Monday, June 28, 2010

Kisah luka....

Pagi-pagi lagi jari aku tersepit. Lukanya boleh tahan, darah keluar semacam tidak mahu berhenti. Wah! Macam mana ni. Aku... kalau boleh tak nak hebohkan perkara ini... nanti ada kawan mencemuh, "Eleh... luka sebesar semut pun nak kecoh!"

Teringat semasa kecik kat kampung, orang tua-tua akan ambil sawang dan ditampalkan kat luka, insya Allah darah akan berhenti. Lalu aku pun melilau sambil terlangut-langut mengelilingi ruang pejabat, namun sukar hendak jumpa sawang. Baguih sungguh kerja kakak cleaner kami. Bila jumpa (itu pun setelah puas mengintai-intai di bawah meja) sekelumit cuma, aku pun tampalkan kat luka tersebut. Alhamdulillah... berkesan.

Dulu-dulu juga aku teringat, kalau luka ambil daun kapal terbang, upar dengan tapak tangan (jangan kunyah! nanti melelong tak jumpa jalan pulang!) dan tampalkan ke luka. Petua ini untuk luka kecil sahaja, kalau luka sebesar mulut kita.. cepat-cepat ke hospital kerana sawang setakat ini belum terjumpa lagi sebesar itu!

Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun atau Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kapal_Terbang

Kisah Satu:
Dulu-dulu, aku sering terpijak kaca. Tak mampu beli selipar, tapak selipar yang menipis (senipis tisu muka) menyebabkan kaca menembusi tapak kaki aku. Hmmmm... orang-orang tua jiran aku terus ambil serbuk kopi, diletakkan pada luka dan dibalut dengan kain (tak kira reja kain batik atau pelikat). Selang tiga empat hari... sembuh.

Kisah Dua:
Bila aku luka kat jari... pakcik aku akan suruh aku depakan tangan panjang-panjang... lepas itu dia kata, "Tak apa, luka tu jauh dari perut... boleh makan lagi!" Huhhh lawak la tu.

Kisah Tiga:
Ketika meningkat remaja, bila terlihat jari aku luka, ada seorang minah tu (awek) kata, "Luka di jari nampak darahnya... luka di hati siapa yang tahu..." Huhh... tajam dan mendalam maknanya tu... Tapi nampaknya aku ni lambat matang agaknya... bila dah tua macam ni... baru tahu maksud tersirat dan terselirat! Dan aku kini dah tahu betapa luka di hati yang tidak nampak darahnya amatlah azab dan perit!

4 comments:

SURAIYA PAUZI said...

Saya zmn budak2 dulu pon byk luka2 ni, parut dok ada lagi. Kat lengan parut pnjg sinci kena cermin almari pecah, kat dahi ada parut kecik, tp x ingat kena apa, kat lutut ada parut luka jatuh atas jln tar, fari telunjuk kiri genting smcm sbb tersepit kat pintu, hampir putus jari, kuku je cabut.

Anehnya kesemua kejadian luka yg tragis ni jadi masa ayah xda kt rmh. Mak kta time ayah xda saya slalu 'geghoh'

SURAIYA PAUZI said...

eeeh slh eja bukan 'fari' tp jari

abunyer said...

Masa kecik, kita asyik memberontak... buat itu tak boleh... buat ini tak boleh. Kini setelah ada anak, baru tahu betapa sukarnya mengawal anak agar tidak cedera... Baru tahu betapa kasih dan sayangnya ibu bapa. Parut di lengan nampak kesannya, parut di hati.... (ewahhh.... senti'mentol'nya....)

Man Kuchai said...

Salam,

Teringat pada daun pokok kapal terbang,bila ada luka,arwah atuk ambik daun ni,letak kapur putih,daun tersebut dilenyek mengunakan tapak tangan,kemudian ditampalkan pada luka.

Kalau di pahang dipanggil daun kelambu harimau.