Tuesday, July 27, 2010

Taranum Bayati, Hijjaz dan Nahawand

Akademi Al-Quran [AQ] Musim Ke 4 sudah hampir ke penghujung. Mari bertaranum.

Surah al-A'raf pertengahan ayat 194 dan awal ayat 195.



Nikmatilah bacaan Qari Helbawy - Maqamat - Bayati, Hugaz, Nahawand

Friday, July 23, 2010

Lawatan Pelajar Sekolah


Foto webcam i-mac - medan kerjaya aku.

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, (Model Khas), Kluster Kecemerlangan Fasa III
13800 Sungai Dua, Butterworth.


Pagi Jumaat ini, kami warga Galeri Ilmu menerima lawatan pelajar-pelajar dari utara semenanjung. Seronok bebudak ini berjalan-jalan. Teringat aku masa sekolah dulu... rombongan sekolah hanya melawat Pulau Pinang, tempat yang paling jauh bagi aku....

Buat anak-anak sekolah ini, "Selamat maju jaya."


Thursday, July 22, 2010

PTPTN

Rahman mengeluh. Hmmmm, kuat dengusan dilepaskan. Memang berserabut kepala. Aku bertanya, "Kenapa?"
"Hmmm... tak ada apa-apa. Mai kita sarapan sama-sama...." Pelawa Rahman sambil menghulurkan kepada aku roti bakar yang disapu jem.
Boleh tahan juga banyaknya.
"Boleh dimakan untuk tengahari nanti ... ha ... ha ... ha ... ."
Begitulah Rahman yang aku kenal.

Setelah mengambil sekeping roti jem, aku berlalu dan sempat mengerling akhbar yang ditatap sebentar tadi....
"Man... engkau nak pinjam PTPTN ker untuk sambung belajar ni?"
Dia diam.

Tuesday, July 20, 2010

Hanipah kah, Hanifah?


Bila terpandang pada papan kenyataan di pejabat En. Rahman, aku rasa pelik dan janggal pada satu nama... Hanipah. En. Rahman kata nama sebenar orang itu Hanifah. Aku hanya ketawa hik hik hik sahaja... Dan aku rasa macam aku tahu siapa yang key-in nama sebegitu. Orangnya yang agak veteran... (biasalah orang veteran; agak sukar menaip nama Hanifah. Dia akan tertaip nama Hanipah. Mungkin zaman dia, penggunaan F amat kurang berbanding P - sebab semasa nak 'daptar' nama kat surat beranak, main sebut sahaja berbanding sekarang kena tulis sendiri).

Tak kisahlah.... janji jangan dia taip huruf F jadi P dalam cek yang bernilai jutaan ringgit sudahlah. Rugi masa pulak untuk buat pembetulan pada nama tersebut.

Penukaran huruf F kepada P ini mengingatkan aku kisah:
Kisah 1:
Dulu-dulu semasa aku bekerja dengan salah sebuah syarikat penerbitan tahun 1983, ada jugak aku terjumpa dengan salah seorang pengarang yang berjiwa lama (klasik nasional la tu...). Asal ada nama berhuruf F dia akan taip P. Dan yang paling kelakar, perkataan 'mengetahui' dah jadi 'mengetahwi'! Dan lebih teruk lagi, 'dua' dah tertaip 'duwa'!

Kisah 2:
Aku ada seorang kawan yang bila sebutan F dia jadi P. Maka timbullah perkataan 'kompom', 'daptar', 'patimah', 'wapana', 'pana', dan lain-lain. (la... lari dari tajuk kisah di atas, maaf).

Saturday, July 17, 2010

FRIM Kepong, Selangor

Lama sungguh aku tak ke sini, rasanya sejak 1990. Kenapa aku terlupa atau tidak berkesempatan ke sini, aku pun tidak tahu. Alasannya sibuk... begitulah hidup penuh dengan seribu alasan... Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku sampai lagi di sini. Nyaman udara, bunyi cengkerik dan unggas rimba memuji-muji Allah Maha Pencipta.


Pintu masuk ke FRIM, Kepong. Bayaran: Kereta dan pemandu RM5.00,
penumpang RM1.00 seorang.

Dua majlis kenduri kahwin diadakan di sini.


Air terjun mengalir lesu... segar dan nyaman. Tolong jangan merokok di sini yea!


Akar mengular mencengkam batu-batu berlumut.


Ulat gonggok raksasa. Jangan terkejut dan panik bila ternampak ulat ini.
Jalannya tak laju, sejam sebatu...


Masjid Jamek, FRIM, Kepong, Selangor.

...berjalan dan bermusafirlah...

Tuesday, July 13, 2010

Kerjaku... tugasku.

Di dalam dunia ini serba serbinya canggih. Semuanya bergerak pantas hingga wujudnya makanan segera. Nak berhubungan dengan kawan-kawan (kengkawan) dengan SMS pun, laju jari menekan punat telefon bimbit, tap tap tap dan SEND. Selang 50 saat kemudian, terima balasan SMS tersebut. Bahasanya? Hmmm terkadang-kadang aku pun tak faham; kit rot hga rit... (bila diterjemahkan, sakit perut hingga cirit!)

Dah, lupakan cerita di atas. Kali ini aku nak ceritakan antara kerja-kerja yang aku lakukan seharian, sejak tahun 2003! Hmmm.... lama jugak tu.

Step 01:
Awal Bismillah, aku dapat foto macam ini... hmmm... tengok tingkap di belakang dua orang pelajar ni... hmmm nampak macam ada anai-anai, takkan nak disiarkan anai-anai yang interframe dalam gambar ni...

Step 02:
Lalu aku pun mulalah klik klik klik klik (bunyi butang mouse) dan save file budak dua orang ini... hmmm nampak cerah sikit tanpa anai-anai di tepi tingkap....

Step 03:
Lepas tu aku pun klik klik klik sambil terteleng kepala mengamati skrin monitor. Tolak sana, tolak sini, klik sana, klik sini, tabur warna; merah sikit, kuning sikit, hijau sikit... bak kata orang semuanya sikit-sikit. Lepas adjust atas sikit, adjust bawah sikit, adjust kiri sikit, adjust kanan sikit teks dan kemudian save file tersebut... jadilah macam foto di atas.

Sekian, adanya.

Kelajuan membunuh, jangan gelabah gila...

Malam tadi ketika aku sedang berjalan menuju ke gym, lebih kurang pukul 8.15 malam, ada satu kemalangan yang berlaku di depan mata. Hmmm... memanglah kelajuan itu boleh membunuh! Setidak-tidaknya cedera, kalau bernasib baik.

Kiranya kemalangan ini boleh dikatakan bernasib baik... cuma kereta kemik sedikit dan motor hancur bahagian depan. Lepas tu aku terus masuk gym... biarlah dia orang selesaikan masalah sendiri. Dua kali lima sahaja mereka berdua. Laju gelabah gila... Masing-masing nak test kenderaan masing-masing, cuma silapnya di atas jalan raya. Akhirnya... gelabah gila.

Foto gugel satelit.

Lain kali kalau hendak mengendalikan kenderaan, bacalah doa naik kenderaan. Mohon keselamatan daripada Allah. Mohon ketenangan daripada Allah agar selesa kita dan pengguna lain di atas jalan raya.

...jangan lupa baca doa naik kenderaan...

Thursday, July 8, 2010

Terima kasih daun keladi... lain kali jangan buat lagi.

Saya ada terima bungkusan dari kengkawan berupa kopi pracampuran; okey lah tu. Terima kasih banyak-banyak, cukup untuk minum pagi dan petang sekurang-kurangnya dua tiga hari. Tapi.... (apa pulak tapi-tapinya hang ni!?) aku terpaksa habiskan pek kopi pracampuran tu hari ini juga!
"Kenapa?" tanya Rahman pelik.
Kerana 'mereka' telah staplekan pek tersebut. Habis bocor dan tak boleh disimpan lama, nanti koreh masuk angin.
Hmmm... tak apalah, rezeki tu... syukur Alhamdulillah tak payah engkau susah-susah pergi restoran untuk minum sambil menyedut asap rokok jiran sebelah meja.
Inilah yang saya maksudkan... kan dah bocor!
Orang berbudi kita berbahasa,
Rezeki hari ini kena habiskan segera....

Thursday, July 1, 2010

Karangan 'asal-usul aku'...

Semenjak dua menjak ini aku sering gunakan pasta gigi ini (bukan ubat gigi) yang ada di dalam bilik air pejabat. Mulanya tidak perasan lah pulak mana asal si 'zirodent' ini. Kalau dia boleh berbahasa.... wah! puas aku nak memahami bahasanya... kerana bila aku teliti betul-betul tulisan cengkenit, barulah aku tahu negara asalnya.

Rupa-rupanya si'zirodent' (tarikh luputnya: 20.10.2012) ini dibawa balik oleh krew penggambaran Angin Rindu Sarajevo di Sarajevo. Tertulis alamatnya:
SAPONIA d.d.
Matije Gupca 2,
31000 Osijek, Croatia
e-mail: saponia@saponia.hr
http://www.saponia.hr/

Bila terpandang si'zirodent' ini teringat aku masa sekolah rendah dulu... bila cikgu suruh buat karangan asal-usul aku. Formatnya lebih kurang begini:
Saya lahir hasil adunan segala macam bahan. Setelah digaul sebati, kami ramai-ramai pun dimasukkan ke dalam tiub yang siap berjenama, tanda pengenalan kami. Saya dan rakan-rakan saya ditempatkan di dalam setor untuk beberapa lama untuk diagih-agihkan. Ke mana tujuan kami tidak tahu. Hanya takdir yang menentukan.

Setelah lama berada di dalam kotak yang gelap, pada suatu hari ada seseorang telah membuka kotak tempat gelap kami. Lalu kami pun girang kerana cahaya yang terang benderang. Setelah itu orang tersebut mengangkat kami dengan cermat dan menyusun ke dalam rak ruang pameran. Saya dan kawan-kawan hanya mampu melihat orang berkulit putih lalu-lalang dan kadang-kadang singgah untuk membeli kami. Akhirnya saya dan kawan-kawan terpisah kerana saya telah dibeli oleh sekumpulan pelancong berkulit sawo matang yang datang ke negara saya.

Saya cukup bahagia kerana dapat berkhidmat sebagai pembersih gigi, sekurang-kurangnya dapat juga saya berjasa pada kesejahteraan manusia. Rupa-rupanya saya dibawa ke sebuah hotel, tempat penginapan tuan saya. Dari percakapan yang saya dengar, rupa-rupanya mereka dari Malaysia berbahasa Melayu.

Hampir sebulan setelah selesai urusan tuan saya di sini, mereka sibuk bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Malaysia. Sedih juga untuk berpisah dengan rakan-rakan tuan saya. Saya rasa inilah kesudahan hidup saya, mungkin ditinggalkan atau dicampak ke dalam tong sampah. Rupa-rupanya tekaan saya meleset, saya dimasukkan bersama-sama barangan lain ke dalam beg. Sedar-sedar saya telah berada di negara Malaysia. Dan ditempatkan di dalam bilik air sebuah pejabat.

Bertuahnya saya berbanding rakan-rakan yang lain kerana merentas benua.
Kini, badan saya semakin susut. Saya hanya memikirkan sampai bila saya boleh berkhidmat untuk manusia di Malaysia.

Hinggalah suatu pagi, salah seorang kakitangan pejabat itu, Encik Abunyer menggunakan perkhidmatan saya, diambilnya dan difotokan untuk dimuatkan di dalam blog dia. Sungguh sentimental Encik Abunyer ini. Seorang yang suka mengimbau nostalgia kenangan silam.

Begitulah kisah hidup saya sebagai pasta gigi. Bertuah sungguh rasanya kerana saya rasa, sayalah satu-satu warga pasta gigi warga Crotia di samping pasta gigi warga Malaysia. Saya tahu bahawa rakan-rakan saya tidak akan sampai ke sini, memandangkan kami adalah barangan yang dipasarkan di bumi Kesatuan Eropah sahaja.

Hik... hik... okey tak karangan ala sekolah rendah saya tu? Itulah namanya Kisah Kehidupan yang punya asam garam pelbagai ragam hidup menunjukkan Maha Kaya Allah.