Friday, April 25, 2008

seni anyaman kertas terpakai

Dulu selalu aku tertipu bila terpandang hasil kraftangan seperti bakul, vase, beg jinjing dan macam-macam lagi. Hinggalah seorang kawan kat ofis tanya aku, barang-barang tersebut dibuat daripada apa.

Aku spontan nak jawab, daripada rotanlah, apa lagi. Tiba-tiba aku rasa soalan ini soalan perangkap, lalu aku perhatikan betul-betul. Barulah nampak tulisan halus-halus pada bilah-bilah ‘rotan’ tersebut. Aku pun dengan bangganya menjawab, “Daripada kertas lama yang dah terpakai.”

**** *** *****

Baru-baru ini pulak, ada persatuan wanita kat rumah aku menganjurkan kursus buat kraftangan macam ini. Apalagi bini aku pun excited hendak menyertainya. Sebagai tanda sokongan 102% kepada bini aku, aku pun mulalah membuat kerja-kerja menggulung kertas kami anak beranak. Aku rasa akulah yang paling banyak buat gulung kertas tersebut. (hmmm kembang idung aku).
Dipendekkan cerita, inilah rentetan bergambar yang sempat aku ambil.
Apai ingat kita orang nak buat bakul untuk dia tidur....
___________________________

Dan untuk lebih terperinci lagi sila baca ruangan Kembara Muda majalah Asuh bil. 130 Mei 2008. Best majalah ini sesuai untuk anak-anak!

1 comment:

- rzmie - said...

pergh..pak ngah..rajin sungguh wat hasil-hasil kraftangan nih.. :)