Friday, September 4, 2009

25 tahun pernikahan....

Hari Kebangsaan Malaysia yang tercinta, aku dan Pn. Zie ke Langkawi (ada sikit urusan). Ditaja penerbangan pergi balik oleh Mus, Alhamdulillah. Kami berdua sahaja pergi... anak-anak tinggal di rumah (mereka dah besar-besar dan pandai jaga diri).




Setibanya di sana dijemput oleh Kakak - anak sulung kami. Sebelum ke "Mat'am Layaly as-Syams @ Rajawali, Langkawi LagoonResort, kami singgah kat Pasar Ramadan Airport Langkawi.
Chef Miqdad dan Chef Zarul kata, "Tak kan nak berbuka dengan makanan Arab sahaja, kenalah ada kuih-kuih sikit - pembuka selera..."

Kami berbuka dengan masakan arab... nasi kambing, ayam, daging lembu, yogurt dan lain-lain.
"Kena tunggulah sampai pukul 9 atau 10 malam ni... kita ada lagi makan-makan special..." Pengumuman dibuat oleh Chef Miqdad dan Chef Zarul.
"Tak boleh awai sikit... kami nak solat tarawih," pinta Lan (adik aku).

*************

Tepat 9.00 malam, Chef Zarul membawa kek dan diletakkan di atas meja. Oh... sungguh teruja aku dan Pn. Zie sebaik sahaja melihat kek tersebut. Rupa-rupa kek Sambutan Ulangtahun ke-25 Perkahwinan kami! Pn. Zie tanpa segan silu mengalir air mata.
Tak sangka diadakan majlis ulangtahun tersebut, kerana sememangnya kami sekeluarga amat jarang menyambut sebarang ulangtahun dengan kek, cuma masak-masak makanan special dan makan ramai-ramai.



Foto No. 1: Dari kiri: Huzaifah (anak Lan), Kakak, Liza (isteri Lan), Pn. Zie dan Nadia (isteri Chef Miqdad) Foto No. 2: Dari kiri: Lan, Chef Zarul, Chef Miqdad, Syurahbil (anak Lan), Dehya'.

Aku tanya Zarul, "Tak contact ker Kak MyNurKasih?"
"Kak MyNurKasih pandai masak. Sedap masakannya." ujar Zarul mengimbau kenangan semasa di New Zealand berjumpa dengan famili MyNurKasih.
Kepada keluarga MyNurKasih, saya bagi pihak Zarul satu family mengucapkan terima kasih, dan selamat menyambut Aidilfitri yang mendatang, maaf zahir batin.


Majlis ini berlarutan hingga ke pukul 10.00.



*******************

Akhir sekali ingin aku dan Pn. Zie ucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang diberikan oleh adik-adik aku dalam menjayakan sambutan (kejutan) ini. Sebenarnya kami pun tidak tahu siapa yang menganjurkan Sambutan Ulangtahun ke-25 Perkahwinan ini kerana mereka (adik-adik aku) saling merahsiakannya.... Semoga Allah berkati anda semua.... Amin.

5 comments:

~NurKasih~ said...

Assalamualaikum En.Abunya,
Maaf lama as tak menjengah En.Abu, sibuk ngan urusan suri as. Salam Ramadan Dan Syawal buat En.Abu & keluarga..
Tumpang rasa gembira dengan Zarul.Alhamdulillah dah jd Chef sekarang. As masak biasa2 aje... setakat lepas makan utk suami dan anak2. Kalau terlebih sedap tu mungkin sebb memasak beserta zikrullah.. Lagipun masa tu Zarul sgt rindukan keluarganya.. InsyaAllah jika kami pulang ke Msia, kami ingin ke Langkawi, ape2 pun saya akan ctc En.Abu dulu ya.. Salam buat Zarul ..moga terus Sucess!

@nu@r said...

Tahniah... Semoga Allah merahmati perkahwinan en. Abu & Semoga berkekalan. Bila nak timang cucu plak?..

Anonymous said...

kakteh..
umi nages ke tu??hehe

roesli said...

salam abg abu dan kak zie... terlebih dulu juga salam ramadhan, selamat merdeka dan selamat ulangtahun perkahwinan dari kami sekeluarga... kalau disambut secara surprised mesti romantik, terkenang zaman baru berkahwin... tahniah dari kami sekeluarga sekali...

abunyer said...

Roesli & Asu. Juga untuk NurKasih - Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Semoga tabah dan dalam keredhaan Allah hendaknya... di perantauan.

@nu@r - Terima kasih.

KakTeh... Inilah pertama kali umi declare menangis... selalunya diam-diam.