Tuesday, June 1, 2010

Quit Facebook Day


300,000 ahli Facebook tarik diri tanda protes



2010/06/01
SAN FRANCISCO: Satu kumpulan yang memprotes polisi peribadi keahlian Facebook mendakwa lebih 30,000 orang sudah menarik diri daripada menganggotai rangkaian sosial internet gergasi itu. “Bagi kami, dua perkara menjadi persoalan, iaitu pilihan lebih bebas dan memperoleh lebih tumpuan. "Pada pandangan kami, Facebook tidak melakukan yang terbaik kerana dari segi jabatan atau organisasinya, mereka tidak memperkenalkan diri mereka," kata kumpulan itu dalam satu laman web yang dikenali "Hari Keluar Daripada Facebook (Quit Facebook Day). “Facebook memberi kita pilihan bagaimana untuk menguruskan data peribadi kita, tetapi ia bukan pilihan yang adil," katanya. Beliau berkata, menjelang tengah malam semalam, 32,749 sudah keluar daripada Facebook di seluruh dunia. Facebook.com dilayari lebih 540 juta orang ramai di seluruh dunia, iaitu 35 peratus daripada populasi internet, menurut data dikeluarkan Google. Facebook kini melakukan pindaaan terhadap kawalan data peribadi ahlinya selepas dikritik hebat kerana melanggari kepercayaan ahli dengan mengeluarkan maklumat peribadi pelanggan. - AFP


Untuk anak-anak aku; sejak engkau leka ber-FB... sedarilah bahawa kelekaan dalam FB ini telah pun membawa engkau jauh tersasar. Mengumpulkan dosa dan noda. Melalaikan dan membuang masa. Usia telah meningkat... Matlamat hidup kabur... tercari-cari bak kelekatu menghurung lampu di waktu malam. Usah bila terhantuk baru mengadah. Dunia jambatan kita ke akhirat... Banyak lagi yang belum ditemui kebenaran hakiki.
Aku sedih....

1 comment:

surajagat said...

Apa2 produk dari Jews adalh utk melekakan anak2 & umat Islam dari memikirkan isu2 besar tetapi leka dgn benda2 kecil sebegini. tetapi kalau diurus dgn baik maka banyak manfaatnya dan boleh menganggu urusan mereka pula...