Tuesday, October 6, 2009

rehlah santai

Untuk ke sungai, kami melalui kebun kacang panjang milik Abg Atan. Sungguh sejuk menghijau.

4/10/2009: Aku dan famili, Yusof & Ana dan famili, juga Atah (mereka ini amat teruja dengan sungai dan alam hutan semulajadi) ke Tanjong Malim... ziarah raya rumah Kak Num. Kesempatan di sini diambil sepenuhnya dengan aktiviti rehlah santai di sungai berhampiran kebun sayur Abg. Tih. Terima kasih pada Abang Tih atas tajaan durian.

Acara makan durian dengan pulut...

Gelagat Adam menceriakan suasana... (Aku jarang sekali mandi kat sungai ini... sejuk sangat!)

Bermacam-macam gelagat adik beradik aku mandi-manda. Paling kelakar; Adam. Sesampainya di tepi sungai terus minta nak mandi.... hinggalah kami semua hendak balik, dia menjerit-jerit tidak mahu naik ke darat!
****

Ini pulak gelagat En. Tam... mula-mula dengan cuaknya meninjau aktiviti kami. Puas aku pujuk dengan makanan yang dibawa... akhirnya jinak. Tak kenal maka tak cinta, En. Tam oi!!!

*****

Selesai mandi dan makan di sungai, kami melawat kandang kambing Abg. Tih. Kebetulan masa itu ada seekor kambing sedang beranak. Alhamdulillah... hari ini Abg. Tih dapat empat ekor anak kambing. Berkat.
****

Setelah adik beradik aku balik... aku dan famili ambil kesempatan menziarahi kubur emak Pn. Zie. Sebuah perkuburan lama. Aku terpandang satu batu nisan nun jauh di dalam semak. Agak lain daripada yang lain kerana terdapat lambang Polis DiRaja Malaysia.
Di batu nisan tercatat nama:
SC 16736 Radin bin Budin
telah kembali ke rahmatullah
pada: 13hb. Februari 1951.


Semoga rohnya dirahmati Allah setimpal jasa-jasa beliau semasa berkhidmat untuk negara.
Al-fatihah untuk beliau jua...

Melihat akan nisan yang bertaburan (perkuburan lama ini), mengingatkan aku bahawa setakat mana pun jagaan waris pada nisan kuburan; akhirnya terbiar kaku dimamah usia. Namun yang menjaga roh empunya diri adalah amalan iman dan taqwa, yang akan menemani kita hingga ke akhirat.

2 comments:

SHAMSIAH BINTI PUAD said...

En. Tam tu Abang Atan bela gak ke?

SURAIYA PAUZI said...

Hui anak sapala mandi sungai nampak 'tonet'...kena censor tu, sok dia besar mesti malu kalau dia tgk