Wednesday, June 10, 2009

Kisah Mesin Taip (Mesin Ketik)...


Inilah keputusan yang aku dapat hasilnya di: http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Bukanlah niat aku hendak menandingi kepantasan kamu menaip kerana ada kisah yang ingin dikongsikan dengan anda sekalian...

Ceritanya begini ...

Awal 70-an... ayah aku membeli mesin taip, untuk memudahkan kerjanya dalam hal surat menyurat. Kiranya dalam satu kampung, keluarga kami sahaja yang ada mesin taip ketika itu. Sekali sekala ketiadaan ayah... aku mula belajar menaip dengan sukanya. Hinggakan list barang yang hendak dibeli pun aku taip... malas nak tulis.

Tidak lama kemudian, ayah aku beli sebuah buku... Belajar Menaip. Wah! Sungguh bersemangat aku mempelajari step by step... tapi akhir bosan mungkin tak ada cikgu yang memantau atau mendesak.


Sesekali ketika aku tolong ayah menaip, aku lebih selesa menggunakan 11 jari. Rasa lebih laju jika dibandingkan dengan menggunakan 10 jari (seperti yang diajar dalam buku Belajar Menaip).


Kaedah sepuluh jari (sistematik) dan sebelas jari (jari telunjuk sahaja)



Semasa di Tingkatan Dua... kerja-kerja menaip bertambah bila aku tolong seorang kawan (yang terkial-kial dengan mesin ini) di Kedai Koperasi sekolah kami.
"Eh! Cepatnya engkau menaip..."

"Ye ker..."


Kelakarnya... kawan aku ni tak percaya... ditutupnya mata aku dengan sapu tangan.... lalu menyuruh aku taip apa yang dia cakap.

"Fuh.... magic..." katanya.

"Ye ker..." ucapku dengan perasaan 'kembang idung'.


Ini cerita dulu-dulu... sekarang ni dah tak pakai lagi dah mesin taip.... Sesungguhnya mesin taip amat bermakna dalam kehidupanku; kerana kebolehan menaip, aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan pada tahun 1983 dan hingga kini... aku masih bekerja dalam bidang penerbitan. Alhamdulillah....

2 comments:

kaksyam said...

Dulu sementara menunggu keputusan SPM bapak saya telah beri 2 pilihan kat saya samada hendak belajar menaip atau teringkas. Saya pilih nak belajar menaip sebab kawan-kawan yang lain juga belajar menaip. Jadi saya berulanglah ke Tanjung Malim (seminggu 3 kali)sbb kat Kuala Kubu hanya ada kelas teringkas je.
Alhamdululillah ilmu menaip tu dapat saya gunakan dengan sebaiknya. Rasanya sekarang tak de kelas belajar menaip lagi macam dulu.

en_me said...

teringat me belajar kelas menaip dulu dulu.. ehehe