Tuesday, March 3, 2009

Kucin...

Aku nak kisahkan kisah 'kucin' (rupa-rupanya kat Utara tak dak kucing; sebabnya kami panggil kucin!)

Kisah Tiga Rasa:
Tiga Rasa anak kepada Sapkok... mempunyai 4 adik beradik. Antaranya Pak Tam, yang mati kena langgar depan rumah. Semua adik-beradiknya jinak, namun yang peliknya Tiga Rasa cukup takut untuk masuk ke dalam rumah. Kalau lapar, dia akan meraung dengan kuatnya... terutama bila mendengar suara aku di dalam rumah.
Kini Tiga Rasa tinggal sendiri sebab ibunya Sapkok hilang entah ke mana dan adik beradik yang lain masing-masing membawa nasib... ada yang dah mati. Itulah kehidupan kucing...

Tacak:
Tacak adalah singkatan daripada perkataan "Tahik Cicak" kerana bulunya hanya berwarna hitam dan putih. Dia ini kucing luar yang akan berlegar-legar di hadapan rumah bila Tiga Rasa dapat makanan. Tacak berbadan sasa menjadi musuh utama Apai, kucing aku. Apai akan mengelak jauh bila bertembung... tak nak cari masalah lah tu...

Purap:
Purap adalah singkatan daripada perkataan "Puma Kurap". Fizikalnya macam Puma, tapi oleh kerana faktor usia atau terbiar, kurap tumbuh merata-rata terutama di muka. Tak comey dah. Tak apalah Purap oiiii... adat dunia, apa nak dikato. Purap ni agak sasa dulu dan pernah berkungfu-fighting dengan Apai. Purap ini pun macam Tacak jugak... time Tiga Rasa dapat makanan... dia datang mengendeng. Aku tak kisah... sebab boleh senyum kambing pada Purap yang mukanya kelakar.
Kisah kungfu-fighting Apai - Purap ada di sini: apai lawan purap

2 comments:

gandasura said...

waduh... memang besar family abg abu... kalau kat UK depa ikat kat tengok bawa pi jalan (pasai di UK depa punya family kecil.. maksudnya anak tak ramai)...

suraiya said...

saya suka cerita ni...lawak betul. tak de plak dikisahkan asal usul nama APAI