Tuesday, May 27, 2008

KLIA

Pergi KLIA jemput paksu balik dari New Zealand. Flight sampai 8:05 malam. Kami pergi awal, solat maghrib kat Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Sesampainya paksu, kami terus balik. Juga sempat singgah kat R&R Dengkil. Biasalah.... ziarah Hj. Samuri. (Lama tak berjumpa dengan dia ni...)

Monday, May 26, 2008

Dehya bercuti kat KL

Sepanjang musim cuti persekolahan ini, Dehya mengambil keputusan menghabiskan cutinya bersama keluarga kami di KL.
Aku mengambilnya dengan menaiki kenderaan awam (komuter dan LRT) kat Hentian Puduraya। Kadang-kadang keliru juga aku bila sampai KL Sentral, kerana aku harus meneruskan perjalanan menaiki LRT ke Puduraya.
Aku park kereta ke Stesen Sg. Buloh. Dari Stesen Sg. Buloh menaiki KTM Komuter ke KL Sentral, lepas tu naik LRT KL Sentral ke Stesen Masjid Jamek dan naik satu lagi LRT dari Stesen Masjid Jamek ke Stesen Plaza Rakyat dekat Hentian Puduraya. Anda patut mencubanya.

Majid Jamek, KL

Rancangan kami – berkhemah dalam hutan tepi sungai. Sekurang-kurangnya 2 malam. Ha... biar puas dimakan nyamuk juga alunan bunyi cengkerik serta unggas menjadi halwa telinga.

Friday, May 23, 2008

lawak MPV Proton

Pagi-pagi sesampainya aku kat pejabat, buka saja email...
aku ketawa berdekah-dekah....
tahu sebab apa?

teruskan pembacaan anda.


GAMBAR MPV KELUARAN PROTON TERBARU KINI SUDAH ADA DIJALAN RAYA

PRICE = RM 49,999.00 (on road)


Ni betul-betul punya cerita...semasa kawan gi inspection kat Tangkak terjumpa MPV Proton yang bakal dikeluarkan pada tahun depan insyallah... tapi kawan bersyukur kerana dah lihat MPV tersebut.... tapi sayang tak boleh nak gi dekat sangat sebab seberang jalan....

Dari apa yang kawan lihat MPV tersebut boleh dikata amat menarik.... Ni gambar jarak dekat

Memang best ..
1. Rasanya mempunyai 7 atau 8 tempat duduk . Kalau AVANZA aderr 6 ajerr tempat duduk
2. Power stering
3. Spot rim cantik...tapi tak sempat nak ambik gambar
4. Multipurpose. ...macam- macam boleh digunakan untuk angkut barang dan orang..
5. Warna body yg dilihat hanya warna putih aja...rasanya warna lain ada kot!!!!

Ni gambar dari jauh...gambar keseluruhan MPV tersebut







He..he..he.. he..

Wednesday, May 21, 2008

gempa bumi


Lebih kurang 10:25 malam, ketika aku berbaring dekat ruang tamu menonton tv, aku terasa gegaran. Mulanya aku ingat tolakan anak-anak aku yang juga berbaring nonton televisyen. Bila aku terpandang balang ikan guppy, baru aku terperasan yang airnya berkocak. Lalu aku bertanya kepada anak-anak aku. mereka mengiyakan. Sebenarnya gegaran kecil terasa pada kami yang berbaring. Anak-anak dan isteriku tidak terasa gegaran kerana masa itu mereka duduk.

Ini adalah peristiwa kedua aku merasa gegaran akibat gempa bumi dekat Sumatera। Dulu sekitar tahun 1985, semasa aku bekerja kat ofis, tiba-tiba aku terasa pening akibat gegaran yang agak kuat. Bangunan Telekom TTDI retak.

Monday, May 19, 2008

happy birthday...

Ahad, 18 Mei 2008 kami menghadiri majlis hari jadi keluarga Yusof di TRJ. Majlis Hari Jadi 3 orang serentak Ana, Aniq dan Adam. Meriah sungguh dengan keletah Adam yang baru boleh berjalan. Tak diam duduk. Hmmm.... alam kanak-kanak begitulah... penghibur dan pengubat duka. Adam look very happy...

Tuesday, May 13, 2008

tolak motor

Persimpangan Sg Penchala menghala ke TTDI.

Entah macam mana pagi ini, motor buruk aku meragam. Tiba-tiba mati betul-betul kat trafik light persimpangan antara Sg. Penchala dan TTDI. Seperti kelaziman mat motor, mula-mula sekali check spark plug, lepas tu start. Tak hidup juga. Last sekali baru check tangki minyak. Hmmm memang sah habis minyak sebab bila tengok ke dalam tangki, nampak sampai ke dasar. Kering kontang. Inilah bahana meter tank rosak॥

Apa nak buat lagi। Tolak motor daki bukit di dalam kesesakan lalu lintas. Tercungap-cungap juga dibuatnya, macam tak ada oksigen ketika itu. Terpaksa berhenti rehat 3 kali sepanjang pendakian bukit lebih kurang 500 meter.

Nak tahu macam mana minyak boleh habis tanpa sedar? Rupanya malam tadi, anak aku pinjam pergi kedai। Dekat katanya. Dah sahlah dia merayau melebihi had visa yang aku berikan padanya.

Lastly aku berhenti rehat dekat kondominium terbengkalai. Duduk menikmati udara nyaman, melihat kereta berhenti dan jalan dekat dengan simpang trafik light. Peluh menyimbah. Sekali sekala angin meniup... oh nyaman. Kalau perokok waktu ini, mesti kena sebatang dua menghilangkan ketagihan, fikirku.
Hmmm... tak habis lagi jantung kerja keras kepenatan, dimasukkan pula asap toksid. Kesian kat jantung.... Waraskah manusia yang sengaja menyeksa jantung sendiri? fikirku lagi.
Nasib baik aku tak ada motor macam ni...

Lebih kurang 20 minit mengelamun, aku meneruskan kerja tolak motor menyambung perjalanan ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, ada seorang insan mulia, sanggup berpatah balik menawarkan khidmat tolak motor. (tolak motor dengan kaki seperti kelaziman remaja kita lakukan) Aku menolak dengan baik sebab aku tak biasa. Lagi pun petrol pump dah dekat.

Moral cerita ini: Jangan biarkan anak merayau tak tentu hala dengan motor. Kalau nak pakai juga motor tu... isi minyak walaupun 50 sen.

Friday, May 9, 2008

cerita hero...

Awal tahun 1984, aku dapat 3 orang adik; Zarul, adik aku satu emak (Emak No. 1), Nasrul (Emak No.2) dan Miqdad (Emak No. 3). Ayah aku amat gembira... sebab pertengahan tahun 1984 juga aku berkawin (dapat menantu perempuan).

Sekitar pertengahan tahun 2007 pulak Allah kurniakan 4 orang hero untuk keluarga kami.
(anak menakan) Adam anak kepada pasangan Rohana dan Yusof
(cucu menakan) Iman anak kepada pasangan Mohd Naszeri dan Yanti
(cucu menakan) Danial anak kepada pasangan Nur Aziah dan Ruzaimi
(anak menakan) Muhd Husni anak kepada pasangan Miqdad dan Nadia
Mungkin suatu masa nanti, keluarga kami akan dianugerahkan 5 orang hero! Insya Allah.