Wednesday, February 17, 2010

makan-makan...

Tarikh: 15hb. Feb. 2010
Lokasi: Rumah Cikgu Lukman


Sesekali bila ada pertemuan dengan adik beradik... pelbagai juadah dibuat ala buffet. Seronoknya... sambil makan sembang-sembang... di waktu makan tengahari...
Gambar ateh kiri; pajeri torong, ikan koli goreng,
gulai ayom, sayur kacang panjang dan ulam jopun (sambung nyawa)...

###

Biasanya anak-anak aku merayu-rayu untuk mandi di sungai... apalagi, kami pergi beramai-ramai naik lori.... (tak payah tukar pakaian basah, terus naik ke lori bila nak balik rumah). Laluan kampung.... tak usah risau dengan saman, kerana tidak melanggar peraturan jalan raya...

Sampai rumah di waktu petang... kalau ada makanan lagi... ceduk aja masuk ke pinggan, makan hingga puas. Syukur Alhamdulillah.