Friday, April 24, 2009

kisah tugasan harian

Kali ini aku nak ceritakan sikit kisah kerjaku. Ini adalah sekelumit tugasan team kami di bahagian grafik.

Kisah ini berguna jugak untuk anak-anak aku... kerana semasa mereka sekolah kebangsaan dulu, bila cikgu atau rakan-rakan tanya kerja aku. Memang aku akui sukar untuk anak aku menjawab soalan ini. Lalu anak aku jawab, kerani pejabat swasta.
Pernah satu ketika, bila anak aku jawab Grafik Artis, disambut dengan ketawa berdekah-dekah oleh rakan-rakan. Kerana artis bagi mereka... yang nyanyi kuat-kuat atas pentas. Yang muka comel-comel... (gebu macam arnab) tak macam aku. Ha... ha... ha... Itu lama punya cerita.


Sekarang ini tugasan macam ini dah ramai orang tahu. Malah budak kat sekolah pun dah pandai layout majalah, buku, leaflet dan lain-lain. Dah kenal Font, Point Size, Tab Indent dan macam-macam lagi istilah bidang ini.


Proses 1: Aku terima bahan mentah (raw material) lebih kurang macam ni....

Proses 2: Aku pun menglayoutlah dengan penuh berwawasan (!). Bila dah selesai print laser dan hantar ke Jabatan Editorial, check ejaan dan apa-apa yang patut. Biasanya mesti ada kesilapan... (bumi mana tak ditimpa hujan).

Proses 3: Aku pun betulkan apa yang salah... lepas tu... angkat tajuk ke atas sikit; ke bawah sikit; ke tengah sikit; ke tepi sikit;
foto pulak... besar sikit; atas sikit; bawah sikit dan macam-macam lagi sikit.

Dan inilah hasilnya yang telah dipuashatikan. Lalu diemailkan file ini ke percetakan. Selesai.


Dan satu lagi... kadang-kadang aku nak buat lawak dengan kawan-kawan... aku buat artwork color... apa lagi... yang ada member yang perasan lalu ditegurnya aku... jangan buat color... kita nak print hitam putih ajer....

Lawak, lawaklah jugak... sebenarnya artwork color mudah untuk dihitamputihkan. Semudah 1,2,3. Tapi kalau artwork yang dibuat hitam putih... tiba-tiba nak color, punggah! (pinjam kata Maidin).


Hmmmm inilah kisah kehidupan...

1 comment:

en_me said...

rejeki masyuk tewww .. interestingnyerr