Tuesday, May 13, 2008

tolak motor

Persimpangan Sg Penchala menghala ke TTDI.

Entah macam mana pagi ini, motor buruk aku meragam. Tiba-tiba mati betul-betul kat trafik light persimpangan antara Sg. Penchala dan TTDI. Seperti kelaziman mat motor, mula-mula sekali check spark plug, lepas tu start. Tak hidup juga. Last sekali baru check tangki minyak. Hmmm memang sah habis minyak sebab bila tengok ke dalam tangki, nampak sampai ke dasar. Kering kontang. Inilah bahana meter tank rosak॥

Apa nak buat lagi। Tolak motor daki bukit di dalam kesesakan lalu lintas. Tercungap-cungap juga dibuatnya, macam tak ada oksigen ketika itu. Terpaksa berhenti rehat 3 kali sepanjang pendakian bukit lebih kurang 500 meter.

Nak tahu macam mana minyak boleh habis tanpa sedar? Rupanya malam tadi, anak aku pinjam pergi kedai। Dekat katanya. Dah sahlah dia merayau melebihi had visa yang aku berikan padanya.

Lastly aku berhenti rehat dekat kondominium terbengkalai. Duduk menikmati udara nyaman, melihat kereta berhenti dan jalan dekat dengan simpang trafik light. Peluh menyimbah. Sekali sekala angin meniup... oh nyaman. Kalau perokok waktu ini, mesti kena sebatang dua menghilangkan ketagihan, fikirku.
Hmmm... tak habis lagi jantung kerja keras kepenatan, dimasukkan pula asap toksid. Kesian kat jantung.... Waraskah manusia yang sengaja menyeksa jantung sendiri? fikirku lagi.
Nasib baik aku tak ada motor macam ni...

Lebih kurang 20 minit mengelamun, aku meneruskan kerja tolak motor menyambung perjalanan ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, ada seorang insan mulia, sanggup berpatah balik menawarkan khidmat tolak motor. (tolak motor dengan kaki seperti kelaziman remaja kita lakukan) Aku menolak dengan baik sebab aku tak biasa. Lagi pun petrol pump dah dekat.

Moral cerita ini: Jangan biarkan anak merayau tak tentu hala dengan motor. Kalau nak pakai juga motor tu... isi minyak walaupun 50 sen.

No comments: