Wednesday, July 30, 2008

seni tulis...



pagi-pagi... tulis...
tulis biar tepat...
tulis biar terang...
tulis biar huruf besar...

agar ianya
mewarnai seni tulis...

Tuesday, July 29, 2008

siti aminah nikah....

2 Ogos 2008. kenduri pernikahan adikku aku Siti Aminah dengan Mohd Haslam Reduan di Penaga, Butterworth, Pulau Pinang.
aku dengan family naik keretapi ajer, sebab baru ini pun dah balik kedah daftar anak masuk ke IPTA di sana.
Tambang pergi balik RM117.00. tapi kena drop anak aku 3 orang kat Tg. Malim sebelum meneruskan perjalanan ke Butterworth. Kalau nak cepat ke destinasi, jangan naik keretapi tapi naiklah kapal terbang. Sebab keretapi biasanya delay kekadang sampai 1 jam lebih....
Nanti aku upload foto untuk tatapan kalian....

danial dapat adik...

aku nak ucapkan tahniah pada pasangan ruzaimi dan aziah kerana dikurniakan cahaya mata lelaki semalam (29 Julai, 2008). Danial dah dapat adik....
– bertambah lagi cucu-cucu .... (cucu penakan)...

Thursday, July 24, 2008

sheikh abd. al-basit

dah lama aku mendengar bacaan sheikh ini. baru-baru ini dapatlah pulak videonya. inilah rupanya qari yang tersohor itu....

video

jom ke RFC

RFC - Buka Jam 10.30 Pagi - 11 Malam,
Kecuali Jumaat Tutup Jam 12.00 – 2.30 Petang
Lot 95-97 Lagenda Heights,
Sebelah Tesco Sungai Petani. No. Tel: 04-4254717



Monday, July 14, 2008

...twin arowana...

video
Video ini dirakamkan oleh seorang kawan baik aku, Jusoofi Lulé at-Tampuiye... Dia kata dia pergi ke sebuah akuarium kat Shah Alam. Masa itu ada seorang kakitangan akuarium tersebut memberi makan ikan arowana kembar siam.
Oleh kerana ikan di atas perkasa, jadi dialah menang terutamanya masa makan (sebab itulah badan dia godang sikit).
Pengajarannya: Jangan menindas, buktinya dapat dilihat dari kisah ikan tersebut. Kembar Atas lebih besar dari Kembar Bawah.

Wednesday, July 9, 2008

Powernya Honda...

Baru-baru ini ada seorang kawan aku email foto Powernya Honda... cukup berjasa jentera ini....


Oleh kerana banyak jasanya, jadi aku abadikan kisah Powernya Honda Aku buat anda...

||| Pertama kali aku beli second hand Honda C70 (AU 4477) tahun 1985. Harga masa itu RM400.00. Lepas tu tahun 1992 aku beli second hand C70 juga kat Kedah; Nombor plet KQ 6249. Motor ini aku jual pada Mat Not sebab aku berpindah ke Senawang.


||| Sekitar tahun 1996, aku beli second hand C70 (WBT 825) juga kat KL, sebab dah berpindah balik ke KL. Oleh kerana adik aku berminat pada WBT ni, aku beli second hand EX5 (BDV 1583), juga adik aku berminat pada EX5 ini. Lepas tu dengan semangat kebangsaan yang ada dalam diri aku, beli beli Modenas Kriss (WGE 6375).


||| Bila tengok balik foto-foto yang aku ambil semasa ziarah famili, aku terjumpa foto-foto ini, juga berkaitan dengan Honda....


|||| Dan yang paling kelakar, tahun 2006 bila anak aku cuba belajar (tanpa tunjukajar dari orang dewasa) menunggang sebiji Honda kat rumah neneknya.... akibatnya dia terpelanting peluk tiang letrik. Saksi di tempat kejadian mengatakan mereka nampak dia meluru laju macam anak patung kena campak! Ha... ha... Kena masuk hospital sehari!

Tuesday, July 8, 2008

Singapore

"Jangan lupa bawa track suit..."
"Kenapa? Kita nak riadhah ka?"
"Datanglah dulu.... nanti tahulah.... ok?"

"Ok."

Sabtu • 21 Jun 2008. Petang, kami bertolak ke Telok Blangah Hill Park. Panjat bukit kemudian merentasi Henderson Waves menuju ke Mount Faber, (stesyen kereta kabel ke Pulau Sentosa). Ramai orang dan memang menyeronokkan!

Ahad • 22 Jun 2008
Petang, pergi ke East Coast Park, jalan hingga ke hujung Bedok Jetty tempat memancing.


Isnin • 23 Jun 2008
Pagi, aku meronda seorang diri, anak saudara semuanya ke sekolah. Berbekalkan EzLink (kat Malaysia – Touch'nGo), aku topup $20.00, bermula MRT Sengkang Station terus ke Dhoby Ghout Station, tukar MRT menuju ke Woodlands Station, merayau-rayau lagi membawa diri. Bila dah letih.... naik MRT ke Dhoby Ghout Station semula. Pergi ke Masjid Angullia.
Bila perut dah lapar.... cepat-cepat balik ke Sengkang semula.... makan kat rumah adik aku sebab save budget! Tambang MRT lebih kurang $10.00.

Tuesday, July 1, 2008

kempen kesihatan

7/01/08
Baru-baru ini aku pergi ke Hospital Serdang. Ziarah cik yang masuk ke sana dah hampir 1 minggu.

Di pintu masuk lobi hospital, terpampang banner kempen berhenti merokok. Alangkah baiknya kalau semua pengunjung dapat manfaat daripada banner ini dengan niat dan berazam untuk berhenti merokok.
Sebelum naik lif ke tingkat 6, aku terpandang poster kempen naik tangga. Tapi aku tengok tak dapat sambutan, kerana pengunjung nak cepat dan tak nak berpeluh-peluh hingga termengah-mengah. Aku pun suspen gak nak naik tangga sorang-sorang.
Balik.... singgah petrol pam yang baru dibuka kat Rahman Putra. Ada satu mamat dari restoran segera berhampiran mempelawa masuk dan diberi sticker untuk ditampal kat kereta. Huhhh...jangan harap aku nak makan sebab tadi kat hospital aku tak naik tangga dan juga jangan harap aku nak tampal sticker tu. Jadi tukang bawa iklan, aper klas nak buat macam tu... Lainlah kalau diberi komisyen. Lastly inilah nasib sticker tu....