Saturday, December 27, 2008

kisah Zarul di NZ

Zarul ke New Zealand pada 24hb Februari 2008 . Aku mengiringinya ke Singapura kerana flightnya dari Singapura. Oleh kerana first time ke Singapura, terpaksalah aku jadi guide dia... lebih-lebih lagi untuk ke rumah adik aku yang tinggal di sana. Ceritanya di sini:
http://abunyer.blogspot.com/2008/03/paksu-ke-new-zealand.html

Baru-baru ini dia ada memberi memory card digital camera nya kepada aku. Gambar di New Zealand, katanya.

Bila aku view satu persatu gambar tersebut... aku terpandang sekeping gambar yang agak familiar dalam satu BLOG yang pernah aku jumpa semasa merayau-rayau di alam siber.

Bila aku call Zarul... memang dia pasti blog itu kepunyaan Kak As... (mynurkasih.blogspot.com) apalagi dia pun bercerita tentang famili Kak As semasa dia di New Zealand.

Hmmmm.... siapa sangka dunia ini semakin kecil...

Kepada As dan famili, juga rakan taulan Zarul di sana, salam perkenalan dan terima kasih banyak-banyak kerana menerima adik saya (Zarul) bertamu ke rumah anda. Syukran.

1 comment:

~NurKasih~ said...

Salam Abunyer (nak panggil ape ya..Abg Abu ker??) Salam kenal dari As & Fmly sekeluarga di NZ..

Salam juga buat Zarul.. di harap Zarul & keluarga berada di dalam keadaan Sihat walafiat..

Perkenalan kami dgn Zarul di Hawera begitu singkat..

Kami juga turut terharu dgn apa yg berlaku kepada Zarul.. harap Zarul tabah dan anggap rezeki allah s.w.t ada dimana2..mungkin ada hikmah diatas apa yg berlaku.. Pak Cik Azmi (yg ditengah) adalah org yg paling banyak membantu Zarul..begitu juga dengan suami As dulunya semasa baru2 sampai tumpang berteduh hampir sebulan dirmh Pak Cik Azmi.. semoga allah shj yg dpt membalas budi baik P.Cik Azmi..2 tahun kemudian baru As & anak2 menyusul.

As juga ingin memohon maaf kpd Zarul sekiranya kami tidak dpt memberi layanan yg sebaik2nya maklumlah masing2 sibuk bekerja, As sibuk dgn urusan anak2..

Baru2 ini kami ke Tauranga.. Kami terjumpa dgn Khir..(berdiri sblh Zarul) alhamdulillah Khir masih bekerja disini.. itupun setelah melalu pelbagai dugaan.. begitu juga dengan suami As.. pelbagai dugaan di hadapi sewaktu di NZ ni..

Terima kasih buat Abg Abunyer ya.. kerana sudi menyapa As diblog dan memberikan pelbagai paparan menarik di blog ini.. sekian.. maasalam.. Salam Ukhwah yg berkekalan..Ukhwah fillah..