Sunday, July 12, 2009

rehlah santai laman bistari, ulu yam

Pagi Ahad 11 Julai aku dan family bertolak ke Ulu Yam. Program Rehlah Santai di Nur Laman Bistari Ulu Yam.

Tarikh: 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Nur Laman Bistari, Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor.

[..........]

Semasa warm-up enjin kereta, aku ternampak kelibat anak-anak Siami, yang berlegar-legar di bawah kereta. Pelbagai cara aku menghalau anak-anak kucing ini; dengan penyapu, pencakar rumput. Sungguh teruji kesabaran jugakla...
Siami dengan salah seekor anaknya...

[..........]

Lebih kurang 500 meter bergerak... aku terdengar anak kucing mengiau. Cepat-cepat aku berhentikan kereta; matikan enjin, dan buka hood dan memang sah, ada seekor anak Siami. Punggah! (* kata Maidin)

Dengan muka 'tak bersalah' dia main hide-and-seek la pulak. Darah aku mula nak mendidih. Aku pegang kaki, angkat dan campak ke tepi rumah berdekatan. Dia lari menonong... hilang dalam semak.

[..........]

Mahu rasanya aku biarkan anak kucing tu; terus jalan. Tetapi aku terfikir pulak, kalau kena blade radiator fan, mahu berkecai daging melekat pada enjin yang panas lalu bau seperti daging kambing panggang akan menyelinap masuk ke lubang hidung.

Bayangkan sesampainya aku di Laman Nur Bistari, kawan-kawan yang ada di sana ingat aku bawa 'Nasi Mandi' bersama kambing panggang sebagai pot-luck!

[..........]

Rehlah Santai GISB yang sungguh santai dengan kehadiran lebih kurang 50 orang. Alhamdulillah.

Sekitar Nur Laman Bistari sempena Rehlah Santai...

2 comments:

suraiya said...

Sekitar akhir 80-an ayah saya hendak pergi kerja, semasa start enjin kereta ada bunyi 'iau', pas tu senyap. Bila buka bonet enjin tengok tiga ekor anak kucing dah jadi daging hancur. Lama juga ayah saya pulih balik baru boleh bawa kereta. Pernah juga ada anak kucing rumah kami jadi lempek kena lenyek tayar kereta ayah saya.

Masa tu ada 13 ekor dari nenek sampai cicit. Ada masa nenek dan anak cucu kucing ni beranak serentak tapi anak cucu tak reti jaga. Sudahnya nenek dia angkut semua angkut masuk dalam kotak bela semua sampai tak cukup puting nak susukan.

Kucing yg nenek tu nama BOZO peninggalan Ustaz Mahmood Zuhdi (skg 'Dato' tp kami panggil dia Us. Mud je). Lepas Us. Mud pindah kami masuk rumah tu (quarters UM) dan sekali gus mewarisi BOZO.

Iiisss byk lagi kalu nk citer tragis psl kucing ni. Mmg tak habis!

Riezal said...

Assalamualaikum, blog yang menarik bro.. salam perkenalan.. dari saya. :)