Sunday, August 9, 2009

trengkas...

Sekitar tahun 70-an juga awal tahun 80-an, selesai sahaja peperiksaan SPM, ibu bapa yang prihatin akan menyuruh anak-anak mereka mengambil kursus 'menaip dan trengkas'. Ilmu menaip dan trengkas ini amat berguna untuk urusan mencari kerja yang mendatang.
Dalam suratkhabar pun banyak terdapat iklan kursus ini.
Sebenarnya yang aku tahu ialah kursus menaip; kerana aku tahu adanya mesin taip. Akan tetapi kursus trengkas ini aku tak berminat nak ambil tahu.

************

Sehinggalah beberapa tahun selepas aku berkahwin dengan Puan Zie. Satu hari aku ternampak buku nota yang mempunyai tulisan agak pelik (macam tulisan dalam gua zaman batu).
"Inilah buku nota saya semasa belajar trengkas dulu..." jelas Puan Zie.
"Kenapa pulak nak belajar tulisan macam ni? Peliknya..." soal aku.
"Tulisan macam ni digunakan oleh setiausaha, wartawan, kerani. Malah ada siswa/siswi yang ada ilmu ini senang mencatat nota dengan lajunya. Masa tu mana ada MP3 recorder... macam la ni..." jawab Puan Zie dengan senyum manisnya.

Di bawah ini disertakan sekelumit catatan Puan Zie dalam buku nota beliau.

Nama Zaleha dan Zabidi pun ada yang ditrengkaskan seperti di bawah...

************


Merasa juga bini aku belajar ilmu trengkas. Arus perubahan yang drastik menenggelamkan ilmu trengkas ini, dengan adanya gadget yang memudahkan manusia bekerja.
Kiranya semasa bini aku belajar trengkas ini (11/1/1983 seperti tercatat dalam notanya) merupakan generasi terakhir belajar trengkas.
Setahun selepas itu (1984) Puan Zie bertemu jodoh dengan aku.

************



Kini trengkas akan menjadi nostalgia. Ada siapa-siapa yang ingin belajar trengkas? Harap jangan hubungi Puan Zie kerana dia pun dah lupa macam mana nak tulis trengkas... ha... ha... ha... Nak trengkaskan nama aku pun dia dah tidak tahu.

7 comments:

SURAIYA PAUZI said...

Tu dia, dah kunin-kuning kertasnya.
Memang dah obsolete ditelan zaman.

kakak said...

buku trengkas umi a.k.a pn zie ni memang dah berkurun, umi guna untuk simpan resepi2 masakan melayu....kalau nak try resepi baru cari buku ni, selak2 jumpa la trengkas ni di bawah tampalan resepi yang diambil dari majalan dan buku2...hehehehe...penah juga cuba nak belajar, tapi sampai sekarang pun tak reti2 jugak...;)

poj said...

huih, cam tulisan alien ekk.. zaman skang pon ader trengkas gak. cam kt bwh ni. sapa yg kaki YM, sure tau pe simbol tu! hehe..

:) I-) :& :( X( [-( B-( :)>- [-x >-) 8-} :-B =:) :-c ~X( :-t 8-> :-?? %-( :-@ :(|) (*) *-:) ~O) @};- %%- (~~) 8-X 3:O ~:> :@)

en_me said...

salam bro.. teringat dulu dulu.. me pernah belajar menaip jerr.. ehehe, nice blog

MOHD FAZIL said...

bagus2! ade bukti macam mana gayanye tulisan trengkas nih.
tadi kawan aku ingat trengkas tu tulisan ringkas. dia letak dalam borang isi kerja dia ada kebolehan trengkas.
aku jwb: trengkas tu tulisan macam cacing la.. takpe2, jom kita google cammane tulisan trengkas tu.
lepas google, aku berjaya buktikan dengan ada nye blog nih. syabas abuyer!
kawan aku jwb: abis la aku nnti interview aku nak tulis ape 35 perkataan seminit?
*abisla la kau labu~~*

zakiah said...

nk blaja trengkas dgn shorthand??

jom tgk lmn web,
http://tulisancacing.blogspot.com

lov ely said...

nak blajar trengkas mcm mna ek?..sya bru thu trengkas tu mcm mna rupa dia..tntu best klau dh thu..