Tuesday, February 19, 2008

alahai lesen retro

Baru-baru ini aku selongkar peti khazanah aku kat rumah. Hmmm terjumpa lesen memandu dulu-dulu; kelakar betul, dengan saiznya yang panjang sungguh berbeza dengan yang sekarang. Kesian pada orang muda sekarang, tak dapat merasa dapat lesen yang macam ini... tahun 1984! beb...

Dengan lesen ni lah juga aku pernah memandu dari KL ke Chiangmai! 2 kali dari KL ke Bangkok!

Monday, February 18, 2008

Selamat Pengantin Baru

17-2-08 aku pergi ke majlis pernikahan adik ipar aku, Huzaifah Shamsudin di Slim River. Selamat Pengantin Baru. Ringan sungguh jodoh dia orang ni; pengantin lelaki berumur 20 tahun manakala pengantin perempuan berumur 16 tahun. Semoga pasangan ini cepat matang mengharungi bahtera rumahtangga.