Tuesday, February 3, 2009

Pusara Bonda

Tiga beradik ini mengambil kesempatan menziarah pusara lama, semasa rehlah kami. Menurut ceritanya mereka... sekitar tepi sungai tempat kami rehlah dulunya (tahun 30-an, 40-an, 50-an kot) ada perkampungan di sini. Bila darurat, perkampungan ini dipindahkan ke penempatan kampung tersusun seperti sekarang ini.
Di sinilah bersemadinya ibu (Khadijah), atuk (Mahidin) dan opah (Tupin). Terngiang-ngiang lagu Ke Makam Bonda, nyanyian UNIC. Lagu-Siso Kopratasa Lirik-Allahyarham Dato' Dr Usman Awang.


"Masih lagi teringat masa I kecik-kecik dulu, merayau-rayau sekitar pusara ni. Cari buah berangan, cari ulam-ulam." kata orang rumahku.

Al-Fatihah.

2 comments:

gandasura said...

Al Fatihah dari kami sekeluarga...

hafinah said...

bagus ziarah kubur ni. tapi selalunya penziarah lebih mengingati yang diziarah. sebaiknya penziarah juga kena bayangkan satu hari nanti dia pula akan diziarahi.

alfatihah juga dariku - insan marhaen ini...