Wednesday, October 29, 2008

restoran arab...

Masih lagi terasa suasana raya:
20 Syawal 1429 / 20 Sept 2008


Mus ajak kami menjamu selera di Restoran Rajawali, di Langkawi Lagoon Resort.
Merasa jugalah aku makanan arab; nasi kambing, roti, thahinah, yogurt...
Aku berkesempatan bergambar dengan Chef Miqdad dan pembantunya Chef Misbah.
Terima kasih pada Mus dan Chef...
Ini ada sikit iklan dan info untuk Restoran tu....

Friday, October 24, 2008

konvo UUM ke-21

Tahniah buat Sarah....
Terasa baru benar lihat Sarah terima sijil tamat tadika masa dulu, kini dapat lihat dia menggengam segulung ijazah. Syukur Alhamdulillah.

video

Wednesday, October 15, 2008

perihal 'mat........'

Penyakit masyarakat....
1. Sedar-sedar air tak ada kat office... bila dicari puncanya... rupa-rupanya kepala paip telah ghaib. Angkara 'mat besi'. Kalau dulu meter dikebas... tapi kini tidak boleh curi lagi sebab meter buatan plastik.




2. Sticker, call card bersepah-sepah angkara 'mat tampal'. Dengan seciput upah, mereka sanggup mengotorkan dinding dan segala tempat (asal ada tempat untuk tampal). 'Mat along' ni pun satu... upahlah 'mat tampal' tampal sticker 'mat along' kat tempat lain... kat kasino ka... kat 4D ka... Sana banyak orang mahu pakai duit.




3. Mesin Water Filter. Semasa semua orang sibuk balik kampung raya... 'mat coin' pun raya gak. Sampai sanggup umpil mesin ini. Agaknya berapa sen yang dia dapat...

Friday, October 10, 2008

sambut aidilfitri 2008

Atas permintaan ramai (ramai ker? cuma 2, 3 orang anak aku yang jauh di perantauan), dipamerkan serba sedikit suasana hari raya tahun ini.
Aidilfitri disambut bersama keluarga Ustaz Hashim Ahmad. Meriah sangat...

Thursday, October 9, 2008

... penyeri hidup....

Apai – dipungut kat kantin sekolah pertengahan tahun 2006. Mula-mula masuk ke rumah aku, dia menyorok seolah-olah takut kena pukul. Phobia la tu... mungkin pernah kena pukul di masa lampau. Sampai sekarang... dia tak boleh tengok tali pinggang, kayu pembaris; mesti nak lari...
Dia ni tak pandai nak berlawan dengan kucing lain, mungkin masa kecik tak ada adik beradik lain yang nak diajak berlatih lawan kungfu fighting.

Kitty – Adik aku punya...

Mia – pun adik aku punya jugak... Umur lebih kurang 6 bulan. Dia ni nakal... menurut cerita... tak sempat mak Mia nak bubuh celak kat mata sebelah lagi... Mia lari... sebab tu bercelak sebelah mata. Kitty dan Mia adalah kucing terlatih... tahu kat mana nak buang air.

Apai... tak kisah... dia pergi ke mana-mana semak samun.... di situ dia buang air.

Wednesday, October 8, 2008

ketupat berlainan versi...

Beraya kat Singapore, aku makan sakan 'lepat' (sebenarnya ketupat, berisi pulut dan kacang – cuma balutannya agak berlainan). Rasanya macam makan ketupat daun palas masa kecik-kecik dulu....


Gambar ini diambil kat Taman Warisan Melayu,
Istana Kampong Gelam.
Aku nak tanya.... pernah tak anda jumpa ketupat ketam semasa ziarah menziarahi di aidil fitri ini?

Tuesday, October 7, 2008

snake charmer

Lepas ular sawa, aku nak cuba king cobra pulak... lepas tu mungkin ular lidi! Yang pastinya ular betul... bukan ular getah....

'paklang ya'

Dalam ramai-ramai bapa saudara, bapa saudara inilah yang jarang dilihat oleh anak-anak buah. Apa tidaknya... tugasannya di laut. Rasanya bertuah badan si 'paklang ya' ini kerana beliau kaki pancing!

Lalu aku dedikasikan foto 'paklang ya' untuk anak buah yang mungkin hanya pernah dengar nama tetapi tidak pernah melihat beliau.

Monday, October 6, 2008

ke makam bonda...

Beginilah setiap tahun menyambut hari raya...
Ketika menziarah pusara bonda, pasti terngiang-ngiang lagu "Ke Makam Bonda" nyanyian kumpulan UNIC.
Ketika adik beradik lain mengelilingi pusara bonda, bertahlil, berdoa... air mata aku dan isteri akan mengalir laju... apa tidaknya, bonda meninggal di rumah kami pada 13 Ramadan 1416 – 3hb Februari 1996.
Bimbang dan takut tidak menepati kehendak syarak dalam memelihara bonda....
Ya Allah... redhailah bondaku...

Inilah sajak yang telah dinasyidkan oleh UNIC:

Ke Makam Bonda
Oleh Usman Awang (Tongkat Warran)

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

video