Wednesday, December 29, 2010

Dato' Hj. Ismail Hashim

Gembiranya aku, bila aku tengok biodata Dato' Hj. Ismail Hashim, kerana beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi (tempat mak aku dilahirkan).
Kerjayanya sebagai Guru Agama, Sekolah Kebangsaan Yan (tempat lahir ayah aku).

Semasa kecik dulu-dulu (ketika aku berusia 6 atau 7 tahun) aku pernah berselisih dengan Arwah semasa hendak mandi sungai. Ketika itu aku terdengar beliau mengalunkan ayat-ayat al-Quran sambil berjalan. Wah! Seorang qari akan sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, Alhamdulillah, rezeki beliau, tak seperti kebanyakan orang kita (termasuk aku) yang asyik hmmmm hmmm hmmm mengalunkan lagu yang entahapaapantah! Kelakar sungguh!

Monday, December 27, 2010

Imam Yussof


26 Disember 2010 Imam Yussof Darus mengadakan majlis Walimatul Urus anak beliau Mohd Hilmi Mohd Yusoff dengan pasangannya Nurmala Ahamat, meriah. Imam Yusoff adalah jurunikah di penempatan kami di Sri Kundang. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Friday, December 17, 2010

sang Kancil siapa ni?

Dah tiga hari sang Kancil ini ditinggalkan. Di tepi tayar hadapannya terdapat jack tayar; mungkin pancit agaknya. Tetapi, mana tuan empunya kereta ini pun tak tahu. Mentang-mentang dah ada kereta lain! Tadi aku berhenti, tinjau kat dalam kereta ni, mana tahu driver dia dah jadi rangka... tapi kosong.
Di sini aku menyeru tuan empunya sang Kancil ni, ambillah peduli, bela sang Kancil ni elok-elok; atau kalau dah tak nak, pulangkan balik pada bank tempat awak buat loan. Hik... hik. hik...

Thursday, December 2, 2010

Mobile Sink

Aku nak kongsi 'rekaan terbaru' ini dengan anda. Usahlah senyum sinis padaku, kalau anda sudah pun terlihat benda ini di mana-mana ataupun andalah orangnya yang mereka 'benda' ini. Taadaaa.... sinki basuh tangan bergerak. Ringkas dan praktikal sesuai untuk majlis makan-makan. Aku tengok sinki ini semasa kenduri kahwin anak menakan aku di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.

Friday, November 19, 2010

Siapa Untung; Siapa Rugi?

Ini belum dikira kos rawatan akibat merokok. Ratusan ribu ringgit oiiii.... Alamat susahlah nak kumpul duit menunaikan Rukun Islam yang kelima! Astaghfirullah...

Friday, November 5, 2010

Pulau Tuba

Aku pernah dengar nama Pulau Tuba, namun aku tidak pernah pergi pun, malah aku pun tak tahu lokasinya di Pulau Langkawi. Tersemat di hati nak pergi juga satu hari nanti ke Pulau Tuba; nak tengok kehidupan di sana... maklumlah satu pulau yang berhampiran Pulau Langkawi yang didiami manusia dan mempunyai prasarana yang lengkap dengan air dan apinya.

Seminggu lagi ke Pulau Langkawi, nama Pulau Tuba telah hilang di ingatan. Hmmm pulau apa yer? Puas aku memikirkannya. Aku dah mula confuse dengan sebuah lagi pulau iaitu Pulau Payar. Huh jauh nun Pulau Payar yang cantik molek tu.

Impian aku tercapai bila aku dibawa ke Pulau Tuba semalam. Kebetulan anak aku pernah berkunjung ke pulau ini semasa bertugas di Langkawi. Alhamdulillah. Dapat juga aku memenuhi impian di sanubari ini.

Kalau encik-encik nak tahu kedudukan Pulau Tuba, kenalah tanya En. Google...

Wednesday, September 22, 2010

Kehidupan Berkualiti; Mulai Sekarang!


Kehidupan serba moden dan maju, kita sering leka dan lalai. Pejam celik pejam celik dah pun meningkat tua. Namun cara hidup kita terasa muda sentiasa. Tidak terfikir (terlintas) pun di dalam fikiran kita untuk menghadapi kehidupan berkualiti. Cubalah kita cari info yang berguna seperti di laman web tertera di atas. Luangkan masa membaca satu persatu artikel mengenai kehidupan kita. Tidak rugi, malah menguntungkan zuriat dan alam sekeliling kita.

Sekelumit petikan rencana mengenai bahaya perokok!

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Bacalah lagi di sini: http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32

Thursday, September 9, 2010

Semuanya sibuk

Semuanya sibuk; ada yang sedang menjahit, mengemas rumah, buat kuih. Dan aku tidak terkecuali, tugasan pergi kedai.
"Bak sini list barang," pintaku.
Aku tak tau anak aku nak masak apa dengan barangan di atas...

Di jalanan pun sibuk, masuk ke kedai pun sibuk, kena Q nak bayar kat cashier. Adakah ini 'pecutan akhir' Ramadan?

Monday, August 30, 2010

Gamitan Hari Raya

Pulang ke kampung berhari raya, gema takbir memecah angkasaraya
Udara segar dihirup dalam-dalam.
Cengkerik bertasbih memuji Ilahi tanpa henti di waktu malam.
Paginya kokokan ayam bersahut-sahutan.
Pagi dingin sesegar embunan menyirami alam.

Belukar di halaman jangan dilupa, tebas dan rapikanlah.

Friday, August 20, 2010

Angka Tiga

:::::

Tiga Abdul, Three Stooges, Tiga Dara Pinggitan, Tiga Rasa, Tiga Lima (buku hutang bukannya rokok; saya tak suka tau...)


jangan lupa bawa buku 3 5, jerit mak ketika ke kedai semasa kecik net

Wednesday, August 18, 2010

Rumah Felda

Sekitar tahun 70-an, aku sering ke rumah nenek di salah sebuah felda di utara tanahair. Beginilah bentuk rumah tersebut. Sekeliling rumah, kelihatan tandus, kerana kawasan penempatan baru dibuka.
Itu dulu ... kini semuanya sudah berubah. Rumah pelbagai reka bentuk dengan pokok buah kayu di tanam di keliling rumah terutamanya *mottan, *manggih dan duku. Merasa juga hasilnya ketika aku baru-baru ini balik ke sana.

loghat ibundaku... hih... hih...
*mottan - rambutan *manggih - manggis

Tuesday, August 10, 2010

Pejabat di TTDI, 60000 KL

Bila aku 'godak-godak' mencari file yang hilang ... terpandang aku foto ini. Wah... rindu sungguh suasana begini. Foto yang diambil pada 9hb. Jun 2004 ini mengimbau kenangan lalu ... sewaktu hujan ketika aku melemparkan pandangan keluar tingkap mencari idea ....
Kepada kengkawan yang pernah di sini dulu... terimalah nostalgia ini ...
(Rasa macam nak nangis....)

Boleh dikatakan setiap hari aku pakai baju sejuk bermesej lawak macam ni:
Sampai aku naik suspen; manalah tahu sedang aku men-delete file tiba-tiba aku yang POOF!

Tuesday, July 27, 2010

Taranum Bayati, Hijjaz dan Nahawand

Akademi Al-Quran [AQ] Musim Ke 4 sudah hampir ke penghujung. Mari bertaranum.

Surah al-A'raf pertengahan ayat 194 dan awal ayat 195.



Nikmatilah bacaan Qari Helbawy - Maqamat - Bayati, Hugaz, Nahawand

Friday, July 23, 2010

Lawatan Pelajar Sekolah


Foto webcam i-mac - medan kerjaya aku.

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, (Model Khas), Kluster Kecemerlangan Fasa III
13800 Sungai Dua, Butterworth.


Pagi Jumaat ini, kami warga Galeri Ilmu menerima lawatan pelajar-pelajar dari utara semenanjung. Seronok bebudak ini berjalan-jalan. Teringat aku masa sekolah dulu... rombongan sekolah hanya melawat Pulau Pinang, tempat yang paling jauh bagi aku....

Buat anak-anak sekolah ini, "Selamat maju jaya."


Thursday, July 22, 2010

PTPTN

Rahman mengeluh. Hmmmm, kuat dengusan dilepaskan. Memang berserabut kepala. Aku bertanya, "Kenapa?"
"Hmmm... tak ada apa-apa. Mai kita sarapan sama-sama...." Pelawa Rahman sambil menghulurkan kepada aku roti bakar yang disapu jem.
Boleh tahan juga banyaknya.
"Boleh dimakan untuk tengahari nanti ... ha ... ha ... ha ... ."
Begitulah Rahman yang aku kenal.

Setelah mengambil sekeping roti jem, aku berlalu dan sempat mengerling akhbar yang ditatap sebentar tadi....
"Man... engkau nak pinjam PTPTN ker untuk sambung belajar ni?"
Dia diam.

Tuesday, July 20, 2010

Hanipah kah, Hanifah?


Bila terpandang pada papan kenyataan di pejabat En. Rahman, aku rasa pelik dan janggal pada satu nama... Hanipah. En. Rahman kata nama sebenar orang itu Hanifah. Aku hanya ketawa hik hik hik sahaja... Dan aku rasa macam aku tahu siapa yang key-in nama sebegitu. Orangnya yang agak veteran... (biasalah orang veteran; agak sukar menaip nama Hanifah. Dia akan tertaip nama Hanipah. Mungkin zaman dia, penggunaan F amat kurang berbanding P - sebab semasa nak 'daptar' nama kat surat beranak, main sebut sahaja berbanding sekarang kena tulis sendiri).

Tak kisahlah.... janji jangan dia taip huruf F jadi P dalam cek yang bernilai jutaan ringgit sudahlah. Rugi masa pulak untuk buat pembetulan pada nama tersebut.

Penukaran huruf F kepada P ini mengingatkan aku kisah:
Kisah 1:
Dulu-dulu semasa aku bekerja dengan salah sebuah syarikat penerbitan tahun 1983, ada jugak aku terjumpa dengan salah seorang pengarang yang berjiwa lama (klasik nasional la tu...). Asal ada nama berhuruf F dia akan taip P. Dan yang paling kelakar, perkataan 'mengetahui' dah jadi 'mengetahwi'! Dan lebih teruk lagi, 'dua' dah tertaip 'duwa'!

Kisah 2:
Aku ada seorang kawan yang bila sebutan F dia jadi P. Maka timbullah perkataan 'kompom', 'daptar', 'patimah', 'wapana', 'pana', dan lain-lain. (la... lari dari tajuk kisah di atas, maaf).

Saturday, July 17, 2010

FRIM Kepong, Selangor

Lama sungguh aku tak ke sini, rasanya sejak 1990. Kenapa aku terlupa atau tidak berkesempatan ke sini, aku pun tidak tahu. Alasannya sibuk... begitulah hidup penuh dengan seribu alasan... Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku sampai lagi di sini. Nyaman udara, bunyi cengkerik dan unggas rimba memuji-muji Allah Maha Pencipta.


Pintu masuk ke FRIM, Kepong. Bayaran: Kereta dan pemandu RM5.00,
penumpang RM1.00 seorang.

Dua majlis kenduri kahwin diadakan di sini.


Air terjun mengalir lesu... segar dan nyaman. Tolong jangan merokok di sini yea!


Akar mengular mencengkam batu-batu berlumut.


Ulat gonggok raksasa. Jangan terkejut dan panik bila ternampak ulat ini.
Jalannya tak laju, sejam sebatu...


Masjid Jamek, FRIM, Kepong, Selangor.

...berjalan dan bermusafirlah...

Tuesday, July 13, 2010

Kerjaku... tugasku.

Di dalam dunia ini serba serbinya canggih. Semuanya bergerak pantas hingga wujudnya makanan segera. Nak berhubungan dengan kawan-kawan (kengkawan) dengan SMS pun, laju jari menekan punat telefon bimbit, tap tap tap dan SEND. Selang 50 saat kemudian, terima balasan SMS tersebut. Bahasanya? Hmmm terkadang-kadang aku pun tak faham; kit rot hga rit... (bila diterjemahkan, sakit perut hingga cirit!)

Dah, lupakan cerita di atas. Kali ini aku nak ceritakan antara kerja-kerja yang aku lakukan seharian, sejak tahun 2003! Hmmm.... lama jugak tu.

Step 01:
Awal Bismillah, aku dapat foto macam ini... hmmm... tengok tingkap di belakang dua orang pelajar ni... hmmm nampak macam ada anai-anai, takkan nak disiarkan anai-anai yang interframe dalam gambar ni...

Step 02:
Lalu aku pun mulalah klik klik klik klik (bunyi butang mouse) dan save file budak dua orang ini... hmmm nampak cerah sikit tanpa anai-anai di tepi tingkap....

Step 03:
Lepas tu aku pun klik klik klik sambil terteleng kepala mengamati skrin monitor. Tolak sana, tolak sini, klik sana, klik sini, tabur warna; merah sikit, kuning sikit, hijau sikit... bak kata orang semuanya sikit-sikit. Lepas adjust atas sikit, adjust bawah sikit, adjust kiri sikit, adjust kanan sikit teks dan kemudian save file tersebut... jadilah macam foto di atas.

Sekian, adanya.

Kelajuan membunuh, jangan gelabah gila...

Malam tadi ketika aku sedang berjalan menuju ke gym, lebih kurang pukul 8.15 malam, ada satu kemalangan yang berlaku di depan mata. Hmmm... memanglah kelajuan itu boleh membunuh! Setidak-tidaknya cedera, kalau bernasib baik.

Kiranya kemalangan ini boleh dikatakan bernasib baik... cuma kereta kemik sedikit dan motor hancur bahagian depan. Lepas tu aku terus masuk gym... biarlah dia orang selesaikan masalah sendiri. Dua kali lima sahaja mereka berdua. Laju gelabah gila... Masing-masing nak test kenderaan masing-masing, cuma silapnya di atas jalan raya. Akhirnya... gelabah gila.

Foto gugel satelit.

Lain kali kalau hendak mengendalikan kenderaan, bacalah doa naik kenderaan. Mohon keselamatan daripada Allah. Mohon ketenangan daripada Allah agar selesa kita dan pengguna lain di atas jalan raya.

...jangan lupa baca doa naik kenderaan...

Thursday, July 8, 2010

Terima kasih daun keladi... lain kali jangan buat lagi.

Saya ada terima bungkusan dari kengkawan berupa kopi pracampuran; okey lah tu. Terima kasih banyak-banyak, cukup untuk minum pagi dan petang sekurang-kurangnya dua tiga hari. Tapi.... (apa pulak tapi-tapinya hang ni!?) aku terpaksa habiskan pek kopi pracampuran tu hari ini juga!
"Kenapa?" tanya Rahman pelik.
Kerana 'mereka' telah staplekan pek tersebut. Habis bocor dan tak boleh disimpan lama, nanti koreh masuk angin.
Hmmm... tak apalah, rezeki tu... syukur Alhamdulillah tak payah engkau susah-susah pergi restoran untuk minum sambil menyedut asap rokok jiran sebelah meja.
Inilah yang saya maksudkan... kan dah bocor!
Orang berbudi kita berbahasa,
Rezeki hari ini kena habiskan segera....

Thursday, July 1, 2010

Karangan 'asal-usul aku'...

Semenjak dua menjak ini aku sering gunakan pasta gigi ini (bukan ubat gigi) yang ada di dalam bilik air pejabat. Mulanya tidak perasan lah pulak mana asal si 'zirodent' ini. Kalau dia boleh berbahasa.... wah! puas aku nak memahami bahasanya... kerana bila aku teliti betul-betul tulisan cengkenit, barulah aku tahu negara asalnya.

Rupa-rupanya si'zirodent' (tarikh luputnya: 20.10.2012) ini dibawa balik oleh krew penggambaran Angin Rindu Sarajevo di Sarajevo. Tertulis alamatnya:
SAPONIA d.d.
Matije Gupca 2,
31000 Osijek, Croatia
e-mail: saponia@saponia.hr
http://www.saponia.hr/

Bila terpandang si'zirodent' ini teringat aku masa sekolah rendah dulu... bila cikgu suruh buat karangan asal-usul aku. Formatnya lebih kurang begini:
Saya lahir hasil adunan segala macam bahan. Setelah digaul sebati, kami ramai-ramai pun dimasukkan ke dalam tiub yang siap berjenama, tanda pengenalan kami. Saya dan rakan-rakan saya ditempatkan di dalam setor untuk beberapa lama untuk diagih-agihkan. Ke mana tujuan kami tidak tahu. Hanya takdir yang menentukan.

Setelah lama berada di dalam kotak yang gelap, pada suatu hari ada seseorang telah membuka kotak tempat gelap kami. Lalu kami pun girang kerana cahaya yang terang benderang. Setelah itu orang tersebut mengangkat kami dengan cermat dan menyusun ke dalam rak ruang pameran. Saya dan kawan-kawan hanya mampu melihat orang berkulit putih lalu-lalang dan kadang-kadang singgah untuk membeli kami. Akhirnya saya dan kawan-kawan terpisah kerana saya telah dibeli oleh sekumpulan pelancong berkulit sawo matang yang datang ke negara saya.

Saya cukup bahagia kerana dapat berkhidmat sebagai pembersih gigi, sekurang-kurangnya dapat juga saya berjasa pada kesejahteraan manusia. Rupa-rupanya saya dibawa ke sebuah hotel, tempat penginapan tuan saya. Dari percakapan yang saya dengar, rupa-rupanya mereka dari Malaysia berbahasa Melayu.

Hampir sebulan setelah selesai urusan tuan saya di sini, mereka sibuk bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Malaysia. Sedih juga untuk berpisah dengan rakan-rakan tuan saya. Saya rasa inilah kesudahan hidup saya, mungkin ditinggalkan atau dicampak ke dalam tong sampah. Rupa-rupanya tekaan saya meleset, saya dimasukkan bersama-sama barangan lain ke dalam beg. Sedar-sedar saya telah berada di negara Malaysia. Dan ditempatkan di dalam bilik air sebuah pejabat.

Bertuahnya saya berbanding rakan-rakan yang lain kerana merentas benua.
Kini, badan saya semakin susut. Saya hanya memikirkan sampai bila saya boleh berkhidmat untuk manusia di Malaysia.

Hinggalah suatu pagi, salah seorang kakitangan pejabat itu, Encik Abunyer menggunakan perkhidmatan saya, diambilnya dan difotokan untuk dimuatkan di dalam blog dia. Sungguh sentimental Encik Abunyer ini. Seorang yang suka mengimbau nostalgia kenangan silam.

Begitulah kisah hidup saya sebagai pasta gigi. Bertuah sungguh rasanya kerana saya rasa, sayalah satu-satu warga pasta gigi warga Crotia di samping pasta gigi warga Malaysia. Saya tahu bahawa rakan-rakan saya tidak akan sampai ke sini, memandangkan kami adalah barangan yang dipasarkan di bumi Kesatuan Eropah sahaja.

Hik... hik... okey tak karangan ala sekolah rendah saya tu? Itulah namanya Kisah Kehidupan yang punya asam garam pelbagai ragam hidup menunjukkan Maha Kaya Allah.

Wednesday, June 30, 2010

Anda perokok?

Kalaulah saya... saya akan tutup semua tingkap kereta...
sayang rasanya asap rokok yang mahal dibuang begitu sahaja...


Setiap pagi semasa menghantar anak aku ke sekolah, selalu bertembung dengan kereta ini. Juga seorang bapa kepada dua orang anak remaja (sekolah menengah). Boleh dikatakan setiap pagi beginilah keadaan si bapa... tangan menghulur keluar. Baguslah kerana takut asap rokok tempias kena ke muka anak. Nanti anak ketagih pulak.

Lumrahnya... aku tengok si bapa akan membuka plastik kotak rokok... kemudian campak keluar... lepas nyalakan rokok, asap berkepul keluar ikut tingkap, habuk rokok pun dilepaskan keluar akhirnya puntung rokok dicampak keluar. Inilah rutin yang diajar pada anak. Semuanya dibuat di depan mata anak-anak. Buang sampah atau membuat sampah!

Lebih parah lagi bila anak-anak remaja sudah serasi dengan aroma asap rokok! Dah jadi semacam ketagihan. Lebih-lebih lagi bapa yang menghantar anak ke sekolah dengan menaiki motosikal. Enjin motosikal dua lejang melepaskan asap putih serentak dengan mulut bapa meniup keluar asap putih.... anak kat belakang sedut! Ahhhh.... segar dan nyaman.

Pada hemat saya, kalau hendak menjayakan kempen anti merokok dengan berkesan, perokok wajib mematuhi disiplin terlebih dahulu. Merokok jauh daripada isteri dan anak-anak. Insya Allah dengan disiplin seperti ini, sedikit demi sedikit tabiat merokok dapat dihindari pada diri, keluarga dan masyarakat. Fikirkanlah siapa yang perlu berkorban; perokok atau bukan perokok? Tolonglah berkorban sikit atau beri ruang sikit kepada bukan perokok untuk menyedut udara kurniaan Allah ini. Please...

Monday, June 28, 2010

Kisah luka....

Pagi-pagi lagi jari aku tersepit. Lukanya boleh tahan, darah keluar semacam tidak mahu berhenti. Wah! Macam mana ni. Aku... kalau boleh tak nak hebohkan perkara ini... nanti ada kawan mencemuh, "Eleh... luka sebesar semut pun nak kecoh!"

Teringat semasa kecik kat kampung, orang tua-tua akan ambil sawang dan ditampalkan kat luka, insya Allah darah akan berhenti. Lalu aku pun melilau sambil terlangut-langut mengelilingi ruang pejabat, namun sukar hendak jumpa sawang. Baguih sungguh kerja kakak cleaner kami. Bila jumpa (itu pun setelah puas mengintai-intai di bawah meja) sekelumit cuma, aku pun tampalkan kat luka tersebut. Alhamdulillah... berkesan.

Dulu-dulu juga aku teringat, kalau luka ambil daun kapal terbang, upar dengan tapak tangan (jangan kunyah! nanti melelong tak jumpa jalan pulang!) dan tampalkan ke luka. Petua ini untuk luka kecil sahaja, kalau luka sebesar mulut kita.. cepat-cepat ke hospital kerana sawang setakat ini belum terjumpa lagi sebesar itu!

Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun atau Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kapal_Terbang

Kisah Satu:
Dulu-dulu, aku sering terpijak kaca. Tak mampu beli selipar, tapak selipar yang menipis (senipis tisu muka) menyebabkan kaca menembusi tapak kaki aku. Hmmmm... orang-orang tua jiran aku terus ambil serbuk kopi, diletakkan pada luka dan dibalut dengan kain (tak kira reja kain batik atau pelikat). Selang tiga empat hari... sembuh.

Kisah Dua:
Bila aku luka kat jari... pakcik aku akan suruh aku depakan tangan panjang-panjang... lepas itu dia kata, "Tak apa, luka tu jauh dari perut... boleh makan lagi!" Huhhh lawak la tu.

Kisah Tiga:
Ketika meningkat remaja, bila terlihat jari aku luka, ada seorang minah tu (awek) kata, "Luka di jari nampak darahnya... luka di hati siapa yang tahu..." Huhh... tajam dan mendalam maknanya tu... Tapi nampaknya aku ni lambat matang agaknya... bila dah tua macam ni... baru tahu maksud tersirat dan terselirat! Dan aku kini dah tahu betapa luka di hati yang tidak nampak darahnya amatlah azab dan perit!

Wednesday, June 23, 2010

Jalan-jalan ke Singapura memori Pulau Sentosa...

Stesen Keretapi Tanjong Pagar akan dipindahkan ke pusat pemeriksaan kereta api Woodlands pada 1 Julai 2011. Nostalgianya di sini... turun sahaja dari keretapi, aku terus masuk restoran retro kat situ pekena capati dengan minuman panas.
Kenapa aku suka naik kereta api? Hmm... mungkin check-pointnya tidak sesak kerana ia khusus untuk penumpang kereta api sahaja. Tidak orang yang berlari-lari anak bergegas-gegas kejar bas menyeberangi Tambak Johor seperti di check-point biasa.

Kebetulan pulak hari Jumaat, aku pun rasailah suasana solat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah. Pergi naik MRT dan balik naik bas dengan Dehya.

Sabtu; petangnya ziarah ke rumah emak saudara... dekat Tampines dan Beduk...

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Pagi Ahad: Aku dan Pn. Zie pergi ke Vivo City... jalan-jalan tengok cable car Pulau Sentosa, namun hampa... rupa-rupanya perkhidmatan ini telah dihentikan. Mungkin telah ada monorel ke Pulau Sentosa agaknya.
Tiada lagi cable car bergayutan, menyeberang laut ke Pulau Sentosa.... seperti foto tahun 2008
Tahun 2008
Tahun 2010.

Monorel menyeberangi laut ke Pulau Sentosa.Lebih cepat dan kurang gayat berbanding cable car.

Vivo City.

Teringat masa dulu sekitar tahun 90-an, aku dan Pn. Zie pernah naik cable car ke Pulau Sentosa. Semasa itu kami masih muda dan anak-anak masih kecil lagi.... Kami berdua hanya mampu tersenyum bila mengenang masa muda dulu... (ewah ewah.... feeling semacam nampak!)

Kaunter tiket yang ada cable car kiut miut, bertali arus dari kiri ke kanan (foto di bawah).
Foto di atas, pemandangan dari atas cable car, kapal persiaran lengkap dengan kolam renang.

Dua tahun lepas aku datang sini dan naik cable car dengan Atah dan Dehya. Aku tertarik pada cable car yang cute-miut bergerak di bahagian atas dalam kaunter tiket tersebut.

Malamnya... aku dan Pn. Zie balik ke Kuala Lumpur, dari KTMB Tanjong Pagar.
KTMB Tanjong Pagar, Singapura.

Pemandangan luar tingkap koc tempat tidur aku...

Akhir kalam... di kesempatan ini aku ucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang istimewa diberikan oleh sanak saudara di Singapura.