Wednesday, March 12, 2008

kisah longkang

pilihanraya 8 mac 2008, kerja-kerja korek longkang dilakukan di belakang rumah usang yang aku sewa. Kontraktor kata sepatutnya kontraktor yang dulu korek longkang di belakang rumah, bukan depan rumah. Hmmm masing-masing salah menyalah. Longkang depan rumah terbiar dengan air bertakung (sesuai pembiakan nyamuk). Takkan aku nak selenggara longkang sepanjang 500 meter ni!

(dulu punya cerita 19 Jun 2007) korek depan rumah. Punyalah terseksa kereta yang lalu lalang nak berselisih. silap-silap masuk longkang. yang anginnya.... aku pernah jatuh dalam longkang yang dalam pembinaan dulu!

Friday, March 7, 2008

Paksu ke overseas


24hb Februari 2008 aku ke Singapura (asyik-asyik S'pore). Kali ini aku jadi tourist guide untuk paksu yang akan ke New Zealand via Changi Airport. Merasa lagi aku ke Singapura. Alang-alang dah ada passport yang mahal gilers (RM300). Aku harap lepas ni, paksu akan jadi tourist guide aku pulak kat sana. Manalah tahu sebab alang-alang dah ada passport mahal gilers ni.... (muaaahhhh.... sayang passport ni).



Semoga paksu sukses di sana mengejar cita-cita. Amin.