Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009 part 1

Van 12 seater yang membawa keluarga Zul & Yah dari Singapura. Mereka singgah Kuala Lumpur; famili aku ikut serta ke Perlis.

#####

Tiba di Raudhah Tuan Syed Tajul Arif, Kangar, Perlis. Homestay ini disewa oleh Mus untuk perjumpaan Aidilfitri tahun ini. Mempunyai 6 bilik; Bilik Suhailah (mus), Bilik Nadhrah (Yusof & famili), Bilik Nursyifaa (Zul & famili), Bilik Nurthaqif (aku & famili), Bilik Nursyazaa dan Bilik Afnan (Ruzaimi & famili). Setiap bilik dilengkapi bilik air dan penghawa dingin.
###########

Malam Aidilfitri... kami semua ziarah rumah Ustaz Salleh Adam, (tok guru yang biasanya naik vespa ke mana-mana untuk mengajar).

###########

1 Syawal solat Hari Raya.

###########

Selesai solat Aidilfitri, kami sekeluarga berkumpul.

###########

Bermaaf-maafan, juga meraikan Syurahbil Roslan yang akan menyambung pelajarannya di Mesir.

###########

Sesi fotografi. (Semuanya bergaya).

###########

Ziarah rumah sepupu yang lama tidak berjumpa (hampir 2o tahun). Kemudian ke rumah Nenek Saudara di Utan Aji.

###########


Malamnya, bebudak bermain bunga api... menghabiskan baki semalam. Acara makan malam meriah. Keluarga Siti sampai tengah hari tadi.... turut memeriahkan majlis.

###########

Miqdad dan famili menyertai kami. Dia on the way ke Pulau Langkawi dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kami semua sibuk mengemas untuk check-out. Sungguuhhh selesa di homestay ini.
Program seterusnya... peminangan Shukri.

###########

Selepas check-out, kami semua bertolak ke Jitra untuk program peminangan Shukri Yusof dengan Najihah. Selamat Bertunang.

###########

Friday, September 18, 2009

sketsa menjelang aidilfitri




DTP

AV

Editorial
Inilah sekelumit kisah menjelang syawal 1430H.
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin daripada saya.

Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti: Kenali Diriku...

Ini adalah salah satu aktiviti semasa kuliah pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari.

Monday, September 14, 2009

Pasport Antarabangsa Alternatif

Sungguh... terlalu lama aku menunggu berita turunnya harga Pasport Antarabangsa ini. Bukan apa... aku pernah buat pasport yang berharga RM300.00 yang hanya digunakan 2 atau 3 kali sahaja. Aku bukanlah tergolong dalam golongan orang selalu ke luar negara. Sesekali terpaksa juga pergi untuk menziarahi keluarga di utara dan di selatan tanahair. Berbeza tahun 80-an dulu, kalau tak silap aku hanya RM60.00 untuk 5 tahun! Dan ada pula Pasport Terhad!

***********

"Kenapa tak bawa isteri dan anak-anak." Inilah soalan yang sering ditanya oleh sanak keluarga di sebelah sana. "Asyik jalan sorang-sorang aja..."

*************

Lepas ni bolehlah aku dan isteri pergi ke Tanah Rao di Sumatera Barat atau boleh ziarah Agus kat Jawa Barat atau ziarah Cu Mat Adam di Bangkok atau Mak Pah di Phuket atau... dan atau.... dan atau.... (berapa banyak atau da....)

Thursday, September 10, 2009

Kunta Kinte

Sebetulnya "Kaunter Zakat Fitrah".

Perkataan KUNTA mengingatkan aku kisah tahun 70-an dulu-dulu, kat tv ada drama bersiri Roots yang diadaptasi dari novel Alex Haley.



Kisah Kunta Kinte, seorang remaja Muslim dari suku kaum Mandinka di Afrika telah ditangkap dibawa naik kapal untuk dijadikan hamba ke Amerika.

Masa itu... siaran televisyen masih hitam putih (warna tahi cicak)....

Savvy, Viva & Myvi

Baru-baru ini seorang kawan baik, Lebai Jusoh Lulé, seorang exec. proton (agaknya la) datang ke rumah aku menaiki kereta Savvy. Dia datang kerana urusan Gas Petronas, yang masih dalam perbincangan antara aku dan dia.

Bila dia muncul dengan Savvynya... teringat aku kisah keliru model kereta yang aku pernah dengar... tapi tak tahu la pulak sumbernya.

Kisahnya begini:

Tipah: Pak Lang... ada kereta... murah sangat hendak dijual. Kebetulan Tipah sedang mencari kereta ni...

Pak Lang
: Kereta apa?
Tipah: Myvi! Harganya RM36,800.00. Down-paymentnya sekian-sekian. Instalmentnya pulak sekian-sekian.

Pak Lang
: Ehhh... murah tu. Eloklah ambil Myvi harga tu....

Tiga jam kemudian...

Tipah:
Pak Lang... sebenarnya kereta Savvy... bukan Myvi...
Pak Lang
: La... tapi kenapa harganya RM36,800.00?
Tipah: Kenapa?

Pak Lang
: Harga Savvy RM39,693.68!
Tipah: Habis macam mana? Boleh ambik ker?

Pak Lang
: Tapi harganya agak murah macam Viva....
Tipah: Okeylah...
Pak Lang... nanti apa-apa hal Tipah call balik yer?
Pak Lang: Okey.

Tiga jam setengah kemudian...

Tipah:
Pak Lang.... bukan Savvy... rupa-rupanya Viva!
Pak Lang
: Haa.... memang harga yang Tipah cakapkan tu harga Viva...
Tipah: Habis tu... ok ker harga tu?

Pak Lang
: Haaa.... itulah harganya pun.... Tipah... Tipah.... model kereta pun hang confuse...
Tipah: La... itu la pasal... Myvi, Savvy, Viva... kan hampir sama tu... hih hih hih....



FAKTA HARGA:
MYVI 1.3 AUTO STANDARD (SOLID)
 RM46,400.00
VIVA 1.0SX (SOLID)
 RM36,800.00
SAVVY 1.2 MT ML (S) RM39,693.68


Selingan:

Friday, September 4, 2009

25 tahun pernikahan....

Hari Kebangsaan Malaysia yang tercinta, aku dan Pn. Zie ke Langkawi (ada sikit urusan). Ditaja penerbangan pergi balik oleh Mus, Alhamdulillah. Kami berdua sahaja pergi... anak-anak tinggal di rumah (mereka dah besar-besar dan pandai jaga diri).




Setibanya di sana dijemput oleh Kakak - anak sulung kami. Sebelum ke "Mat'am Layaly as-Syams @ Rajawali, Langkawi LagoonResort, kami singgah kat Pasar Ramadan Airport Langkawi.
Chef Miqdad dan Chef Zarul kata, "Tak kan nak berbuka dengan makanan Arab sahaja, kenalah ada kuih-kuih sikit - pembuka selera..."

Kami berbuka dengan masakan arab... nasi kambing, ayam, daging lembu, yogurt dan lain-lain.
"Kena tunggulah sampai pukul 9 atau 10 malam ni... kita ada lagi makan-makan special..." Pengumuman dibuat oleh Chef Miqdad dan Chef Zarul.
"Tak boleh awai sikit... kami nak solat tarawih," pinta Lan (adik aku).

*************

Tepat 9.00 malam, Chef Zarul membawa kek dan diletakkan di atas meja. Oh... sungguh teruja aku dan Pn. Zie sebaik sahaja melihat kek tersebut. Rupa-rupa kek Sambutan Ulangtahun ke-25 Perkahwinan kami! Pn. Zie tanpa segan silu mengalir air mata.
Tak sangka diadakan majlis ulangtahun tersebut, kerana sememangnya kami sekeluarga amat jarang menyambut sebarang ulangtahun dengan kek, cuma masak-masak makanan special dan makan ramai-ramai.



Foto No. 1: Dari kiri: Huzaifah (anak Lan), Kakak, Liza (isteri Lan), Pn. Zie dan Nadia (isteri Chef Miqdad) Foto No. 2: Dari kiri: Lan, Chef Zarul, Chef Miqdad, Syurahbil (anak Lan), Dehya'.

Aku tanya Zarul, "Tak contact ker Kak MyNurKasih?"
"Kak MyNurKasih pandai masak. Sedap masakannya." ujar Zarul mengimbau kenangan semasa di New Zealand berjumpa dengan famili MyNurKasih.
Kepada keluarga MyNurKasih, saya bagi pihak Zarul satu family mengucapkan terima kasih, dan selamat menyambut Aidilfitri yang mendatang, maaf zahir batin.


Majlis ini berlarutan hingga ke pukul 10.00.



*******************

Akhir sekali ingin aku dan Pn. Zie ucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang diberikan oleh adik-adik aku dalam menjayakan sambutan (kejutan) ini. Sebenarnya kami pun tidak tahu siapa yang menganjurkan Sambutan Ulangtahun ke-25 Perkahwinan ini kerana mereka (adik-adik aku) saling merahsiakannya.... Semoga Allah berkati anda semua.... Amin.