Friday, January 23, 2009

Suara gema alam...

Sesekali merayau tengok map dalam google map seluruh dunia, teringatlah pulak aku menjengok tempat tinggal sepupu aku di Yan, Kedah. Hmmm... baru aku tahu google map yang ada sekarang ini mungkin di'snap' tiga empat tahun lepas.

Nak tahu kenapa?
Kerana dua tahun lepas sepupu aku buat rumah ini betul-betul di atas sawah. Dalam google map ni pulak hanya nampak tanah yang ditambak sebuah mendirikan rumahnya.

Punyalah teruja, anak-anak dan juga anak buah aku melihat bendang yang terhampar luas. Angin segar menyapa muka... bunyi cengkerik, katak mendendangkan lagu alam, yang sukar ditafsirkan; gembira berwirid zikir memuji memuja Ilahi...

Wednesday, January 14, 2009

terkejut beruk...

Saya dapat email video ini dari rakan sepejabat. Cukup berinformasi.
Agaknya perkataan 'terkejut beruk' diambil dari peristiwa ini.

video

Tuesday, January 13, 2009

cik masuk IJN

12hb. Januari 2009. Cik (mak no. 2) masuk IJN untuk CABG (pembedahan pintasan graf arteri koronari). Aku dan isteri menghantar cik ke sana.
Senja di Kuala Lumpur. Pemandangan dari tingkap wad.



Sementara menunggu proses masuk wad... aku berlegar-legar di sekitar IJN dan mengambil beberapa brosur dekat kaunter.

Di sini aku sertakan isi kandungan brosur tersebut buat tatapan dan ingatan semua; (kerana aku dah letih nak menasihati anak remaja aku juga adik-adik aku agar jangan merokok).


(Dan lagi pulak aku risau ketagihan merokok bila tak terkawal jadi macam kawan ni... sampai dua batang rokok dibantainya untuk hilangkan ketagih!).

Friday, January 2, 2009

kisah hari jadi...

Hari ini hari jadi Kak Ummu. Selamat hari jadi diucapkan. Moga anda terus ligat lagi berkarya. Bertuah sungguh Cikgu Abu Hassan Morad (ayah Kak Ummu) kerana darah penulis cikgu mengalir kepada Kak Ummu.

Tak macam saya... suara hati kalbu saya amat meriah, riuh rendah tapi saya tak dapat zahirkan melalui tulisan mahupun ucapan. Tapi tak apalah sebab kesibukan tugas sebagai pekerja, bapa, suami; cukup untuk membuatkan saya sibuk.

Bercerita tentang hari jadi ni, saya juga ada bermacam-macam kisah yang saya nak kongsikan di sini:

Kisah 1: Saya lahir bulan Disember 1961. Oleh kerana ayah saya mahukan saya menjadi orang paling tua di kalangan rakan sebaya, jadi dia menunda pendaftaran kelahiran saya ke bulan Januari 1962. Berwawasan juga ayah saya. Bayangkan kalau didaftarkan bulan Disember... mungkin saya lambat jadi dewasa... ha ha ha. Itu cerita dulu-dulu kala. Sekarang tak boleh buat macam tu lagi... Sekarang dah sistematik... lahir aje terus dapat mykid.

Kisah 2: Awal Januari 1988 adalah due date isteri saya mengandungkan anak yang ketiga. Saya pun gembira teramat sangat dan berdoa agar dia lahir sama tarikh kelahiran saya. Namun dia lahir sehari selepas tarikh lahir saya... Manusia hanya merancang...

Itulah saja kisahnya...