Wednesday, April 21, 2010

Manusia Pelupa...

Sesungguhnya insan (manusia) itu bersifat pelupa. Foto ini aku ambil dalam akhbar, sebulan sebelum dikuatkuasakan untuk syarikat rokok mempamerkan foto ini di kotak rokok masing-masing.
Semasa keluar foto ini (bersaiz tabloid), mulalah ada insan yang geli geleman tak lalu nak makan. Ada yang terfikir-fikir nak berhenti merokok. Si isteri pun mulalah senyum ceria, dengan harapan suami akan insaf. Bermacam-macam gelagat manusia ketika itu (dengan kehidupan serba insaf!).

Tetapi hari ini... kita selamba sahaja tengok gambar ini kat kotak rokok. Bersepah-sepah tanpa gerun. Malah ada yang sanggup makan dengan lahapnya di sisi kotak rokok bergambar ini di restoran. Hah... aku tak akan 'kena' punya... aku kuat! Suara kecik di sanubari perokok.

Untuk rehat-rehatkan minda dan fikiran, di sini saya sertakan satu fakta yang saya copy dan paste daripada web (sorry, dah lupa url-nya) untuk tatapan kalian:

Rakan saya di Tokyo memberikan informasi tentang Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok. Tidak perlu lagi fatwa haramnya merokok di setiap masjid. Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan keharmonian warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Tidak membabitkan kenaikan harga barangan, tambang, kadar tol dan lain-lain.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali kepada pemandu teksi. Kalau di sinikan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “TASPO”, iaitu surat izin merokok, dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib berdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad TASPO tersebut. Kad Taspo ini sangat berkuasa sehingga mesin penjual rokok atau kedai tidak akan menjual rokok kepada mereka yang tidak memiliki kad ini.



* Kad ini juga akan 'detect' peratus penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesihatan dunia dan sebagainya. * Rokok di Jepun ada klasifikasi dari 10 hingga 1. Tujuannya adalah memberikan kesedaran kepada perokok untuk berhenti secara natural.

Klasifikasi 10 adalah yang paling berat, kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu perokok dibiasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dan seterusnya klasifikasi 1, iaitu rokok yang paling ringan. Insya Allah kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi 1, tidak merokok sama sekali pun kita tidak mengapa.
* Tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di seluruh kota * Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen di 400 ribu di tempat!

* Awal 2009, diberitakan harga rokok akan naik berlipat-lipat kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari.
Ini semua kerana pemerintah ambil peduli kepada warganya. Oh ya, untuk menambah pengetahuan anda tentang bagaimana mahu merokok di Jepun, ini ada sedikit gambaran... Bagi anda perokok sejati, jika anda akan berkunjung ke Jepun, anda akan sedikit mengalami kesulitan membeli rokok di vending machine yang ada banyak di setiap sudut-sudut jalan.

Pemerintah Jepun mulai membatasi gerak para pecandu rokok ini, terkait dengan undang-undang Jepun yang mengharamkan rokok bagi masyarakat Jepun yang belum berumur 20 tahun.
Terkait dengan peraturan itu dan untuk mengawasi para pelajar untuk tidak merokok, maka pemerintah Jepun mewajibkan semua Tabaco Vending Machine menambahkan sensor khusus yang akan membaca tahun, bulan dan tanggal lahir si pembeli.

Ya, setiap calon pembeli diharuskan mempunyai kad khusus yang dinamakan TASPO CARD , kad ini dilengkapi foto, identiti diri lengkap dan sensor seperti kad ATM. Untuk mendapatkan kad ini, diharuskan mengisi data yang disediakan di tabaco shop atau di machine vending.
Taspo ini mendapat kritikan dari masyarakat Jepun, karena dikhawatiri identiti yang mereka berikan akan disalahguna oleh pembuat rokok. Data yang mereka isikan, nantinya akan dimasukkan dalam data base perusahaan rokok dan tentunya orang Jepun tidak mahu identiti diri mereka terusik.

Di Tokyo, sistem Taspo ini belum popular kerana Tokyo merupakan target pelaksanaan tahap ketiga. Kagoshima dijadikan pilot project, sementara tahap pertama dilakukan dari wilayah utara iaitu di Hokaido, menyusul tahap kedua di Niigata, Nagao, Kyoto dan lain-lain. Sementara tahap ketiga di wilayah Tokyo dan sekitarnya, Ibaragi, Okinawa dan lain-lain.


Sistem pengawasan seperti ini sangat bagus dan untuk membatasi perokok, kerana kalau tidak dibatasi, boleh dibayangkan akan semakin ramai orang yang terkena penyakit jantung mahupun paru-paru, dan seperti peringatan yang ditulis di setiap kotak rokok “Merokok dapat merosak janin, jantung, kanser, impotensi dan gangguan pernafasan”.
Nah bagi perokok tegar, siap-siaplah, tabiat merokok anda akan terbatas, dan tolonglah jangan cemari lingkungan kami dengan asap rokok anda.

No comments: