Wednesday, December 29, 2010

Dato' Hj. Ismail Hashim

Gembiranya aku, bila aku tengok biodata Dato' Hj. Ismail Hashim, kerana beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi (tempat mak aku dilahirkan).
Kerjayanya sebagai Guru Agama, Sekolah Kebangsaan Yan (tempat lahir ayah aku).

Semasa kecik dulu-dulu (ketika aku berusia 6 atau 7 tahun) aku pernah berselisih dengan Arwah semasa hendak mandi sungai. Ketika itu aku terdengar beliau mengalunkan ayat-ayat al-Quran sambil berjalan. Wah! Seorang qari akan sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, Alhamdulillah, rezeki beliau, tak seperti kebanyakan orang kita (termasuk aku) yang asyik hmmmm hmmm hmmm mengalunkan lagu yang entahapaapantah! Kelakar sungguh!

Monday, December 27, 2010

Imam Yussof


26 Disember 2010 Imam Yussof Darus mengadakan majlis Walimatul Urus anak beliau Mohd Hilmi Mohd Yusoff dengan pasangannya Nurmala Ahamat, meriah. Imam Yusoff adalah jurunikah di penempatan kami di Sri Kundang. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Friday, December 17, 2010

sang Kancil siapa ni?

Dah tiga hari sang Kancil ini ditinggalkan. Di tepi tayar hadapannya terdapat jack tayar; mungkin pancit agaknya. Tetapi, mana tuan empunya kereta ini pun tak tahu. Mentang-mentang dah ada kereta lain! Tadi aku berhenti, tinjau kat dalam kereta ni, mana tahu driver dia dah jadi rangka... tapi kosong.
Di sini aku menyeru tuan empunya sang Kancil ni, ambillah peduli, bela sang Kancil ni elok-elok; atau kalau dah tak nak, pulangkan balik pada bank tempat awak buat loan. Hik... hik. hik...

Thursday, December 2, 2010

Mobile Sink

Aku nak kongsi 'rekaan terbaru' ini dengan anda. Usahlah senyum sinis padaku, kalau anda sudah pun terlihat benda ini di mana-mana ataupun andalah orangnya yang mereka 'benda' ini. Taadaaa.... sinki basuh tangan bergerak. Ringkas dan praktikal sesuai untuk majlis makan-makan. Aku tengok sinki ini semasa kenduri kahwin anak menakan aku di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.