Monday, December 15, 2008

Aidil Adha di Langkawi

7:45 pagi bertolak dari rumah ke Kangar, Perlis melalui jalan Kuala Selangor. Menjadi kelaziman kalau melalui jalan ini, akan jumpa warong air nira nipah, aku akan beli dua tiga bungkus minuman ini (harganya RM2.00 sebungkus). Sambil memandu, aku akan hirup nira nipah ini.... wow sungguh sedap. Aku sorang saja yang suka nira nipah.... yang lain-lain tak suka.
Sampai Kangar 5:25 ptg. Bermalam di rumah Mus.

Hari: 2 (Ahad 7/12/08)
Famili Zul & Yah dari Singapore sampai K. Perlis pukul 9.00 pagi. Mereka menaiki bas dari JB pukul 10:00 malam. Kami sekeluarga ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi bersama keluarga Zul. Sampai Langkawi 12 tgh, terus ke tempat penginapan yang telah ditempah oleh Mus. Kami semua menginap di Chogm Villa, Kuah, Langkawi 4 hari 3 malam.
foto satelit diambil dari Google Map



Malamnya... ada sessi makan-makan di tempat orang bakar lemang... kami dijamu pulak dengan lemang dan ketupat daun palas.... sedap... Terima kasih pada tuan rumah... (ibu bapa angkat Mus). Kami dilayan macam anak sendiri.


Hari: 3 (Isnin 8/12/08) Raya Pertama
Solat Aidil Adha di Masjid Padang Mat Sirat. Seterusnya ziarah keluarga hingga malam. Letih oii.... kenyang dengan ketupat daun palas juga laksa!


Hari: 4 (Selasa 9/12/09) Raya Kedua
Ada program makan sotong bakar di rumah Chef Miqdad. Sementara menunggu program pukul 12 tgh.... sempat lagi bebudak surfing internet.... memancing.


Lepas makan kami pergi Tanjong Rhu, Mangrove Tour. Dari pukul 1:15 ptg hingga 4:00 petang. Anda patut cuba pengalaman menyelusuri laluan hutan paya bakau ini.



5:30 ke Restoran Arab Rajawali, Lagoon Resort Langkawi. Aku tak lepaskan peluang makan kambing. Malamnya pula ada sessi makan cokelat... di penginapan kami.



Hari: 5 (Rabu 10/12/08) Raya Ketiga
12:30 tgh – Program makan kambing panggang di rumah Chef Miqdad. Chef Miqdad masak Nasi Mandi.... Sedap sungguh Nasi Mandi dimakan dengan kambing panggang.

5:30 petang kami menaiki bot bertolak ke Kuala Perlis....
bermalam di rumah Mus di Kangar. Biasanya dapur Mus lengang (kerana isterinya bersalin dan berada di Langkawi); kini dipenuhi tukang masak.... untuk hidangan makan malam....

Demikian sekelumit kisah aidil adha keluarga kami. Anda boleh lihat album gambar sepanjang kami berada di sana dalam Flickr abunyer....

5 comments:

- rzmie - said...

Pak Ngah,

Meriahnya. Len kali kami join gak leh?

abunyer said...

lagi ramai lagi best.... aduih nanti kita set perjumpaan lagi... kalau ada rezeki...

gandasura said...

salam
kami disini memang kena makan daging kambing..memang dah tak dak daging lain...seronok sungguh kat langkawi ya...from sheffield

abunyer said...

daging kambing memang sedap.... berbanding lembu. tapi peliknya kenapa kat Utara depa panggil 'kambin"? anak-anak saya akan gelak besar bila muncul perkataan 'kucin' 'kambin' di sana. indahnya kehidupan ini yer...

gandasura said...

pasai orang terengganu dah ambik huruf g dekat orang utara....haha