juga Long-Tailed Macaques berkeliaran dan bergayutan di atas pokok. Anehnya, bulu anak monyet Silver-Leafed berwarna keemasan jika dibandingkan dengan ibunya yang berwarna kelabu gelap.

On the way back, kami pergi pulak ke Pantai Remis, Jeram (about 11km dari simpang Kg Assam menghala ke Klang). Kalau nak cari siput, kenalah pergi waktu air surut. Kalau tak nak susah-susah cari siput, beli aja kat gerai berhampiran.