Wednesday, March 31, 2010

kisah tandas di PBAKL

Kalau blogger Sue rimas, geli geleman dengan 'jamban' di PWTC, saya pun nak ceritakan jugaklah kisah 'jamban' versi saya.

Jamban lelaki tempat orang melepas hajat... cuci muka agar comel, berkumur-kumur, sikat rambut dan lain-lain disediakan juga tempat merokok. Siap diletakkan ashtray setinggi pinggang, kerusi separa mewah untuk dua orang. Lalu setiap masa saya masuk ada orang melayan kemudahan disediakan. Kekadang tu sampai terpaksa berdiri berlegar-legar berhampiran sinki. Asapnya pula... usah dibayangkan. Bagi bukan perokok yang masuk ke sini, bukanlah lagi satu tempat untuk melepas hajat atau apa-apa bagai, tetapi menderita tahan nafas agar tidak tersedut toksid! PENIN oiii.

Anda bagaimana? Mahukah anda makan atau minum di tempat begini? Hatta gula-gula pun agak geli geleman untuk dikemam.

Ini ada satu video ole-ole dari saya... berkaitan kisah di atas. Selamat menonton.

video

1 comment:

SURAIYA PAUZI said...

Betulla...dari luar dh nampak ashtray tu. Peh tu blh bau sampai ke luar asap rokok. Eloknya buat mcm lelaki dlm video tu. Sembur je