Tuesday, July 1, 2008

kempen kesihatan

7/01/08
Baru-baru ini aku pergi ke Hospital Serdang. Ziarah cik yang masuk ke sana dah hampir 1 minggu.

Di pintu masuk lobi hospital, terpampang banner kempen berhenti merokok. Alangkah baiknya kalau semua pengunjung dapat manfaat daripada banner ini dengan niat dan berazam untuk berhenti merokok.
Sebelum naik lif ke tingkat 6, aku terpandang poster kempen naik tangga. Tapi aku tengok tak dapat sambutan, kerana pengunjung nak cepat dan tak nak berpeluh-peluh hingga termengah-mengah. Aku pun suspen gak nak naik tangga sorang-sorang.
Balik.... singgah petrol pam yang baru dibuka kat Rahman Putra. Ada satu mamat dari restoran segera berhampiran mempelawa masuk dan diberi sticker untuk ditampal kat kereta. Huhhh...jangan harap aku nak makan sebab tadi kat hospital aku tak naik tangga dan juga jangan harap aku nak tampal sticker tu. Jadi tukang bawa iklan, aper klas nak buat macam tu... Lainlah kalau diberi komisyen. Lastly inilah nasib sticker tu....

3 comments:

lottery raffle said...

Alla hu akhbar!!!

lotto tickets said...

Well done for this wonderful blog.

lotto philippine result said...

I'm thankful with your blog it is very useful to me.