Tuesday, July 13, 2010

Kelajuan membunuh, jangan gelabah gila...

Malam tadi ketika aku sedang berjalan menuju ke gym, lebih kurang pukul 8.15 malam, ada satu kemalangan yang berlaku di depan mata. Hmmm... memanglah kelajuan itu boleh membunuh! Setidak-tidaknya cedera, kalau bernasib baik.

Kiranya kemalangan ini boleh dikatakan bernasib baik... cuma kereta kemik sedikit dan motor hancur bahagian depan. Lepas tu aku terus masuk gym... biarlah dia orang selesaikan masalah sendiri. Dua kali lima sahaja mereka berdua. Laju gelabah gila... Masing-masing nak test kenderaan masing-masing, cuma silapnya di atas jalan raya. Akhirnya... gelabah gila.

Foto gugel satelit.

Lain kali kalau hendak mengendalikan kenderaan, bacalah doa naik kenderaan. Mohon keselamatan daripada Allah. Mohon ketenangan daripada Allah agar selesa kita dan pengguna lain di atas jalan raya.

...jangan lupa baca doa naik kenderaan...

6 comments:

Man Kuchai said...

Salam,

Nasib baik tak nanti...bawak motor cam pelesit.

Satria neo.. tu pun pun sakit perut agaknya,tak pandang kiri kanan dah..mmmm..

abunyer said...

Salam, man.
Itulah pasalnya... bimbang tengok anak remaja saya; bawa kenderaan gelabah semacam. Bayangkan, nak parkir kereta depan rumah pun dah mati seekor anak kucing dan seekor ibu ayam yang tengah lepak dengan anaknya! Bila ditegur... sengih macam siput mentarang.... hik hik hik.
Saya mampu doakan akan kesejahteraan untuk semua pemandu dan pengguna jalan raya...

Man Kuchai said...

Siput mentarang he3...

Saya belum boleh rasa bimbang lagi,anak lelaki masih kecik 2 tahun..mungkin bila dah meningkat remaja sok..dapat rasa apa yang abunyer rasa.

SURAIYA PAUZI said...

Dua2 yg terbabit tu gila lah tu sbb bawak kenderaan masing2 laju gila mcm pelesit. X pun mmg pelesit

@nu@r said...

terperinci sungguh gugel map tuh.. hehe

abunyer said...

gugel map tu, canggih punyer... walapun kejadian tu waktu malam... tapi cerah macam tengahari. Idea gugel map tu daripada Mat BLM!