Monday, November 17, 2008

sembelih itik


Baru-baru ini, adikku suruh aku sembelih itik pelilharaannya yang suka merayau-rayau ke rumah jiran. Dia yang hanya suka-suka pelihara itik, rupanya tidak menggemari daging itik. Lalu aku pun tak lepaskan rezeki yang datang.

Teringat aku, mula-mula aku praktikal sembelih ayam dan itik ketika berusia 15 tahun. Ini kerana ayah aku tidak mahu sembelih binatang peliharaan kerana kasihan. Walaupun kebiasaan keluarga kami akan suruh jiran (pak lebai) untuk sembelihkan. Aku ambil peluang untuk praktikalnya. Pengalaman pertama kali sembelih, aku sembelih itik serati. Lepas sembelih cepat-cepat masukkan ke dalam sangkar, kerana itik jenis ini boleh terbang jauh walaupun sudah disembelih.

Setakat ini aku telah sembelih ayam, itik dan arnab. Lembu atau kambing, aku tak berani... kena serah pada yang pakar...

Remaja sekarang macam mana? Bolehkah disuruh sembelih?

4 comments:

cuba teka siapa sy said...

sy masa kena "sembelih" umur 12 thn...hehehe.

- rzmie - said...

sy sembelih ayam waktu form 4. waktu kem ibadah ke kem apa ntah..tak ingat.

Chekgu BaniHassim said...

erm...
takde experience nyembelih...
kalau suh, boleh la kut..
belajar laa...
heee...

Jayce said...

Tak boleh. I tau makan saja. ^_^