Monday, June 30, 2008

kad top-up

30/6/08
Kad top-up ni kalau dikumpul, mau lah setinggi ini." Kata aku sambil mengisyaratkan setinggi dagu aku.
"Ye... ka? Tak kan kot..." tingkah anak remaja aku.
Mana ada kad top-up disusun setinggi manusia?
"Kalau disusun menegak...." kata aku sedikit bergurau.

Aku: Tapi kalau dikumpul dan dijumlahkan mau jumlahnya jadi RM500.00 lebih.
Anakku: Tak adalah sampai mencecah jumlah itu.
Aku: Cuba kira....
Setelah ramai-ramai kami mengira...
Anakku: RM250.00!

Masing-masing tidak percaya jumlah sebanyak itu. Terbuang begitu saja. Nasib baik SMS 1 sen, kalau tidak jumlahnya mencecah 5 kali ganda! Wah! besar jumlah itu.

Difikir-fikirkan semula.... dengan RM250.00 dibuang semata-mata berSMS dengan kawan, amatlah tidak berbaloi. Lalu siapa nak tanggung dosa membazir seperti itu? Allah timpakan azab pada orang membazir. Membazir adalah amalan Syaitan!

Masih terbayang di ruang mataku, ada tiga orang lagi anakku yang menginjak remaja... masing-masing dah berangan-angan nak pakai handset! Dan empat orang anakku yang dah pakai handset, fikirkan berapa banyak wang dibelanjakan untuk top-up? Patutlah terasa sangat kesempitan hidup ini.

"apai" disalahkan...

30/6/08
Kadang-kadang ketika anak aku terperasan yang uban makin banyak di kepala, aku selamba ajer jawab, "Bulu apai... melekat kat rambut..." Apai selalu menyondol kepala ketika aku sedang tidur...

Apai yang sedang duduk memerhati gelagat kami berkata dalam hati, "Aku juga dipersalahkan.... awak tu dah tua ngaku ajerlah.... Aku lagi senang... berbulu putih orang tak kata uban!"

Thursday, June 19, 2008

click here

Klik tajuk di atas....

Aktiviti pindah memindah yang sungguhhhh menyeronokkan.
Muka aku pun ada gak.... control macho...

Muka Mencuka Ketika Marah....

Kebiasaannya kalau aku marah... kerut dahi tak terbilang banyaknya. Lama kelamaan baru aku sedar bila aku terlihat gambar yang disnap oleh anak aku ketika tengah marah.
Lalu timbul idea, kalau sesiapa yang tarik muka ketika marah, aku akan senyum melebar hingga ke telinga.
Perangkap pertama masuk ketika bini aku marahkan anak-anak di rumah pada suatu petang. Lalu aku pun senyum melebar depan mukanya... Anak-anak aku pun hairan kenapa aku buat macam tu. Habis seisi rumah riuh ketawa gelihati bila aku ceritakan perangkap aku itu.
Tibalah suatu hari aku pulak termasuk perangkap ‘tarik muka’ ni... Tiba-tiba bini aku dengan anak-anak semuanya senyum melebar kat aku... sampai aku terkejut sangat-sangat. Tak jadi nak kekalkan muka tengah marah.... Nasib baik aku boleh menerima gurauan macam ini...
Sesungguhnya buruk sungguh muka orang yang tengah marah ni....
Marah biar bertempat. Kalau tidak dayus la plak...

Monday, June 9, 2008

Dehya ke Sg. Penchala...

Sabtu... 31 May. 2008 kami berkunjung ke Sg. Penchala, membawa Dehya ke rumah tempat dia dilahirkan. Katanya, dia tidak berapa ingat semasa kecik kat sini...

Lepas Sg. Penchala, kami pergi ke Tg. Malim. Aktiviti menyusuri sungai ikut geng memanah ikan.