Wednesday, May 20, 2009

Terbalik Abjad...

Dulu-dulu sekitar tahun 90-an... bila aku insert disket ke komputer, appear kat windows 'LIAMSI'. Aku tak kisah pun mungkin nama softwarenya.
Lepas tu ada satu disket tu... 'INAS'. Pun aku tak kisah... apa bendanya; LIAMSI dan INAS itu.

Sampailah satu ketika aku tanya empunya disket tersebut.
"Engkau terbalikkan perkataan LIAMSI tu..." kata Ismail.
"Engkau terbalikkan perkataan INAS tu..." kata Sani.

O.... 'LIAMSI' ialah Ismail dan 'INAS' pulak Sani

Huh... terkena aku.

Pagi ini bila aku tengok kat windows satu komputer tu... ada nama kat thumb-drive
(x pakai disket lagi dah) "ILIAHUSSINA'';
lalu terimbau memori dulu-dulu, kisah disket.
Reka sajalah siapa empunya thumb-drive tu....



Kisah abjad nama diterbalikkan ni... aku teringat satu perkataan, bila diterbalikkan macam mana pun, bunyinya tetap sama... 'racecar'.

Dan ada lawak... kalau makan diterbalikkan jadi 'nakam', kalau air diterbalikkan jadi apa?

Jadi tumpah, bukan ''ria'. (Huhhh... teka teki 'tak cerdik')

2 comments:

gandasura said...

abang abu kena cari balik disk yang besar floppy disc saiz 5 inchi tu...lani dah jadi sejarah...orang dah tak pakai dah kalau pakai mesti ada orang gelak besar...

suraiya said...

Rasanya bukan terbalik abjad tu, yg betulnya terbalik ejaan. Kalu terbalik abjad abjad A mungkin kepala ke bawah kaki ke atas, atau kalau abjad E blh saja diterbalikkan secara mirror reflect... Kalau terbalik ejaan, ia dieja dari kanan ke kiri tanpa abjadnya tunggang terbalik ... eh ye ke gitu?