Thursday, August 21, 2008

aneka ragam label...


Inilah yang aku katakan aneka ragam label mewarnai setiap kotak yang siap di pack kan di setiap jabatan kat pejabat aku...

Ini bermakna, tak lama lagi kami tidak lagi mengungsi kat pejabat ini setelah puluhan tahun menapak menaiki tangga, kemudian menuju bilik masing-masing (macam robot) untuk bertugas.

Tuesday, August 19, 2008

Pernikahan Siti Aminah di Negeri Sembilan....

Meriah sungguh upacara persandingan mereka. Ditambah pula dengan pukulan gendang dan kompang. Persembahan Silat Helang Putih mencuri tumpuan ramai.

video

Tuesday, August 12, 2008

alahai kereta pak tah....

Kelakar juga cerita budak-budak kecik... Oleh kerana aku dah tak ada budak-budak kecik... jadi aku nak cerita sikit kisah dengan budak kecik (anak penakan) aku....

"Ummi, kereta Pak Tah nak Uk Ukkk! Uk Ukkk!" sambil menunjukkan ke arah kereta Pak Tah.....

... Pak Tah pun satu.... macam tak dak tempat lain nak parking....

Monday, August 11, 2008

kisah parking....

lorong hanyir....

Inilah lorong hanyir, yang menjadi tumpuan semua orang waktu pagi.... waktu tengahari....

Kadang-kadang aku jumpa tikus sebesar kucing kena lenyek. Tiga empat hari kemudian kering menjadi kertas. Lama-kelamaan tercampak ke tepi dinding bangunan akibat kena angin lalu lalang manusia.

Kerana sudah sebati bau hanyirnya... siapa peduli... hinggakan kita tidak sabar menunggu hari Isnin untuk menikmati bau ini, kerana Sabtu Ahad kita cuti.

Sekali sekali datang jentera penyedut lemak dalam longkang yang tersumbat ini.

Hmm... satu lagi, hujan yang lebat turun pun tak mampu membersihkan jalan ini dari licin lemak berdaki....

tae kwon do

Qais kat demonstrasi tae kwon do kat sekolahnya, SMK Sri Kundang, Rawang, Selangor.
S: Yang mana satu Qais tu?
J: Ala... yang aksi slow motion tu....
S: Oooo....

Wednesday, August 6, 2008

durian...

Selesainya walimatul urus Siti Aminah, kami naik keretapi balik Tg. Malim. Cadangan asal nak naik bas dari Tg Malim ke KL, oleh kerana musim durian, aku suruh anak aku kat KL datang jemput kami sekeluarga dengan Kembara!

Tuesday, August 5, 2008

kenduri nikah siti aminah....


Khamis 9.15 malam keretapi yang kami naiki bergerak dari Stesen Sg Buloh menuju ke utara. Dalam koc kafeteria, jumpa seorang pelancong Perancis yang kebetulan mejanya kosong, jadi aku pun berborak-boraklah dengan dia. Dia ni melancong sambil ambil foto. Nak tengok fotonya klik sini: http://www.flickr.com/photos/zuburck


Jumaat 5:30 pagi sampai Butterworth, naik baik ke Kuala Muda. Kelakar juga, kami bertiga di dalam bas itu bersama bebudak yang nak ke sekolah. Bila mereka turun, tinggal kami bertiga sahaja dalam bas!
video

Lepas solat Jumaat, 4.00 petang diadakan majlis akad nikah di masjid.
video


Sabtu, 2/8/08 1:40 petang, rombongan pengantin sampai.