Wednesday, July 9, 2008

Powernya Honda...

Baru-baru ini ada seorang kawan aku email foto Powernya Honda... cukup berjasa jentera ini....


Oleh kerana banyak jasanya, jadi aku abadikan kisah Powernya Honda Aku buat anda...

||| Pertama kali aku beli second hand Honda C70 (AU 4477) tahun 1985. Harga masa itu RM400.00. Lepas tu tahun 1992 aku beli second hand C70 juga kat Kedah; Nombor plet KQ 6249. Motor ini aku jual pada Mat Not sebab aku berpindah ke Senawang.


||| Sekitar tahun 1996, aku beli second hand C70 (WBT 825) juga kat KL, sebab dah berpindah balik ke KL. Oleh kerana adik aku berminat pada WBT ni, aku beli second hand EX5 (BDV 1583), juga adik aku berminat pada EX5 ini. Lepas tu dengan semangat kebangsaan yang ada dalam diri aku, beli beli Modenas Kriss (WGE 6375).


||| Bila tengok balik foto-foto yang aku ambil semasa ziarah famili, aku terjumpa foto-foto ini, juga berkaitan dengan Honda....


|||| Dan yang paling kelakar, tahun 2006 bila anak aku cuba belajar (tanpa tunjukajar dari orang dewasa) menunggang sebiji Honda kat rumah neneknya.... akibatnya dia terpelanting peluk tiang letrik. Saksi di tempat kejadian mengatakan mereka nampak dia meluru laju macam anak patung kena campak! Ha... ha... Kena masuk hospital sehari!

5 comments:

Anonymous said...

saya pun ada kwn . nama dia mat not gak. mat not dlm blog ni mat not yg mana ek...

Yeh said...

Mat Nor Rafuzi la tu.... sapa lagi

Anonymous said...

yeh tun sapa plak...

Anonymous said...

moto tu pakteh dah bagi indon pakai. skang ni pakteh beli moto honda ex5 dream semata2 tuk pegi menoreh gotah..:) durian dah mula gugur ni.. khairillah dapat ke UUM.. hari khamis ni dia masok.. nampaknye makin ramai la kaum keluarga masok UUM.. nanti acik buat kisah pasal UUM pulak.. bulan 8 ni..


-fakrul-

Tanesia said...

Good words.