Sunday, August 9, 2009

trengkas...

Sekitar tahun 70-an juga awal tahun 80-an, selesai sahaja peperiksaan SPM, ibu bapa yang prihatin akan menyuruh anak-anak mereka mengambil kursus 'menaip dan trengkas'. Ilmu menaip dan trengkas ini amat berguna untuk urusan mencari kerja yang mendatang.
Dalam suratkhabar pun banyak terdapat iklan kursus ini.
Sebenarnya yang aku tahu ialah kursus menaip; kerana aku tahu adanya mesin taip. Akan tetapi kursus trengkas ini aku tak berminat nak ambil tahu.

************

Sehinggalah beberapa tahun selepas aku berkahwin dengan Puan Zie. Satu hari aku ternampak buku nota yang mempunyai tulisan agak pelik (macam tulisan dalam gua zaman batu).
"Inilah buku nota saya semasa belajar trengkas dulu..." jelas Puan Zie.
"Kenapa pulak nak belajar tulisan macam ni? Peliknya..." soal aku.
"Tulisan macam ni digunakan oleh setiausaha, wartawan, kerani. Malah ada siswa/siswi yang ada ilmu ini senang mencatat nota dengan lajunya. Masa tu mana ada MP3 recorder... macam la ni..." jawab Puan Zie dengan senyum manisnya.

Di bawah ini disertakan sekelumit catatan Puan Zie dalam buku nota beliau.

Nama Zaleha dan Zabidi pun ada yang ditrengkaskan seperti di bawah...

************


Merasa juga bini aku belajar ilmu trengkas. Arus perubahan yang drastik menenggelamkan ilmu trengkas ini, dengan adanya gadget yang memudahkan manusia bekerja.
Kiranya semasa bini aku belajar trengkas ini (11/1/1983 seperti tercatat dalam notanya) merupakan generasi terakhir belajar trengkas.
Setahun selepas itu (1984) Puan Zie bertemu jodoh dengan aku.

************



Kini trengkas akan menjadi nostalgia. Ada siapa-siapa yang ingin belajar trengkas? Harap jangan hubungi Puan Zie kerana dia pun dah lupa macam mana nak tulis trengkas... ha... ha... ha... Nak trengkaskan nama aku pun dia dah tidak tahu.

Wednesday, August 5, 2009

...rentikanlah merokok tu....

1hb. Ogos 2009 aku menghadiri kenduri kahwin di rumah bapa saudara aku. Biasalah bila berjumpa dan berkumpul adik-adik, jauh dan dekat, riuh rendah saling cerita itu dan ini.

Sembang punyalah sembang... timbul cerita kisah Apit (cucu menakan) yang kini menderita asma yang teruk.
"Bapa Apit isap rokok tak?" Aku pun bertanya pada ibu Apit (anak menakan aku),
"Isap... tapi semasa kat restoran atau warung sewaktu makan bersama-sama. Kat rumah dia tak berani merokok kerana saya marah." jawap ibu Apit.

Aku pun berpesanlah pada bapa si Apit ni,"Cukup-cukuplah merokok tu... Engkau tak malukah dengan si Apit ni...? Inilah satu-satu anak hang, hang nak tak kalau dia merokok di masa hadapan? Kesianlah sikit kat Apit tu..."

Mungkin si Apit akan terfikir, "Kalau makan banyak, perut buncit. Kalau merokok banyak, jantung yang buncit...."

Di sini bukanlah aku nak fokuskan penyakit asma yang menyerang si Apit tetapi renung-renungkanlah apa yang telah aku dapat daripada blog: Puan Ghurur ni.
Leaflet Kementerian Kesihatan Malaysia
yang diambil daripada blog ghurur
. Thanks


Pak Apit... jangan marah ya... ambillah nasihat yang baik ini walaupun pahit.

Tuesday, August 4, 2009

al-fatihah buat Abdul Aziz Qayyum


Pagi Jumaat (31 July 2009) lebih kurang 5.30 pagi, aku dapat panggilan daripada Lan (adik aku yang tinggal di Langkawi). Dia kata (Abdul Aziz Qayyum) anaknya yang bongsu berusia lebih kurang 2 bulan meninggal, lebih kurang pukul 2.30 pagi tadi. Terkejut juga aku dengan berita itu. Dia kata Abdul Aziz Qayyum mengalami demam yang teruk.

Tak sempat aku dan famili menatap wajah baby ini... Itulah suratan takdir dan aku harap keluarga Roslan dan Norliza menerimanya dengan sabar dan redha.

Roslan dan Norliza telah pun dikurniakan empat orang anak (lelaki). Semuanya dah besar-besar. Dan Abdul Aziz Qayyum lahir dengan jarak masa hampir 12 tahun dengan abangnya.