Saturday, June 20, 2009

Tasik Biru, Kundang

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk ke Tasik Biru. Kalau awal pagi... tak ramai orang, dapatlah tempat yang selesa untuk rehlah di situ. Semata-mata hendak bersarapan.


.....^.....

Suasana tenang setenang air di tasik. Sarapan sambil menghirup udara pagi itu sungguh menyamankan.

Iman Hakim (cucu menakan).
.....^.....

Kemudian datang seorang tua membawa makanan kucing (dalam tin). Aku tanya untuk apa? Dia kata untuk ibu kucing mempunyai 3 anak kecik. Lalu beredar melewati kami mencari ibu kucing tersebut. Orang tua berjiwa mulia.

Teringat aku dulu pernah aku jumpa orang yang membawa makanan kucing, bila aku tanya nak buat apa, dia jawab untuk kucing di jalanan (tak bertuan).

.....^.....

Tak lama kemudian datang pulak seorang pemancing dengan motosikal otainya, macam lipas kudung ke sana ke mari sambil mencampakkan joran.

Motosikal Otai kepunyaan Encik Pemancing...... Encik Pemancing nun di pulau tengah tasik.


Namun tak seekor ikan pun nak bersarapan dengan mata pancingnya.

6 comments:

suraiya said...

teringat masa dok di quarters UM dulu. Ada sorang mak cik cina tua tiap2 hari bawa sebakul ikan semata2 nak bg mkn kucing di jlnan. Semlm pulak ibu kucing kt rumah mak makan ank dia sndri yg baru lahir. 2 ekor lak tu. Biasa bapak yg mkn. sewel gaknya. Anak dia yg dh besar plak baru jadi arwah 3 sbb kena baham dek anjing liar kayu ara. Byk cerita tragis psl kucing kt rmh.

suraiya said...

Pembetulan: 3 minggu sudah bukan 3 sbb

kaksyam said...

Salam,
Teringat suatu masa dulu kami sekeluarga ada juga buat program kat Tasik Biru ni... salah seorang anak perempuan saya masa tu umur dia 4 tahun kot.... telah masuk dalam air sbb tak sabar nak mandi... kemudian tengelam timbul sbb air dalam walaupun bahagian tepi. Alhamdulillah dapat diselamatkan. Bila dah keluarkan dia dari air...kami semua pakat balik...dan tak de mood nak berehlah lagi. Sekarang budak tu dah tingkatan 1.

abunyer said...

kak syam: semasa saya mula-mula ke Tasik Biru (lebih kurang 5 tahun dulu); terdapat papan tanda amaran bahaya. Hampir 50 kematian akibat lemas. Kini papan tanda sudah tiada dan kematian terus meningkat.

suraiya: ibu kucing mengamalkan makan anak boleh awet muda kot...

kaksyam said...

Dulu Tasik Biru tu macam berkelah kat lombong je... sekarang nampak semakin cantik dan terjaga. Air ditepi-tepinya dalam atau cetek? Sesuai tak kalau anak2 mandi-manda di situ?

abunyer said...

Tidak sesuai... kadang-kadang ada tumpahan minyak... mungkin dari aktiviti jet ski setiap hujung minggu. Tapi ada juga yang mandi-manda, di tepi berpasir landai.