Monday, February 23, 2009

PDS Resort, Port Dickson


Inilah nostalgia yang masih tersimpan (VCD) dalam gobok buruk kat rumah aku. Kenangan kami (kakitangan GISB) pergi rehlah di Port Dickson. Wajah-wajah muda, riang, cergas (masa itu)...

Wednesday, February 18, 2009

Nasyid Raihan


Video dirakamkan sekitar tahun 1999. Anak-anak aku dengan kawan-kawan... Kelakar juga tengok sebab sekarang ini masing-masing dah besar menginjak remaja.... Hampir 10 tahun lepas!

Tuesday, February 17, 2009

angah ...

video

Video ini diambil sekitar akhir tahun 1999. Suasana kejiranan di sebuah kampung yang aman damai...

Thursday, February 5, 2009

Proton MPV

[word searching for gambar mpv proton terbaru] Nampaknya ramai orang tak sabar-sabar nak tengok Proton MPV baru... Aku pulak baru-baru ini dapat email dari ramai kawan-kawan, kata mereka inilah wajah Proton MPV tersebut.

Cantik tak? Dan ini bukan lagi lawak seperti dulu-dulu (Datsun C20 dikatakan MPV Proton!)

Dulu-dulu pernah aku masukkan cerita Lawak Proton MPV ni http://abunyer.blogspot.com/2008/05/lawak-mpv-proton.html


Tuesday, February 3, 2009

Pusara Bonda

Tiga beradik ini mengambil kesempatan menziarah pusara lama, semasa rehlah kami. Menurut ceritanya mereka... sekitar tepi sungai tempat kami rehlah dulunya (tahun 30-an, 40-an, 50-an kot) ada perkampungan di sini. Bila darurat, perkampungan ini dipindahkan ke penempatan kampung tersusun seperti sekarang ini.
Di sinilah bersemadinya ibu (Khadijah), atuk (Mahidin) dan opah (Tupin). Terngiang-ngiang lagu Ke Makam Bonda, nyanyian UNIC. Lagu-Siso Kopratasa Lirik-Allahyarham Dato' Dr Usman Awang.


"Masih lagi teringat masa I kecik-kecik dulu, merayau-rayau sekitar pusara ni. Cari buah berangan, cari ulam-ulam." kata orang rumahku.

Al-Fatihah.

Monday, February 2, 2009

Rehlah Keluarga Shamsudin Mat Jali

Tempat: Tepi sungai Bernam... (berhampiran kubur lama) arah
ke Teratak River View.

Masa: 8:30 pagi

Tarikh: 25/01/2009


On the way ke sana, kami singgah di Dataran KKB untuk bersarapan. Nasi lemak yang dibeli berhampiran gerai kawasan rumah kami. Air... air kosong saja. Dataran Kuala Kubu Bharu ini dibuka waktu petang hingga malam. Waktu pagi... kosong. Duduk kat mana suka, dan jangan lupa lepas makan kemaslah sikit meja, sebagai menghargai kemudahan yang terdapat di situ.



9:00 pagi sampai di sungai. Ramai yang dah ada. Bang Tahir sibuk menyalakan api untuk memanggang. Abang Man dan Icui (Shamsul) pergi cari buluh buat lemang. Orang perempuan pulak sibuk membersihkan ayam, ikan keli untuk dibakar. Budak-budak pulak sibuk melompat di dalam sungai! Siap bergayut pada tali yang tersedia di pokok besar tepi sungai. Macam tarzan... Yeehaaaa!




10.30 pagi semua sibuk dengan persiapan membuat lemang, membakar ikan dan ayam. Budak-budak masih lagi di sungai. Riuh rendah jerit pekik mengindahkan lagi suasana rehlah kami. Biarkan mereka main puas-puas hingga penat dan lapar – memandangkan makanan yang disediakan banyak, siapa lagi diharap untuk menghabiskannya...



Puas main di sungai... mereka naik ke atas bukit, main ala lumba-lumba motor la pulak. Itulah gelagat budak-budak memeriahkan suasana. Bersimpang siur dengan kami yang masing-masing ada tugas.




12:00 tgh datang pulak group anak-anak Allahyarham Shamsudin dengan Allahyarhamha Bakyah Nordin. Mereka membawa bakso dan laksa....


1:30. Bak kata pepatah, "Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari." Hujan turun renyai-renyai. Kami tak nak ambil risiko basah pun mengambil keputusan untuk ke rumah Cikgu Lokman dan Mahanum. Berkumpul pulak di sana sambil makan makanan yang masih banyak berbaki.



3:30 petang, sesi fotografi dan bersurai. Group aku yang paling lewat balik. Kami balik ke KL jam 5:30 petang.