Wednesday, March 31, 2010

kisah tandas di PBAKL

Kalau blogger Sue rimas, geli geleman dengan 'jamban' di PWTC, saya pun nak ceritakan jugaklah kisah 'jamban' versi saya.

Jamban lelaki tempat orang melepas hajat... cuci muka agar comel, berkumur-kumur, sikat rambut dan lain-lain disediakan juga tempat merokok. Siap diletakkan ashtray setinggi pinggang, kerusi separa mewah untuk dua orang. Lalu setiap masa saya masuk ada orang melayan kemudahan disediakan. Kekadang tu sampai terpaksa berdiri berlegar-legar berhampiran sinki. Asapnya pula... usah dibayangkan. Bagi bukan perokok yang masuk ke sini, bukanlah lagi satu tempat untuk melepas hajat atau apa-apa bagai, tetapi menderita tahan nafas agar tidak tersedut toksid! PENIN oiii.

Anda bagaimana? Mahukah anda makan atau minum di tempat begini? Hatta gula-gula pun agak geli geleman untuk dikemam.

Ini ada satu video ole-ole dari saya... berkaitan kisah di atas. Selamat menonton.

video

Thursday, March 25, 2010

Kenapa Rokok Haram Dihisap?

Untuk bapa yang sering kulihat merokok ketika menghantar anak ke sekolah. Tidak kira memandu kereta kah atau menunggang motorsikal kah... Kesian anak-anak usia setahun jagung, terpaksa menyedut kurang-kurang 56% (anggaran aku sahaja) asap beracun itu. Aku tahu si bapa sudah tentunya tidak dapat ditegah lagi untuk merokok, walaupun pelbagai cara kerajaan dan badan NGO mencegahnya (kerana dah mendarahdaging! Tetapi demi anak, mujahadahlah sedikit. Usap dihisap di depan anak-anak, inikan salah satu contoh tabiat buruk? Lainlah jika kita berbangga anak-anak ikut jejak langkah kita dengan merokok.

Di bawah ini aku sertakan petikan dari ruangan Nak Tahu? majalah Asuh keluaran Mei 2010, bil 153. Moga ada manfaatnya untuk anda dan aku yang rimas dengan masalah yang melanda kini. Mungkin Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah membuatkan kita tidak kisah menghabiskan duit untuk perkara yang sia-sia itu.



Sampaikanlah kebenaran walaupun ianya pahit seperti jadam...

Tuesday, March 9, 2010

...habis ketagih, sampah dibuang


Habis madu, sepah dibuang...
Dah hilang ketagih, puntung rokok dibuang. Aduh... angkara siapa ini?

Dibuang pulak di tempat tersembunyi macam ini.... cleaner pun payah nak cuci... terpaksa keluar, silap-silap terjatuh ke bawah; mengelupurlah jawabnya.

Siapa yang nak mengaku buat sampah di sini? Angkat tangan!