Friday, January 2, 2009

kisah hari jadi...

Hari ini hari jadi Kak Ummu. Selamat hari jadi diucapkan. Moga anda terus ligat lagi berkarya. Bertuah sungguh Cikgu Abu Hassan Morad (ayah Kak Ummu) kerana darah penulis cikgu mengalir kepada Kak Ummu.

Tak macam saya... suara hati kalbu saya amat meriah, riuh rendah tapi saya tak dapat zahirkan melalui tulisan mahupun ucapan. Tapi tak apalah sebab kesibukan tugas sebagai pekerja, bapa, suami; cukup untuk membuatkan saya sibuk.

Bercerita tentang hari jadi ni, saya juga ada bermacam-macam kisah yang saya nak kongsikan di sini:

Kisah 1: Saya lahir bulan Disember 1961. Oleh kerana ayah saya mahukan saya menjadi orang paling tua di kalangan rakan sebaya, jadi dia menunda pendaftaran kelahiran saya ke bulan Januari 1962. Berwawasan juga ayah saya. Bayangkan kalau didaftarkan bulan Disember... mungkin saya lambat jadi dewasa... ha ha ha. Itu cerita dulu-dulu kala. Sekarang tak boleh buat macam tu lagi... Sekarang dah sistematik... lahir aje terus dapat mykid.

Kisah 2: Awal Januari 1988 adalah due date isteri saya mengandungkan anak yang ketiga. Saya pun gembira teramat sangat dan berdoa agar dia lahir sama tarikh kelahiran saya. Namun dia lahir sehari selepas tarikh lahir saya... Manusia hanya merancang...

Itulah saja kisahnya...

3 comments:

gandasura said...

Isteri dan 2 orang anak saya lahir bulan satu... menurut dr. fazilah kamsah..mereka yang lahir bulan satu amat cekal pendirian, keras kepala, bermotivasi tinggi, self independent...tetapi anak-anak saya masa kecil dan sekarang ni jenuh kita bagi amaran...tak pakai saman...ligat sangat...

suraiya said...

Tipu tuuuuuuuuu. Org dolu2 suka buat gitu ubah tarikh suka2 hati.

abunyer said...

gandasura... saya ucapkan selamat hari jadi pada keluarga anda sempena Januari ini...

suraiya... sebab tu saya tak sambut hari jadi. dan tolong jangan beritahu JPN kat sebelah tu ya... please!