Wednesday, October 21, 2009

Dangau Baru


Pembaca yang dihargai...

Alhamdulillah... setelah sekian lama saya berblog di dangau (blogspot) ini, baru-baru ini saya telah berkenan di hati dengan sebuah lagi dangau, (.com). Tujuannya tetap sama iaitu:

"Ini blog meriah kalbuku. Kalbuku sentiasa meriah walaupun aku pendiam. Merapu sikit-sikit ajer.:)
This site is dedicated to my family & friends. I hope this site would be a place for my family & friends to keep in touch with me. Contact abunyer at: abunyer@gmail.com"

Sesungguhnya tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berblog.... Saya masih lagi mengaktifkan blog ini.

Diharap saudara, kawan-kawan mahupun pembaca budiman sekelian, berkunjunglah selalu di dangau ini juga di dangau yang satu lagi. Semoga ada manfaatnya... Amin.

Tuesday, October 6, 2009

rehlah santai

Untuk ke sungai, kami melalui kebun kacang panjang milik Abg Atan. Sungguh sejuk menghijau.

4/10/2009: Aku dan famili, Yusof & Ana dan famili, juga Atah (mereka ini amat teruja dengan sungai dan alam hutan semulajadi) ke Tanjong Malim... ziarah raya rumah Kak Num. Kesempatan di sini diambil sepenuhnya dengan aktiviti rehlah santai di sungai berhampiran kebun sayur Abg. Tih. Terima kasih pada Abang Tih atas tajaan durian.

Acara makan durian dengan pulut...

Gelagat Adam menceriakan suasana... (Aku jarang sekali mandi kat sungai ini... sejuk sangat!)

Bermacam-macam gelagat adik beradik aku mandi-manda. Paling kelakar; Adam. Sesampainya di tepi sungai terus minta nak mandi.... hinggalah kami semua hendak balik, dia menjerit-jerit tidak mahu naik ke darat!
****

Ini pulak gelagat En. Tam... mula-mula dengan cuaknya meninjau aktiviti kami. Puas aku pujuk dengan makanan yang dibawa... akhirnya jinak. Tak kenal maka tak cinta, En. Tam oi!!!

*****

Selesai mandi dan makan di sungai, kami melawat kandang kambing Abg. Tih. Kebetulan masa itu ada seekor kambing sedang beranak. Alhamdulillah... hari ini Abg. Tih dapat empat ekor anak kambing. Berkat.
****

Setelah adik beradik aku balik... aku dan famili ambil kesempatan menziarahi kubur emak Pn. Zie. Sebuah perkuburan lama. Aku terpandang satu batu nisan nun jauh di dalam semak. Agak lain daripada yang lain kerana terdapat lambang Polis DiRaja Malaysia.
Di batu nisan tercatat nama:
SC 16736 Radin bin Budin
telah kembali ke rahmatullah
pada: 13hb. Februari 1951.


Semoga rohnya dirahmati Allah setimpal jasa-jasa beliau semasa berkhidmat untuk negara.
Al-fatihah untuk beliau jua...

Melihat akan nisan yang bertaburan (perkuburan lama ini), mengingatkan aku bahawa setakat mana pun jagaan waris pada nisan kuburan; akhirnya terbiar kaku dimamah usia. Namun yang menjaga roh empunya diri adalah amalan iman dan taqwa, yang akan menemani kita hingga ke akhirat.

Saturday, October 3, 2009

Aidilfitri 2009 part 2

21/09/09: Konvoi kami bergerak ke Sungai Tiang, Pendang. Di rumah Maktih Nisah kami bertemu dengan seorang lagi emak saudara (yang tak pernah jumpa) iaitu kakak Maktih Nisah bernama Maklang Aisyah. Di bawah ini aku sertakan carta keluarga Maktih Nisah buat tatapan semua.

Selesai di rumah Maktih Nisah, kami pergi pula ke rumah Makndak Aisyah... (isteri Pakndak Abdullah bin Seman yang tinggal berhampiran rumah Maktih Nisah) jumpa dengan anak-anaknya (tinggal di Seremban) yang balik beraya.
########





Lepas Maghrib... konvoi kami menuju pula ke Felda Teloi Kanan, ke rumah Pakcik Man, adik mak aku No. 2. Kami bermalam di sana. Semasa makan malam... aku terpandang 'toyu' (kicap) cap Pak Ya. Hmmmm glamour juga Pak Ya ni...







######

22/09/09 Lebih kurang pukul 10.00 pagi konvoi kami bergerak ke Sungai Petani, ziarah kubur ayahanda tercinta berdekatan Masjid Al-Amin, Sg. Layar.

Setelah adik beradik aku beredar ke kubur Suhaibah (berdekatan kubur ayah); aku bertafakur... mengenang ayah, seorang yang gigih mendidik dan menyara kami yang ramai ini. Jasa yang tidak terbalas; cuma diiringi doa agar Allah redhai ayah juga kami semua. Amin...


2.00 petang, kami tiba di Pinang Tunggal (rumah Maklang; adik mak No. 2). Makan tengahari di sana. Lepas tu... ziarah pulak rumah mertua Mat (besan Yusof)... makan tengahari jugak.(Berapa banyak makan tengahari hari ini?)

5.00 petang kami sampai rumah Makcik Nah (Mak No. 3).
Bertemu dengan Siti Aminah dan Haslam (mereka datang beraya di sini). Alhamdulillah... mereka baru dikurniakan seorang anak perempuan yang comel.


Malam itu juga... konvoi kami yang tinggal tiga biji kenderaan menyusur lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur. Tiba di Tanjong Malim lebih kurang 1.00 pagi. Aku tinggalkan Pn. Zie dan anak-anak di Tanjong Malim. Aku dan Atah akan ke Singapura menghantar keluarga Zul.

########

23/09/09: Puan Zie dan anak-anak, serta Mahanum dan famili, Mamak Saiful dan famili pergi beraya di rumah Icui dekat Sungkai. Makan durian.