Monday, August 11, 2008

lorong hanyir....

Inilah lorong hanyir, yang menjadi tumpuan semua orang waktu pagi.... waktu tengahari....

Kadang-kadang aku jumpa tikus sebesar kucing kena lenyek. Tiga empat hari kemudian kering menjadi kertas. Lama-kelamaan tercampak ke tepi dinding bangunan akibat kena angin lalu lalang manusia.

Kerana sudah sebati bau hanyirnya... siapa peduli... hinggakan kita tidak sabar menunggu hari Isnin untuk menikmati bau ini, kerana Sabtu Ahad kita cuti.

Sekali sekali datang jentera penyedut lemak dalam longkang yang tersumbat ini.

Hmm... satu lagi, hujan yang lebat turun pun tak mampu membersihkan jalan ini dari licin lemak berdaki....

No comments: