Wednesday, May 20, 2009

Terbalik Abjad...

Dulu-dulu sekitar tahun 90-an... bila aku insert disket ke komputer, appear kat windows 'LIAMSI'. Aku tak kisah pun mungkin nama softwarenya.
Lepas tu ada satu disket tu... 'INAS'. Pun aku tak kisah... apa bendanya; LIAMSI dan INAS itu.

Sampailah satu ketika aku tanya empunya disket tersebut.
"Engkau terbalikkan perkataan LIAMSI tu..." kata Ismail.
"Engkau terbalikkan perkataan INAS tu..." kata Sani.

O.... 'LIAMSI' ialah Ismail dan 'INAS' pulak Sani

Huh... terkena aku.

Pagi ini bila aku tengok kat windows satu komputer tu... ada nama kat thumb-drive
(x pakai disket lagi dah) "ILIAHUSSINA'';
lalu terimbau memori dulu-dulu, kisah disket.
Reka sajalah siapa empunya thumb-drive tu....



Kisah abjad nama diterbalikkan ni... aku teringat satu perkataan, bila diterbalikkan macam mana pun, bunyinya tetap sama... 'racecar'.

Dan ada lawak... kalau makan diterbalikkan jadi 'nakam', kalau air diterbalikkan jadi apa?

Jadi tumpah, bukan ''ria'. (Huhhh... teka teki 'tak cerdik')

Thursday, May 7, 2009

Tolong bacakan yaasin kepada mereka...

video

Untuk adik-adikku yang merokok.... juga anak-anakku yang sedang belajar merokok, "Tak ketagih..." katanya. Bagaimana lagi nak aku tunjukkan yang aku sayang kalian?

Syukur... aku termasuk dalam golongan "Tidak Merokok", yang mana kadang-kadang aku rimas bila hak aku dicabuli oleh perokok terutamanya di restoran!


Atah Pancing Sembilang...

Atah dan Miqdad)...

On the way ke Pulau Langkawi, Atah singgah Sg. Petani untuk urusan rumah Allahyarham Cik. Memandangkan kesuntukan masa... dia meminta aku untuk meninjau tambang flight Langkawi ke LCCT Kuala Lumpur.

Kebetulan kat rumah aku dah ada broadband, jadi dapatlah dibeli tiket daripada syarikat penerbangan tambang murah.


Kesempatan di Langkawi... sebagai kaki pancing, dia telah berjaya memancing enam ekor sembilang. Lokasinya di kuala, (tempat berlabuhnya bot nelayan) belakang rumah Miqdad (Dad). Dad hanya mampu geleng kepala kerana sepanjang dia memancing... tak pernah dapat sembilang sebanyak itu.
Alhamdulillah rezeki...

Tuesday, May 5, 2009

berkebun dan menternak

Kebun kacang panjang yang diusahakan oleh abang ipar aku, Saharudin. Seronok tengok kehijauan kebun ini... segar.

Ini pulak kambing peliharaannya... seronok! Mbek... mbekk!

Saturday, May 2, 2009

Selamat Pengantin Baru

Cuti 1 Mei 2009, aku satu famili balik Tg. Malim kerana ada majlis perkahwinan atam Sribanun (55 tahun) dengan pak tam Hj Shar'rani (66 tahun). Majlis akad nikah pada pukul 3.00 petang sungguh meriah. Lepas makan kenduri waktu malam, kami pun balik ke KL kerana esoknya ada lagi kenduri di KL rumah blogger Sue - adik dia Nasif Sidquee Haji Pauzi berkahwin dengan Azren Rizuani Haji Aziz.
Kenduri di rumah Sue, setiap pengunjung diberikan ole-ole berupa buku Hadis 40 serta Bingkisan Pasangan Bahagia. Sungguh berkat hadiah-hadiah seperti ini. Dikesempatan ini... aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua rakyat Malaysia yang berkahwin pada 1 Mei dan 2 Mei sahaja....