Monday, June 30, 2008

kad top-up

30/6/08
Kad top-up ni kalau dikumpul, mau lah setinggi ini." Kata aku sambil mengisyaratkan setinggi dagu aku.
"Ye... ka? Tak kan kot..." tingkah anak remaja aku.
Mana ada kad top-up disusun setinggi manusia?
"Kalau disusun menegak...." kata aku sedikit bergurau.

Aku: Tapi kalau dikumpul dan dijumlahkan mau jumlahnya jadi RM500.00 lebih.
Anakku: Tak adalah sampai mencecah jumlah itu.
Aku: Cuba kira....
Setelah ramai-ramai kami mengira...
Anakku: RM250.00!

Masing-masing tidak percaya jumlah sebanyak itu. Terbuang begitu saja. Nasib baik SMS 1 sen, kalau tidak jumlahnya mencecah 5 kali ganda! Wah! besar jumlah itu.

Difikir-fikirkan semula.... dengan RM250.00 dibuang semata-mata berSMS dengan kawan, amatlah tidak berbaloi. Lalu siapa nak tanggung dosa membazir seperti itu? Allah timpakan azab pada orang membazir. Membazir adalah amalan Syaitan!

Masih terbayang di ruang mataku, ada tiga orang lagi anakku yang menginjak remaja... masing-masing dah berangan-angan nak pakai handset! Dan empat orang anakku yang dah pakai handset, fikirkan berapa banyak wang dibelanjakan untuk top-up? Patutlah terasa sangat kesempitan hidup ini.

No comments: