Monday, December 29, 2008

majlis pertunangan Nasrul & Nor Azlin

28 Dis. 2008 aku mengetuai rombongan peminangan untuk adik aku Nasrul di Sungkai. Oleh kerana program bermula jam 3.00 petang, jadi kami sempat singgah untuk rehlah di sungai, berhampiran Teratak Riverview, Hulu Bernam. Kebetulan serawan jala sentiasa berada di dalam bonet kereta yang dipandu Syukri, apalagi aktiviti menjala menjadi idaman.


Suasana meriah semasa majlis pertunangan...

Saturday, December 27, 2008

kisah Zarul di NZ

Zarul ke New Zealand pada 24hb Februari 2008 . Aku mengiringinya ke Singapura kerana flightnya dari Singapura. Oleh kerana first time ke Singapura, terpaksalah aku jadi guide dia... lebih-lebih lagi untuk ke rumah adik aku yang tinggal di sana. Ceritanya di sini:
http://abunyer.blogspot.com/2008/03/paksu-ke-new-zealand.html

Baru-baru ini dia ada memberi memory card digital camera nya kepada aku. Gambar di New Zealand, katanya.

Bila aku view satu persatu gambar tersebut... aku terpandang sekeping gambar yang agak familiar dalam satu BLOG yang pernah aku jumpa semasa merayau-rayau di alam siber.

Bila aku call Zarul... memang dia pasti blog itu kepunyaan Kak As... (mynurkasih.blogspot.com) apalagi dia pun bercerita tentang famili Kak As semasa dia di New Zealand.

Hmmmm.... siapa sangka dunia ini semakin kecil...

Kepada As dan famili, juga rakan taulan Zarul di sana, salam perkenalan dan terima kasih banyak-banyak kerana menerima adik saya (Zarul) bertamu ke rumah anda. Syukran.

Monday, December 22, 2008

Jalinan Anak Rao Malaysia

Ahad lepas 21 Dis. 2008 aku menghadiri Mesyuarat Agung Penubuhan JARO – Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Keahlian: Terbuka kepada orang Rao atau
bersemenda (aku ni dikira semenda), warganegara Malaysia.

Gambar sekitar hari Mesyuarat Agung Penubuhan JARO



Sedikit fakta yang dipetik dari buku Mesyuarat Agung Penubuhan JARO

Thursday, December 18, 2008

GISB

memori lama... bila aku berkesempatan ke TTDI, KL...
hati ini bagai diruntun untuk mengenang memori
semasa kerja di sini.

hmmm... aku berlegar sekitar kawasan ini sejak 1982! mencari rezeki...

Monday, December 15, 2008

Aidil Adha di Langkawi

7:45 pagi bertolak dari rumah ke Kangar, Perlis melalui jalan Kuala Selangor. Menjadi kelaziman kalau melalui jalan ini, akan jumpa warong air nira nipah, aku akan beli dua tiga bungkus minuman ini (harganya RM2.00 sebungkus). Sambil memandu, aku akan hirup nira nipah ini.... wow sungguh sedap. Aku sorang saja yang suka nira nipah.... yang lain-lain tak suka.
Sampai Kangar 5:25 ptg. Bermalam di rumah Mus.

Hari: 2 (Ahad 7/12/08)
Famili Zul & Yah dari Singapore sampai K. Perlis pukul 9.00 pagi. Mereka menaiki bas dari JB pukul 10:00 malam. Kami sekeluarga ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi bersama keluarga Zul. Sampai Langkawi 12 tgh, terus ke tempat penginapan yang telah ditempah oleh Mus. Kami semua menginap di Chogm Villa, Kuah, Langkawi 4 hari 3 malam.
foto satelit diambil dari Google Map



Malamnya... ada sessi makan-makan di tempat orang bakar lemang... kami dijamu pulak dengan lemang dan ketupat daun palas.... sedap... Terima kasih pada tuan rumah... (ibu bapa angkat Mus). Kami dilayan macam anak sendiri.


Hari: 3 (Isnin 8/12/08) Raya Pertama
Solat Aidil Adha di Masjid Padang Mat Sirat. Seterusnya ziarah keluarga hingga malam. Letih oii.... kenyang dengan ketupat daun palas juga laksa!


Hari: 4 (Selasa 9/12/09) Raya Kedua
Ada program makan sotong bakar di rumah Chef Miqdad. Sementara menunggu program pukul 12 tgh.... sempat lagi bebudak surfing internet.... memancing.


Lepas makan kami pergi Tanjong Rhu, Mangrove Tour. Dari pukul 1:15 ptg hingga 4:00 petang. Anda patut cuba pengalaman menyelusuri laluan hutan paya bakau ini.



5:30 ke Restoran Arab Rajawali, Lagoon Resort Langkawi. Aku tak lepaskan peluang makan kambing. Malamnya pula ada sessi makan cokelat... di penginapan kami.



Hari: 5 (Rabu 10/12/08) Raya Ketiga
12:30 tgh – Program makan kambing panggang di rumah Chef Miqdad. Chef Miqdad masak Nasi Mandi.... Sedap sungguh Nasi Mandi dimakan dengan kambing panggang.

5:30 petang kami menaiki bot bertolak ke Kuala Perlis....
bermalam di rumah Mus di Kangar. Biasanya dapur Mus lengang (kerana isterinya bersalin dan berada di Langkawi); kini dipenuhi tukang masak.... untuk hidangan makan malam....

Demikian sekelumit kisah aidil adha keluarga kami. Anda boleh lihat album gambar sepanjang kami berada di sana dalam Flickr abunyer....

Wednesday, December 3, 2008

Famili Rosli dan Suriani

Famili Rosli dan Suriani.... menuntut ilmu di universiti kat UK.... salam sayang dan selamat maju jaya.

Tuesday, November 25, 2008

nasib...

Datsun 120Y. Menjadi idaman saya sewaktu usia menginjak dewasa. Bila dah beranak pinak, saya jadi lupa akan model ini sebab leka dengan model-model yang bercambah di atas jalan raya. Hmmm... hakikat dunia.

Thursday, November 20, 2008

hujan....

video
Semenjak dua menjak ni... musim hujan. Kadang-kadang dinihari aku terjaga dari tidur kerana dengar deruan air. Terkadang terasa indah bunyi air mengalir masuk ke telinga. Biasalah kalau rumah di tepi sungai, macam tidur dalam khemah semasa berkhemah kat sungai Tg. Malim!


Kelakar juga bila aku mengingatkan apai supaya jangan sekali-kali main di tepi sungai! Agak-agak apa kata apai...

Monday, November 17, 2008

sembelih itik


Baru-baru ini, adikku suruh aku sembelih itik pelilharaannya yang suka merayau-rayau ke rumah jiran. Dia yang hanya suka-suka pelihara itik, rupanya tidak menggemari daging itik. Lalu aku pun tak lepaskan rezeki yang datang.

Teringat aku, mula-mula aku praktikal sembelih ayam dan itik ketika berusia 15 tahun. Ini kerana ayah aku tidak mahu sembelih binatang peliharaan kerana kasihan. Walaupun kebiasaan keluarga kami akan suruh jiran (pak lebai) untuk sembelihkan. Aku ambil peluang untuk praktikalnya. Pengalaman pertama kali sembelih, aku sembelih itik serati. Lepas sembelih cepat-cepat masukkan ke dalam sangkar, kerana itik jenis ini boleh terbang jauh walaupun sudah disembelih.

Setakat ini aku telah sembelih ayam, itik dan arnab. Lembu atau kambing, aku tak berani... kena serah pada yang pakar...

Remaja sekarang macam mana? Bolehkah disuruh sembelih?

Friday, November 14, 2008

oh diari...

Aku dulu cukup rajin tulis kisah kehidupan dalam diari. Seingat aku sejak dari Tingkatan 3. Tetapi sayang diari masa sekolah dulu hilang ketika aku berhijrah ke KL tahun 1982. Di sini aku sertakan sebahagian anekdot yang tercatit dalam diari aku buat tatapan kalian.


Catatannya:
8/11/93 8.00 pagi Cukur rambut Sofwah (
Si Safwah dah besar sekarang... anak ke-6)




Catatannya:
HW 9574 (teksi yang aku bawa Pukul 9.00 mlm)
Tambang: RM25.00 + RM2.00 + RM3.20 + RM3.00 = (kira sendiri berapa banyak wang tambang yang aku dapat).

10/10/93 (9:30 mlm): Qais jatuh, kepala kena batu. Banyak darah. Kena jubah putih (masa tu dia pakai jubah putih). Bubuh minyak gamat. Ok.
(Memang si Qais ini hyper-active).




Catatannya:
Dalam bas Qais dan Muhd tidur nyenyak sebab dia tak tidur siang.
(kisah semasa aku bawa Qais – anak ke-5; dan Muhd – anak ke-4; ke Langkawi)





Catatannya:
Hari Jadi ke-30 - Tua dah tu...




Catatannya:
Ini grafiti yang dilakar oleh siapa pun tak tahu... (Ini peringatan untuk aku, supaya simpan diari di tempat selamat).

Monday, November 10, 2008

Monday, November 3, 2008

Cikgu...

1 Nov. 2008 (Sabtu)

Hadiri kenduri kesyukuran doa selamat buat Fakhrul
(anak saudara) ... dah jadi guru.
Tahniah buat Cikgu Fakhrul bin Cikgu Lokman.
video



Aku teringat pada seorang kawan (Tingkatan 1 - 5)
yang juga seorang guru; Cikgu Malik.




Buat cikgu-cikgu.. akan aku coretkan nama-nama kalian di sini:
1. Cikgu Mahadi (SKKK 1969)
2. Cikgu Rafar (SKKK 1969)

3. Cikgu Noriah (SKB 1974)

4. Cikgu Rahman (SMKK1979)

5. Miss Tham (SMKK Guru bahasa Inggeris - aku suka cara dia mengajar)

6. Mr Neoh - Penolong Kanan yang garang (SMKK)


dan ramai lagi guru yang mukanya tersemat di sanubari... nama dah lupa la plak!
Terima kasih cikgu!!!! (nada ramai-ramai bila habis kelas)

Dan untuk pengetahuan kalian, Managing Director kat pejabat aku adalah bekas cikgu;
CIKGU ABU HASSAN MORAD

Wednesday, October 29, 2008

restoran arab...

Masih lagi terasa suasana raya:
20 Syawal 1429 / 20 Sept 2008


Mus ajak kami menjamu selera di Restoran Rajawali, di Langkawi Lagoon Resort.
Merasa jugalah aku makanan arab; nasi kambing, roti, thahinah, yogurt...
Aku berkesempatan bergambar dengan Chef Miqdad dan pembantunya Chef Misbah.
Terima kasih pada Mus dan Chef...
Ini ada sikit iklan dan info untuk Restoran tu....

Friday, October 24, 2008

konvo UUM ke-21

Tahniah buat Sarah....
Terasa baru benar lihat Sarah terima sijil tamat tadika masa dulu, kini dapat lihat dia menggengam segulung ijazah. Syukur Alhamdulillah.

video

Wednesday, October 15, 2008

perihal 'mat........'

Penyakit masyarakat....
1. Sedar-sedar air tak ada kat office... bila dicari puncanya... rupa-rupanya kepala paip telah ghaib. Angkara 'mat besi'. Kalau dulu meter dikebas... tapi kini tidak boleh curi lagi sebab meter buatan plastik.




2. Sticker, call card bersepah-sepah angkara 'mat tampal'. Dengan seciput upah, mereka sanggup mengotorkan dinding dan segala tempat (asal ada tempat untuk tampal). 'Mat along' ni pun satu... upahlah 'mat tampal' tampal sticker 'mat along' kat tempat lain... kat kasino ka... kat 4D ka... Sana banyak orang mahu pakai duit.




3. Mesin Water Filter. Semasa semua orang sibuk balik kampung raya... 'mat coin' pun raya gak. Sampai sanggup umpil mesin ini. Agaknya berapa sen yang dia dapat...

Friday, October 10, 2008

sambut aidilfitri 2008

Atas permintaan ramai (ramai ker? cuma 2, 3 orang anak aku yang jauh di perantauan), dipamerkan serba sedikit suasana hari raya tahun ini.
Aidilfitri disambut bersama keluarga Ustaz Hashim Ahmad. Meriah sangat...

Thursday, October 9, 2008

... penyeri hidup....

Apai – dipungut kat kantin sekolah pertengahan tahun 2006. Mula-mula masuk ke rumah aku, dia menyorok seolah-olah takut kena pukul. Phobia la tu... mungkin pernah kena pukul di masa lampau. Sampai sekarang... dia tak boleh tengok tali pinggang, kayu pembaris; mesti nak lari...
Dia ni tak pandai nak berlawan dengan kucing lain, mungkin masa kecik tak ada adik beradik lain yang nak diajak berlatih lawan kungfu fighting.

Kitty – Adik aku punya...

Mia – pun adik aku punya jugak... Umur lebih kurang 6 bulan. Dia ni nakal... menurut cerita... tak sempat mak Mia nak bubuh celak kat mata sebelah lagi... Mia lari... sebab tu bercelak sebelah mata. Kitty dan Mia adalah kucing terlatih... tahu kat mana nak buang air.

Apai... tak kisah... dia pergi ke mana-mana semak samun.... di situ dia buang air.

Wednesday, October 8, 2008

ketupat berlainan versi...

Beraya kat Singapore, aku makan sakan 'lepat' (sebenarnya ketupat, berisi pulut dan kacang – cuma balutannya agak berlainan). Rasanya macam makan ketupat daun palas masa kecik-kecik dulu....


Gambar ini diambil kat Taman Warisan Melayu,
Istana Kampong Gelam.
Aku nak tanya.... pernah tak anda jumpa ketupat ketam semasa ziarah menziarahi di aidil fitri ini?

Tuesday, October 7, 2008

snake charmer

Lepas ular sawa, aku nak cuba king cobra pulak... lepas tu mungkin ular lidi! Yang pastinya ular betul... bukan ular getah....

'paklang ya'

Dalam ramai-ramai bapa saudara, bapa saudara inilah yang jarang dilihat oleh anak-anak buah. Apa tidaknya... tugasannya di laut. Rasanya bertuah badan si 'paklang ya' ini kerana beliau kaki pancing!

Lalu aku dedikasikan foto 'paklang ya' untuk anak buah yang mungkin hanya pernah dengar nama tetapi tidak pernah melihat beliau.

Monday, October 6, 2008

ke makam bonda...

Beginilah setiap tahun menyambut hari raya...
Ketika menziarah pusara bonda, pasti terngiang-ngiang lagu "Ke Makam Bonda" nyanyian kumpulan UNIC.
Ketika adik beradik lain mengelilingi pusara bonda, bertahlil, berdoa... air mata aku dan isteri akan mengalir laju... apa tidaknya, bonda meninggal di rumah kami pada 13 Ramadan 1416 – 3hb Februari 1996.
Bimbang dan takut tidak menepati kehendak syarak dalam memelihara bonda....
Ya Allah... redhailah bondaku...

Inilah sajak yang telah dinasyidkan oleh UNIC:

Ke Makam Bonda
Oleh Usman Awang (Tongkat Warran)

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

video

Saturday, September 20, 2008

take 5!

Bila dateline makin mendekat.... relaks dan take-5...

Jangan gelabah!

Jangan timbulkan suasana panik....

Jangan ugut Polo dah sampai!

Thursday, September 18, 2008

...mat besi...

Dengan sedikit kelalaian, kepala paip untuk berwuduk kat surau telah dikebas "Mat Besi". Lalu air dibiarkan memancut keluar laju. "Mat Besi" terus beredar dengan selambanya.

Datangnya Pak Bilal petang itu, terperasan akan hal ini, menyumpah seranah, "Maso kocik tak nok mapus, besor-besor nyusohkan oghe...!"

Inilah akibat menagih najis dadah, "Mat Besi" tidak menghiraukan apa lagi... hal politik ker... hal ibadah ker.... janji nampak besi mesti ligat memikirkan, bagaimana nak mencuri....

Dan yang kelakarnya, basikal yang dah tertanam lebih setahun pun dikorek, dijunjungnya ke kedai besi buruk!
Kalau boleh, papan tanda ini pun nak dicurinya....

Dadah.... cegahlah sebelum parah!

Tuesday, September 16, 2008

katalog buku keluaran GISB

Sila lihat-lihat katalog ini, mana tahu ada buku yang berkenan di hati....

trafik mengular...

Bila kerja menimbun dengan padatnya... sesekali aku akan menziarahi tingkap berhampiran. Syukurlah kerana terurai segala apa yang sendat di fikiran....
Alhamdulillah... aku kongsikan dengan kalian, apa yang aku lihat....
video

Thursday, August 21, 2008

aneka ragam label...


Inilah yang aku katakan aneka ragam label mewarnai setiap kotak yang siap di pack kan di setiap jabatan kat pejabat aku...

Ini bermakna, tak lama lagi kami tidak lagi mengungsi kat pejabat ini setelah puluhan tahun menapak menaiki tangga, kemudian menuju bilik masing-masing (macam robot) untuk bertugas.