Saturday, June 20, 2009

Tasik Biru, Kundang

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk ke Tasik Biru. Kalau awal pagi... tak ramai orang, dapatlah tempat yang selesa untuk rehlah di situ. Semata-mata hendak bersarapan.


.....^.....

Suasana tenang setenang air di tasik. Sarapan sambil menghirup udara pagi itu sungguh menyamankan.

Iman Hakim (cucu menakan).
.....^.....

Kemudian datang seorang tua membawa makanan kucing (dalam tin). Aku tanya untuk apa? Dia kata untuk ibu kucing mempunyai 3 anak kecik. Lalu beredar melewati kami mencari ibu kucing tersebut. Orang tua berjiwa mulia.

Teringat aku dulu pernah aku jumpa orang yang membawa makanan kucing, bila aku tanya nak buat apa, dia jawab untuk kucing di jalanan (tak bertuan).

.....^.....

Tak lama kemudian datang pulak seorang pemancing dengan motosikal otainya, macam lipas kudung ke sana ke mari sambil mencampakkan joran.

Motosikal Otai kepunyaan Encik Pemancing...... Encik Pemancing nun di pulau tengah tasik.


Namun tak seekor ikan pun nak bersarapan dengan mata pancingnya.

Monday, June 15, 2009

Anas & Jamilah


Foto di atas ehsan: http://www.flickr.com/photos/akekun/3624850192/




Ahad, 14 Jun 2009, aku pergi ke majlis perkahwinan anak menakan (Muhammad Anas Abu Bakar dengan Jamilah Abd. Rahim) yang diadakan di Dewan Muslimat, Anjung B, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selesai makan-makan, famili aku dan famili Yusof (adik ipar aku) bergerak menuju ke Muzium Negara.

Seronok tengok gelagat Adam.... terutama ketika tengok mannequin .
Takut sungguh dia... sehinggakan aku acah nak bersalaman dengan mannequin pun dia jerit-jerit tak bagi aku salam....


Akhirnya Adam kena dukung... keletihan.

Wednesday, June 10, 2009

Kisah Mesin Taip (Mesin Ketik)...


Inilah keputusan yang aku dapat hasilnya di: http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Bukanlah niat aku hendak menandingi kepantasan kamu menaip kerana ada kisah yang ingin dikongsikan dengan anda sekalian...

Ceritanya begini ...

Awal 70-an... ayah aku membeli mesin taip, untuk memudahkan kerjanya dalam hal surat menyurat. Kiranya dalam satu kampung, keluarga kami sahaja yang ada mesin taip ketika itu. Sekali sekala ketiadaan ayah... aku mula belajar menaip dengan sukanya. Hinggakan list barang yang hendak dibeli pun aku taip... malas nak tulis.

Tidak lama kemudian, ayah aku beli sebuah buku... Belajar Menaip. Wah! Sungguh bersemangat aku mempelajari step by step... tapi akhir bosan mungkin tak ada cikgu yang memantau atau mendesak.


Sesekali ketika aku tolong ayah menaip, aku lebih selesa menggunakan 11 jari. Rasa lebih laju jika dibandingkan dengan menggunakan 10 jari (seperti yang diajar dalam buku Belajar Menaip).


Kaedah sepuluh jari (sistematik) dan sebelas jari (jari telunjuk sahaja)



Semasa di Tingkatan Dua... kerja-kerja menaip bertambah bila aku tolong seorang kawan (yang terkial-kial dengan mesin ini) di Kedai Koperasi sekolah kami.
"Eh! Cepatnya engkau menaip..."

"Ye ker..."


Kelakarnya... kawan aku ni tak percaya... ditutupnya mata aku dengan sapu tangan.... lalu menyuruh aku taip apa yang dia cakap.

"Fuh.... magic..." katanya.

"Ye ker..." ucapku dengan perasaan 'kembang idung'.


Ini cerita dulu-dulu... sekarang ni dah tak pakai lagi dah mesin taip.... Sesungguhnya mesin taip amat bermakna dalam kehidupanku; kerana kebolehan menaip, aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan pada tahun 1983 dan hingga kini... aku masih bekerja dalam bidang penerbitan. Alhamdulillah....

Monday, June 8, 2009

Nak Jadi Jutawan?

video

Di sini saya petik artikel daripada blogger: mazidul akmal sidik.

Isnin, 2009 Jun 01
Usah Tertipu Lagi

Berikut SMS saya terima pada jam 9.30 malam tadi melalui hotline 360.
‘Assalamualaikum Mazidul, boleh saya tahu, office Power Root buat cabutan bertuah dan saya seorang daripada pemenang. Bila saya ikuti semua diminta, dengan tak disangka duit dalam akaun saya lesap’
Saya tidak membalas SMS terbabit biarpun kos menghantar 1 SMS hanya 8 sen. Bukan kerana saya kedekut tetapi saya mulai bosan dengan sikap sekelompok manusia. Manusia tidak mahu mengambil tahu berhubung perkembangan isu semasa.
Kes sindiket penipuan menggunakan SMS sudah lama berlaku, ramai menjadi mangsa kerana bertindak tanpa usul periksa dan terlalu kepingin meraih wang mudah. Mereka hanya menyedari tertipu setelah wang simpanan bank lesap.
Semoga penghantar SMS terbabit lebih kerap membaca akhbar dan menonton berita agar tidak tertipu lagi buat kesekian kali.

Posted by Mazidul Akmal Sidik at 21:56
_______________________________________________


Pernah seorang rakan melabel saya sebagai seorang yang negative thinking. Saya tak kisah sebab saya seorang yang susah terpengaruh benda-benda seperti ini kerana hmmmm.... kurang berwang.
Jika difikir-fikir, kalau 3 juta orang merebut wang sejuta ringgit... penganjurnya lagi dapat berjuta-juta-juta-juta-juta-juta ringgit. Begitu juga dengan lain-lain skim yang 'cepat jutawan', yang menjanjikan setiap ahlinya menjadi jutawan.

Thursday, June 4, 2009

Gantang....

Bila terpandang serbuk kopi dari Kuala Pegang pemberian adikku... teringat aku akan benda yang dinamakan 'gantang'.

Aku pun bertanyalah kepada anak-anak aku, apa itu gantang. Apa kegunaannya? Namun mereka tidak tahu.

Aku pun story lah, gantang adalah alat penyukat digunakan untuk menyukat beras, gandum, sekoi, barli dan seumpama dengannya.

Selalunya semasa kecik dulu-dulu, aku sering ke kedai membeli beras... biasanya dua cupak. Sehinggalah satu hari aku tersilap cakap dua gantang; lalu terpaksalah aku mengelek* beras dua gantang tersebut dengan susah payah. Sampai saja kat rumah.... emak aku ketawa geli hati. (Budak kemetot terkial-kial mengelek* beras dua gantang).

* rujukan Dewan Bahasa & Pustaka:











"Untuk pengetahuan murid-murid, empat cupak bersamaan satu gantang, faham?"
"Faham, cikgu...."
Ini ayat yang sering kedengaran di sekolah sekitar tahun 60-an dan juga awal 70-an.

Nama Kuala Pegang meningatkan aku kisah lawak... "Kalau engkau nak pergi Berlin (Baling), kenalah melalui Copenhagen (Kuala Pegang) terlebih dahulu."

______________________

Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.









Gantang Brunei di Muzium Kesenian Islam Malaysia (Islamic Arts Museum Malaysia)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gantang